Monday, December 26, 2011

奶归真了

时值盛夏,火一样的太阳告诉我现在已经是中午了。我在床上揉了揉眼睛,慢慢地爬向窗户。然后我打开了窗户。从上面,我可以看见下面有老人在打太极拳,他们的行动慢慢地让人平静。我还看到红黄色的叶子从树上慢慢地掉下来,都让我想起自己美好的时光。

那是2006年,我是16岁的高中学生。放假是我最等待的时间。放假对学生们来说是很美好的。放假之前大家都高高兴兴地告诉别人自己的安排。有的同学说要在国内旅游,有的说要到国外旅游。教室里十分热闹。

我渴望的放假终于到了。那时候,我认为自己是最开心的人。妈妈早就答应过我要回家乡看奶奶。奶奶家离我们家不远,但是因为我父母忙着工作,所以没时间去看她。我非常想念奶奶。
我们因为要避开堵车,爸爸决定要早一点出发。那时候,雨不停地下,我有一点闷闷不乐。妈妈发现了,就来安慰我。妈妈说:“宝贝儿,如果奶奶看你现在的表情,人家看就更不高兴了”。妈妈说的话让我笑起来。我知道我是奶奶最疼爱的孙子。我们的车开出京郊,高楼大厦慢慢看不见了,映入眼帘的是农村景色,宽阔田野一眼望不到边。


在路上一直下雨,但到奶奶家,天突然变晴了。蓝蓝的天空,亮亮的太阳,树上的鸟一直在吹口哨。爸爸对我说:“你看,都是在欢迎我们到奶奶家.”我点了头表示同意爸爸说的话。
奶奶在门口等着我们还向我们招手。我一下车就跑到奶奶一边喊着:“奶奶!” 我很快就抱着她。奶奶已经老了,身体很单薄但是还是很健康的。我给奶奶亲了一口,奶奶笑着边摸摸我的头说:“真乖!”她跟我说:“奶奶去年跟你播种的西瓜现在长好了.”“真的吗?这么那么快!带我去看!带我去看!”我心里真的很高兴。奶奶牵我的手带我去她的果园。走路不到五分钟就到那儿。
奶奶的果园又宽又大,绿绿的草地让我要拍很多照片。当我拍照片的时候,很多蚊子来咬我:“奶奶,为什么蚊子只咬我,不咬你?是不是蚊子不喜欢我?”“孙子啊,你知道为什么蚊子咬你不咬我吗?因为你的血呀是甜的,奶奶的血是酸的,蚊子一闻,嗯,这儿的血甜,我来咬他吧,就吃你的血了,对不对?”奶奶耐心地解释。奶奶的心很软。


我走了走,看见这么大的西瓜:“奶奶啊,西瓜好大呀!我要尝尝!”奶奶用一个刀切了几片。我吃了一口,圆圆的双眸说:“多好吃啊!再来一片!”爸爸建议带回家几个西瓜。


高高的太阳告诉我们要回家。奶奶为了我们而准备了丰盛的午饭。我知道她做的菜比妈妈好吃但是我从未告诉妈妈,不要让她难过。每一次去奶奶家,我都特高兴。虽然我没去很远的地方,但是对我来说去“旅行”到奶奶的家就会让我满意。妈妈在楼下大声的喊我:“法德,快吃饭,凉了都!”都唤醒了我。那是我和奶奶美好的时光。我关上窗户,低头叹了一口气“唉”。

时间过得很快,好像昨天刚感受奶奶的爱,奶奶的怀抱。快要一年奶奶归真了,每一次想念奶奶我的眼睛不知不觉流了泪。最后看奶奶是一年前开斋节的时候我对她说几句道歉话,这就是马来人的传统习俗,年轻人离开老人之前要说几句道歉话。奶奶劝我要好好读书,记得做礼拜和要做个好人,说完她就给我一个拥抱。我从来没想到那是奶奶最后一次的拥抱。我感恩真主赐给我这么好心的奶奶。奶奶的话永远都在我心里。

人生就是这样,有离合的悲伤,有许多无奈也不得以的分离。生命就是这样,时间流走了,就不能重新来过。奶奶,我爱你。

Cerpen ini dikarang sempena pemergian nendaku yg tersayang 1 tahun yang lepas. Minta kalian menghadiahkan al-fatihah buat beliau dan semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Rindu sama ummi.

