Tuesday, September 18, 2012

China,Jepun dan pulau

18 Sept 2012,Selasa

Hari nih seperti hari-hari biasa kelas, aku naik basikal dgn memakai spek Rayban meluncur laju ke arah kelas. Tapi, hari ni aku perasan satu benda yg pelik, iaitu ramai polis yang beruniform biru cerah berada di pintu utama kampus timur.."aihh pelik nih" selalunye kalau pemimpin negara dtg pun, xde aa smpai ramai cmni..pelik pelik..sifat ingin tahu aku begitu mendalam sehinggakan dalam kelas aku terus bertanya kepada cikgu. Lantas cikgu beritahu ini adalah mengenai demostrasi yang dilakukan rakyat China terhadap Jepun dalam isu perebutan Pulau Diaoyu di selatan China. Kedatangan abg n akak polis ini bertujuan menjaga keselamatan pelajar-pelajar Jepun yang study kt uni aku..wahh,bile sembang dgn cikgu , cikgu ckp hari nih kebanyakan pelajar Jepun x hadir ke kelas atas faktor keselamatan(wow)..masih petrified dgn apa yang berlaku, demostrasi besar-besaran sedang berlaku di kawasan Chaoyangmen dan Sanlitun yang mana disitu merupakan kawasan kedutaan (mcm kat Ampang).Cikgu menasihati supaya pelajar-pelajar tidak mendekati kawasan tersebut..(makin laa rse nk pegi!)

 
Pintu utama kampus timur

Ini memang rare nih, polis sedang bersiap sedia kat bawah pokok

Sempat curi2 amik gmbar, blakang tu polis laa tuh..hehehe
 
inilah Pulau Diaoyu (钓鱼岛) yang menjadi perebutan antara 2 negara ini. Mengikut sejarah, pulau ini asalnya milik China pada Dinasti Ming, tetapi setelah pencerebohan negara asing, pulau ini diberikan kepada US tetapi sbb pulau nih jauh dari US, maka US nih bagi laa kat Jepun, dan ianya tidak dijaga pun, so now its the paytime!! Dikatakan sekarang kapal-kapal perang kedua-dua buah negara sedang berlabuh di kawasan berhampiran untuk menunggu arahan seterusnya..

Gambar2 kat bwh nih aku amik dari website China untuk tatapan semua :)
Memang semangat benor penentangan rakyat China terhadap Jepun..yerlaa China-Jepun nih mmg dari dulu lagi ade sejarah die..bile dibangkitkan mmg panassss lerrrr

Ini mmg COOL!

Tadi aku ada tanye abg polis ttg kehadiran mereka yang luarbiasa ini..cuba nk korek cerita sket..
(konon2 jadi cam cikgu yang sgt caring)

我:你好警察,请问为什么今天有这么多警察
Aku : Hi Encik Polis, tumpang tanya, nape hari ini ramai benor polis kat sekolah saye nih?

警察:没事,没有什么事,是经常的。
Polis : xde ape2, xde ape2 masalah, nih biasa aje.

我: 哦,我从来没看见这么多警察。
Aku : ooo, saye x pernah tgk ramai benor polis

警察 :没事,跟你没什么关系的。
Polis : xde ape2, hal ini xde kene mengena dgn awk.

itu antara perbualan aku dgn polis tadi..huhuhuhu melihat mimik muka polis ini, dpt aku lihat seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan, mungkin demi keselamatan awam..yer itulah tugas abg polis, takkan lerr nk gebang2 bising2 bnda2 cmni.

****btw, hari nih besday ayah aku! Happy besday papa!

No comments: