Sunday, September 30, 2012

Secebis Aidilfitri

Hari yang baik, cuaca yang baik, Alhamdulillah kita same2 ucapkan kepadaNya..

30 Sept, Beijing - Persatuan Pelajar Malaysia-China hari nih telah mengadakan majlis Hari Raya Aidilfitri,walaupun di luar bulan syawal...usah nak kata apa2...hahahahh kerana hari raya ini merupakan hari kegembiraan, dan xde salah untuk meraikan kegembiraan bersama-sama dan majlis ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan rakan2 yang baru datang. Majlis yang meriah ini telah pun dirancang seminggu lebih awal dan setiap batch mempunyai peranan masing2 seperti membuat air dan beli buah, ready makanan, desert dan persiapan tempat. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan Fadhtastic mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat memeriahkan majlis!!

Batch pelajar baru sampai, seronok amik gambar

Walaupun kami datang dari parti yang berbeza, namun dalam menyambut Hari Raya kita tetap bersama!
Bertemu lagi kita di PRU-13 nnt...


Pelajar-pelajar mengambil tempat sambil menunggu dif jemputan

Ketibaan dif jemputan, Prof Taib ke majlis sambil diiringi paluan kompang

Saudara Johan memimpin paluan kompang yang bergema di Taman Tomato

Say Cheeseeee!!

Juadah yang menyelerakan, nasi jagung,ayam goreng KFC, ketupat, rendang,

Time nih mmg dah xde nk pandang kamera dah..perghhh

Majlis turut diserikan lagi dengan nyanyian dikir barat dari Kelab Dikir Barat Kijang yang diketuai oleh Tuan Syafiq

'awok-awok' sedang bersemangat menepuk!!

Yeahhhhh!!!! SELAMAT HARI RAYA!

Sambutan hari raya juga turut diadakan di sebelah pihak perempuan iaitu 1 hari awal sebelum pelajar lelaki.
Daripada intipan yang dilakukan dari bilik aku, nampak gaya cam meriah gak, siap dengan belon2 lagi..nak amik gambar nnt takut kantoi skodeng plak, tp nsib baik ade org upload kat FB bleh laa amik tanpa sebarang bahaya (dah mintak izin!). Majlis dibuat secara berasingan betujuan menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan dan ternyata masing2 lagi enjoy jika buat secara berasingan..x caya?? cube laa buat.. 


Dari meja editor, Fadhtastic mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
 kepada pengunjung blog ,taqaballahumina waminkum


**kredit kpd kakandaku yang mengajarkan sampin gaya Brunei :)

2 comments:

Siti Hajar said...

salam.

We, a group of 20 ppl (mostly students) are planning to go to Beijing in April next year for some activities like mini community service, university visit (dialogues) and sightseeing.

We figured that its quite hard to plan those without any help, and thinking to request some help/advice from Malaysian student there. More appropriately, an established association to provide some useful guides.

We found out about AMSIB (Association of Malaysian Students in Beijing) but it seems they are no longer active. last fbook update was in 2010 and my our email hasnt receive any reply, which makes us quite worried.

So does anyone know any active association out there that might be any help to us. Or perhaps any other suggestions on how we might start? Embassy will be the last resort but we hope for more interaction with the local + malaysian students themselves. And by the way, we are practically a delegate representing a certain IPTA brand.

Pls help us :)

Fayyadh Azmi said...

wslm,
kindly feel free to leave your email.
xie xie