Thursday, December 22, 2011

Tahun 3 sem 1 habis????

Bangun pagi gi kelas...bangun pagi gi kelas..tp hari nih dah x pyh gi kelas sbb dah bermula "Study Week" atau dlm bahase cina "fuxi zhou". Ini menandakan kami akan menempuhi exam final x lama lagi dan ini juga mununjukkan bahawa Tahun 3 Sem 1 hendak melabuhkan tirai (tekedu aku).

MasyAllah masa, cepat betul berlalu.....masa ouh masa..hari tuh baru jer rase start kelas, nih dah nak habis,aku tgk kalendar kat ipod aku,mmg dah 4 bulan berlalu..mak aihh..baru hari tuh tulis psl "tahun 3...macho"kejamnye masa!!!

Dan eloklah semalam dah habis kelas dan mlm tadi dalam "bulatan gembira" (a.k.a usrah) aku secara online kami membincangkan tafsir surah al-asr. Bile hbis majlis jer, kita akan baca surah nih kan.btul x?? Demi masa, inilah sumpah Allah terhadap masa.Terang sekali surah ini terselit mesej yang jelas iaitu hakikat keimanan,amalan yang soleh, saling berpesan menjunjung ajaran yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar. Kejamnya masa? Tidak!!!yang sebenarnye kejam ialah diri kita sendiri yang tidak menghargai masa dan sentiasa lalai dengan ruang masa yang diberi. Manusia,sentiasa mencari ruang untuk menyalahkan selain diri sendiri. Ego bukan? Semakin merangkak usia,semakin dekatnya masa tua. Ini semua orang tahu. Tp berapa ramai yang ambil ikhtibar?? Diriku ini masih banyak cacat cela yang memang kene dibaiki.Bile nak matang??ntah...xtau bile bleh matang....

kalaulah aku mempunyai kuasa untuk mengundurkan masa....


heheh inilah hasil contengan aku..conteng?? mane ade..nih laa tulisan aku bile diberi peluang untuk menerangkan 1 cerpen time kelas sastera cina. Perghhh time tulis punye laa syok, tp bile tgk smula dari jauh, perghhhh...mmber2 kata tulisan yang saaaangat jelasss..hahhahah insyAllah kalau next sem diberi peluang,nk try baiki penulisan di papan hitam..susah aa aku cepat lenguh weyh apatah lagi dengan habuk kapur yang menikam hidung (alasan)


itu aku, tgh tulis reka tulisan untuk hias papan kenyataan sebagai laporan aktiviti mase pegi Qing Dao,nice place.


hehehe nih buku nota aku time kelas sastera cina..lepas peperikasaan pertengahan hari tuh aku terus lost sbb kali ini kelas lebih kepada sajak. Aku sumpah x phm ape cikgu ajar,apatah lagi byk perkataan cikgu sebut x pnah aku dgr,bile aku x phm aku mule laa duk tgk jam dari awal hingga akhir kelas...aku nk ckp kat cikgu tp.......(ssh nk explain kat sini)..aku kene cari strategi untuk settle bnda nih.


yang nih plak kedatangan aku sepanjang kelas...wahhh nih yang aku bangga..penuh weyh..aku x dtg skali jer, itu pun sbb kesihatan yg x mengizinkan dan aku tak dtg kelas petang jer, kelas pagi aku pegi dan x dpt nk perform betul2.owh lupa nk ckp, bile time winter ini badan sng dpt penyakit "panas kat dalam". Aku pun x tau cmne nk tafsirkan penyakit ini. Tp ape2 pun aku bersyukur kat Allah sbb bagi aku kesihatan dan azam aku utk sem nih dah tercapai iaitu aku takkan ponteng kelas melainkan sakit.
Alhamdulillah.


Dalam kelas,aku seorang yang aktif..Sesekali aku akan melompat keriangan di depan,tangan ku aku mencari kwn2 kat tepi untuk mencubit.. Tubuh badanku x bleh diam terutama sekali mulut,ntah nape akan sentiasa pot pet pot pet..tp aku bknnye pot pet sebarangan,selalunye mengulas smula apa yang cikgu ckp,menjawab soklan cikgu dgn pjg ataupun bahan classmate2 aku dan kami termasuk dgn cikgu skali akan gelak kaw kaw..perghh kejam seyh aku..aku pun tak kurang juga kene dgn cikgu-cikgu,lagi aa tip top kene tp steady aa sbb this is the price for pranking others..hahahha dan aku suke!..sejujurnya aku x suke bile kelas suasana sunyi,diam, ia ibarat kuasa negative untuk aku hilang fokus dan bosan dlm kelas.. tp bile dah buat 'keje' ni lame2 aku rase cam x baik plak..apatah lagi byk hadith atau kata2 pujangga ttg penjagaan kata, jgn byk ckp dan byk lagi..sbb bile aku ckp, aku akan gelak...hari tuh terdetik dihatiku untuk kurang ckp...tp dlm masa 2 hari cikgu-cikgu dpt detect perubahan aku.

Cikgu A : Fayyadh, kenapa awak hari nih diam?? Sakit ke???
Cikgu B : Bile Fayyadh x buat bising, saya rasa janggal untuk mengajar.我不觉得自然。
Cikgu C : Nape smua snyap?? Adakah sbb saya buat salah dan anda smua marah???

Kes Cikgu C camni sbb hari tuh die masuk lewat 10 minit, dan hari tuh jugak aku rase cam nk kurangkan ckp..dan hari tuh aku pun senyap la sikit dan cikgu tuh pun ckp laa cam dialog kat atas, yang 'best'nye die amik aku sbgai indicator@penunjuk aras,pergh

Cikgu C : Semua cam senyap jer, x ceria..terutama sekali Fayyadh..adakah sbb saya buat salah hari nih anda semua x ceria dan kurang bercakap???

Lepas jer cikgu ckp camtuh, terus aku rase bersalah jer...dan mahu tak mahu terpaksa aku pot pet pot pet smula x mau bagi cikgu down untuk mengajar..

Bile aku diam, orang akan ckp aku nih 'emo' sbb ade sesuatu yg terpendam tp terluah dgn muka masam (ini cerita zaman dulu) tp bile aku bising,aku kdg2 takut jugak terganggu classmate yg lain.hehehhe

hmmm itulah cerita2 untuk sesi pembelajaran sem nih..aku rase subjek untuk sem ini dah agak tough skit,tp ape2 pun aku still enjoy belajar bahasa cina nih..hoooyeahhhh!!!

study week pun dah start, ok jom study!!!!! (x baik tipu)

**candle light lunch celebrate habis kelas..hahhaah

Saturday, December 17, 2011

I-ski

Sabtu, 17 December 2011
Lotus Mountain 莲花山
Tiket main : 87yuan, sewa gear n locker 40yuan.
Durasi : 4 jam main

Setelah lama merancang, akhirnya impian untuk keluar bersama menjadi kenyataan. Heheh maklumlah, sekarang ini musim sejuk, kalau nak keluar pun kadang-kadang fikir 2 kali juga. Melainkan kalau ada urusan penting. Urusan penting? hmmm makan je kot..hahahah

Jadi weekend kali ini dapat jugak aku keluar dari U aku nih. Bosan jugak kalau terperap dalam bilik. Program kali ini namanya I-Ski gabungan nama antara ISK dan Ski. Minggu lepas selesai sudah berprogram , minggu ini kita chill ramai-ramai sambil mengeratkan lagi ukhwah antara kita semua. Skg kan dah ade junior, jadi ukhwah itu perlulah diperbaharui. Ukhwah??? Sangat malu dan x cool kalau anda tidak faham apa itu maksud ukhwah, ibaratnye kalau aku tak tahu apa itu iphone 4s dan korang pun start pandang slack kat aku...ting!

Pukul 7 pagi kami semua dah bersiap dgn sarapan dan terus berkumpul di pintu besar U.Bas yang ditempah siap sedia menanti untuk berlepas. Aku tertipu dengan sinaran mentari yang cerah, ingatkan hari ini panas sikit, rupenyer -8...jeng sungguh.Lalu dengan machonye aku pekena Americano Coffee kat kedai kopi sebelah, mmg mantap benor.
Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 dan tempat ski ini terletak di luar bandar Beijing. Atas bas, sebab semua yang pergi adalah budak lelaki, maka sepanjang perjalanan mmg best, bahan orang , kenekan orang yang tahap boleh terkencing..maklumlah ukhwah dah rapat..ececeec ntah2 mmber tuh diam2 dah tacing..hahahh tapi aku mengambil sikap pertengahan, aku hanya gelakkan jer..(poyo)

Maka sampailah kami di Lotus Mountain. Keluar bas, cuaca sejuk menyapa diri "Assalamualaiku"..hahhaah perghh sejuk mak datok...tapi sebab semangat juang tinggi, sejuk tuh letak tepi dulu.Orang ramai telahpun memenuhi kaunter untuk dapatkan gear ski. Setelah beratur panjang, aku pun dapat la barang-barang ski. Bile dah pakai baju, macam nak pegi bulan lah pulak rasenyer.





Kami beramai-ramai masuk gelanggang. Hati berdebar, peluh mengalir. Mata ku melihat kawanku Nabil meluru laju dari atas, tp akhirnya tumpas setelah jatuh bergolek-golek . Yer, itu mangsa pertama hari tu.Sampai kat atas, aku dengan over-confidentnyer turun..Zoooommmm jantung berdegup laju,perrhh mmg best,tp control failed dan bile part nak brake maka jatuh bergolek-golek memang tak dapat dielakkan. Terbaring aku kat tgh-tgh tuh susah nak bangun. Member-member yang katanya ukhwah dah mantap hanya mampu melihat dari jauh dan gelak..hahhahah tension gua.Part nak bangun mmg seksa.

Semangat tetap membara. Darah muda ku mula mendidih.
"Jom gi tempat atas skali" sapa Ketek.
"Pergh cam style!" aku sampuk.
"Jom!" Jun jwb.

Naiklah kitorg smpai kat puncak sekali. Time tuh aku n Ketek jer ade kat atas sbb Jun terkandas di pertengahan jalan.Dalam kepala aku fikir, lame dah x test adrenalin aku nih. Kat puncak, tgk orang kat bwh tuh macam semut ajer, pemandangan mmg cantik. Aku tnye Ketek "Serius ke nih?" "Kita tgk org lain dulu,kalau ok kite turun gak". Tetiba nampak pompuan dgn slambernyer turun. Aku n Ketek saling berpandangan."Amacam?" lepas buat video kat atas puncak Ketek pun turun....kat tgh-tgh terus tergolek..Gelak jer aa aku kat atas...Aku dah malas pikir panjang,terus terjun..perghhhh mmg mantap aa, dah lama x rase kepuasan camni. Inilah darah muda yang mengalir dalam tubuh badan , inilah semangat juang anak muda, inilah yang kekuatan yang anak muda ada, tp tidak ada pada orang tua. Jadi, manfaatkanlah masa muda anda,peace no war!



Tak lama pun aku dapat maintain, tup tup tup terus bergolek..haishhh cmne laa nk control nih, pening aku...bangun dari golek, aku nampak junior aku Kailong n Akmal tgh chill kat tepi, aku pun amik port kat situ. Tgk manusia sedang beraksi. Tak lama kemudian, seorang gadis meluncur meluru kearah kami dan dengan lajunya terpelanting nasib baik x langgar tembok kat tepi itu.Kami hanya melihat saja sbb boyfriend die kan ade..hahhahahha x larat nak gerak-gerak, aku pun possing laa amik gambar.



Lepas tuh aku sambung lagi main, main main golek golek main main golek golek..tuh jer aaa...bile kat bawah-bawah tuh, orang dah semakin ramai. Dah x berape syok dah. Smpai kat penghujung trek aku tgk mmber-mmber aku mcm baru balik dari perang. Semua dah berguling x larat. Hanya menikmati pemandangan indah kat situ.





Adam, selaku penjaga makanan panggil kitorg naik atas, macam mak-mak yg panggil anaknye untuk naik makan. Hahahhah time main x rasa lapar, tp bile dah berhenti, perghhh tau laaa bertapa berkeroncong dah perut nih mintak diisi. Aku cabut board dari kaki n mmg sumpah x larat nak gerak pastu..



time nih mmg dah flat n kong. Dah aa tmpat duduk penuh, x larat aku terus duduk kat tepi cmtuh..hhahhah lepas tuh adelah sorg sahabat dtg bagi makanan.Yeahhh!!



time tgh duduk2 kat tepi tuh, orang makin ramai dtg. Perghhh weekend kan..patutlah.
Jam dah menunjukkan pukul 2ptg. Cepat-cepat amik air smyg dah solat berjemaah. Main-main laa jugak, tp xkan nk letak solat kat tepi kot?? melampau aa nih..sedangkan org gi dating pun bleh berhenti solat,inikan pula yang dtg main ski dgn niat ikatan ukhwah..ish ish ish..maka solatlah kami didalam ruang kedai yg x berpenghuni.


seperti biasa, mata-mata akan memandang kearah kami. X kurang jugak yang menanya, dan amik gmbar. Dah rasa macam dalam zoo plak. Tp itulah yg 'asing' yang Nabi Muhammad S.A.W sebut dalam hadith.Sekurang-kurangnya kami telah buat tugas kami dgn menunjukkan,inilah Islam.



Kami bersiap-siap, kemas loker,pulangkan gear smua dan berkumpul untuk amik gmbar. Nih gambar aku dgn ahli usrah aku (Bote,Luqman,Hafiz) yg lain x dpt hadir.







Pukul 3ptg, kami pun bergerak pulang ke U. Dalam perjalanan, sunyi sepi masing-masing melayan mimpi. Semoga objektik aktiviti kali ini tercapai dgn terjalinnyer ikatan ukhwah yang dibina. Semoga ini menjadikan kita lebih utuh dalam perjuangan ini,insyAllah. Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dan memeriahkan. Best giler!!!!

*aku sdg menaip dgn belakang yang sakit. Happiness come with pain :)

Saturday, December 3, 2011

2 Dec 2011

2 December 2011,7 Muharram 1433, Jumaat.

Pagi ini aku usai solat subuh aku membaca al-mathurat. Tetapi badan rasa lenguh sangat dan mataku tidak mampu menahan ngantuk. Entah,rasanye hari ini sejuk berbanding semalam. Perlahan-lahan aku menarik selimut yang empuk,tutup lampu mejaku dan pejamkan mata. Hmmmm sedap betul tidur...

10pagi..mak aih dah lewat nih..bergegas aku mandi kerana sebenarnya banyak lagi benda nak buat. Aku di dapur sedang membasuh baju-bajuku, dan tatkala aku buka tingkap...masyAllah, angin sejuk menyapa aku, rupa-rupanya salji yang memutih telahpun menghiasi taman. Subhanallah, cantiknya alhamdulillah masih diberi mata yang sihat untuk menikmati kecantikan itu. Ini salji pertama untuk winter kali ini.

Pemandangan dari bilik aku,tingkat 3.

Hari Jumaat, mestilah kene solat Jumaat betul tak? Sejuk tidak menjadi alasan untuk tidak ke masjid sedangkan kita orang muda, tangan kaki ade, kesihatan ada, kekuatan ada. Kawan-kawan yang balik dari kelas semua kata di luar sangat sejuk, apatah lagi junior-junior yang baru kali pertama mengalami musim sejuk. Seronok nampaknya.

Seperti dalam post yang lepas, aku memang suka naik basikal,hehehe.Entah mengapa hari-hari yang sejuk ini, aku rasa aku mesti naik basikal ke masjid. Mungkin dah biasa kot. Aku pun tak tau.Aku mengatakan hasrat aku kepada anak usrah aku, Rahimi. Dia pun nak join juga. Seronok aku, sekurang-kurangnya tidaklah aku keseorangan atas jalan nanti.

'Test drive' basikal baru Rahimi, syok, 8 speed.

Rahimi, yang ceria selalu

Kali ini, aku sudah siap dengan 'thermal gear' untuk menempuhi sejuk. Lengkap bersarung tangan,'snowcap'dan winter coat.Jalan agak licin dan basah oleh salji yang cair.Kami kene berhati-hati kali ini apatah lagi melayan karenah pemandu-pemandu cina yang cuai terutama sekali apabila mereka hendak selekoh atau masuk jalan kita. Perangai ouh perangai.

20 minit masa diambil untuk ke masjid. Walaupun sejuk tetapi Allah masih berikan kekuatan pada umat Islam untuk sama-sama solat Jumaat. Usai solat Jumaat, aku dan Rahimi ke Carefour untuk membeli barangan harian. Dipertengahan jalan,terdapat taman yang cantik dipenuhi dengan salji yang sangaatttt cantik. Kagum aku. Aku tidak berani nak merisikokan DSLR aku , jadi lebih baik guna ipod aje,selamat.hehehe.











Seronok sangat hari ini. Gembira sangat, happy sangat. Syukur kepada Allah.



Tetapi dalam keseronokan ini, aku lebih suka muhasabah diri. Sesungguhnya 21 tahun yang lepas, terdapat seorang wanita yang telah menahan kesakitan, kesakitan yang kata orang yang ibarat separuh nyawa hendak melayang dan juga seorang lelaki yang siang malam,pagi keluar awal dan balik lewat petang hanya semata-mata untuk membesarkan anak yang seorang ini.Yang begitu sabar melayan karenah aku yang nak itu ini semasa kecil. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan aku ibubapa yang begitu mengasihi aku. Pada hari itu ,2 December 1990 aku dilahirkan. Dan hari ini setelah 21 tahun berlalu, aku sudahpun besar panjang malah cukup kuat untuk melakukan kayuhan meredah kesejukan di musim sejuk ini. Semua nikmat ini tidak akan aku kecapi jika tidak lahirnya aku didunia ini. Dan aku begitu terharu, ulangtahun kelahiran aku kali ini jatuh pada hari Jumaat, hari yang baik,penghulu segala hari malah pada bulan yang baik iaitu Muharram. Malah lebih menyentuh hatiku, Allah telah memberikan aku hadiah yang begitu istimewa iaitu salji yang memutih yang halus bagaikan kapas untukku.Sebenarnya itu sebabnya aku sanggup menaiki basikal ke masjid semata-mata untuk menikmati salji ini. Ya Allah, syukur kepadaMu.Hadiah yang begitu istimewa dariMu ya Allah. Moga hambaMu ini tidak leka tentang penciptaan aku di bumiMu ini.
Keseronakan ini hanya aku dan Dia sahaja yang tahu.Ini masuk tahun ke 4 aku sambut hari lahir di China, tahun depan yang terakhir...Begitulah masa,sangat pantas berlalu,terus jalan kehadapan, usia pun terus jauh meninggalkan kita.MasyAllah.

*父母我对不起你们,这寒假我真决定不回国,但是在我心中我一直在想念你们。真的,因我无时无刻不想你,永远的想和爱你们而礼拜后向真主维护你们,身体健康,快快乐乐跟孙子们过日子 :)
我让“月亮代表我的心”(我妈喜爱的首歌)