Monday, April 15, 2013

Ini keretapi China! (Bhg.1)

Seperti yang dijanjikan dlm post yang lepas, post kali ini akan menceritakan pengalaman menaiki keretapi di China.

 Stesen keretapi Barat, Beijing


Radi,Fauzan,Zahin,Johan,Badrul,Fayyadh

Sebenarnya, ini bukannya kali pertama aku menaiki keretapi di China, sudah banyak kali. Namun, inilah kali pertama aku menaiki kelas yang berlainan. Memandangkan lawatan aku ke Xi`an baru-baru ini merupakan cuti umum China, banyak tiket sudah habis dijual.Yang tinggal hanyalah tiket-tiket kelas yang ntah ke berapa.

Saat aku melangkah masuk ke dalam train, mata-mata manusia ini sudah pun memandang kat aku. Aku agak terkejut dengan keadaan gerabak yang agak usang dan kelam. Disudut-sudut gerabak penuh dengan penumpang. Aku agak terpinga-pinga dengan keadaan yang sedemikian.Perasaan tidak selamat amat terasa sekali apabila orang ramai asyik merenung tepat ke arah DSLR yang sedia tersangkut di leher ini. Nak letak atas meja pun rase serba salah.

5.40ptg, keretapi terus bergerak keluar dari stesen.Tempat yang agak sempit kerana ruang bagasi yang penuh menyukarkan pergerakan aku. Apatah lagi dengan kerusi yang keras dan x bleh baring sgt menguji tulang belakangku. Pada permulaan perjalanan, keadaan stabil,ok aje atas tren. Namun bila sudah tiba malam, keadaan menjadi 'meriah'. Sebelum itu, penumpang yang menaiki train ini kebanyakannya merupakan pekerja binaan dan yang lain aku rasa org yang rendah tahap sosioekonominya, Jadi disini boleh aku  menggambarkan gaya hidup mereka.

Peristiwa pertama
Ade sorg mamat nih, die xde seat dan hanya beli tiket berdiri.Setiap kali penjual makanan, buah-buahan atau pun minuman yang lalu, semua dimarahinya. Dia menengking,memaki dan tak kurang jugak mencarut pada mereka.Aku hanya mampu menggeleng kepala melihat keadaan itu hinggalah tiba satu masa nih, dia maki sorg makcik yg jual nasi. (xperlu aku bgtau ape die ckp) tp kata-kata dia sudah cukup membuatkan orang disekeliling pun tesentap,termasuk aku dan apatah lagi makcik tuh. Lalu makcik tuh pun balas smula dan maki smula mamat nih, n ntah mybe mamat nih dah x bleh kontrol, terus die pkul mak cik tuh. haa time nih aaa ramai org nk masuk campur, perghh mental btul. Keadaan huru-hara ini dileraikan oleh polis yang bertugas dalam keretapi nih. Problem btul...
Peniaga minuman, makanan dan buah-buahan akan melalui laluan ini setiap beberapa minit 
Mamat nih ditenteramkan oleh polis yang bertugas dalam keretapi

Peristiwa kedua
Seat di depan ku kosong dan tetibe mamat nih nampak dan duduk. Haishhh ini problem ntah2 die nk cari pasal dgn aku plak. Aku pun bukak pose, dan makan gune tangan. Lepas mkn tuh, ntah nape mamat tadi tuh hulur tisu suh aku lap. Huhuhuh terus terasa aku sbb tadi cam bersangka buruk sket kt die dan terus aku ckp "xie xie, xie xie". Mmber2 aku nih ckp die nih mcm nk buat kwn kat aku, aku gelak jer aa.

Huhuuhuh x sangka, mmg btul. Maybe mamat nih lonely kot,sbb dah lame die berdiri n strees die pun start sembang dgn aku. Mula-mula aku cam layan aa jap, tp ntah makin lame makin merapu seyh mamat nih sembang. Tetibe jer die ckp yang die nih gangster, xde org berani pukul die, kalo kene pukul die panggil kwn2 die dtg pukul smula. Dan benda nih die ckp berulang-berulang kali. Perghhh jenuh seyhh..Mmber aku , Radi dah start tension kat sebelah aku .Time tuh, aku sumat telinga dgn MP3 dan bace aa buku Ini Sudah Kantoi (ISK), tp yang x bleh bla nyer die teruskan ckp dgn aku..perghhh tension2..dah aa suara kuat, ckp pun x clear, serius tension bro. Gua tgk die nih, menyirappp jer..terus gua rase nk sepak jer mulut die, time tuh baru 4 jam perjalanan, ade lagi 9jam bro....

Peristiwa ketiga
Time nih dah pkul 10 malam dah. Ade penumpang yang dah tidur, dah aku pun rase cam ngantuk dan stress.Mamat yand dari tadi duk pot pet pot pet dah pun lentok dgn air liur bercucuran keluar.Adeyh.Time dah nk tido tuh, tetibe ade plakkk org cina nih sembang-sembang dengan mmber2 die. Perghhh suara x bleh nk slow plak daaa, dgn gelak-gelak lagi. Tension..
Geng sembang malam
Peristiwa keempat
Pkul 12 malam, geng sembang-sembang dah mula reda. Suasana mula senyap melainkan bunyi roda keretapi jer. Aku memandang-mandang sekeliling. Ramai yang dah mula tidur. Aku masih lagi tercari-cari posisi tidur yang selesa. Time tuhhh laa aku dikejutkan lagi dengan bunyi lagu opera. Aku tgk ade sorg pakcik nih tidur sambil henfon die loudspeaker memainkan lagu opera cina yang sumpah bingit giler telinga. Gerammmm seyh tgk muka die,sedap jerr layannn tido.Tension..

Pakcik jaket hitam lena dalam alunan musik opera

Malam tuh, aku dapat gak la tido walaupun hanya beberapa jam. Itupun asyik terjaga bila keretapi nih berhenti kat stesen.

 terima kasih kepada paparazzi yang amik gmbar nih
berkongsi meja kecik untuk landing kepala..hahahah comel x??

Peristiwa kelima
Pkul 4 pagi, waktu tuh aku automatik terjaga. Dalam keadaan mamai tuh, aku nampak ade beberapa penumpang lain cam dah lame terjaga.Aku hanya duduk-duduk sambil menanti waktu subuh. Tatkala itu, bunyilah org tgk movie gune henfon, dan mmg perangai diorg suke benor loudspeaker. Jengg otok kawe nih.

Tepat 6 pagi, setelah perjalanan yang berliku selama 13jam, maka sampailah kami ke bumi Terracota ini.
destinasi kami, nasib baik org kt sini awesome!

bersambung...................

Thursday, April 11, 2013

Revisiting Xi`an

4 dan 5 april lepas merupakan cuti umum untuk rakyat China sempena Qīng Mīng Jíe(清明节,pada hari ini mereka akan pergi ke kubur ibu bapa,datuk nenek mereka untuk membersih dan mendoakan mereka. 


Kesempatan ini aku ambil untuk melawat sahabat- sahabat di Xi'an disamping mengadakan sedikit perkongsian mengenai sejarah islam (ISK). Xi`an merupakan  bandar lama yang terletak di barat Beijing dan jaraknya lebih kurang 1000km. Perjalanan aku dan 7 org sahabat mengambil masa 13 jam menaiki keretapi dari stesen Beijing Barat. Perjalanan selama 13 jam ini merupakan satu pengalaman yg hebat dan tidak mungkin akan dilupakan dan insyAllah akan aku post satu artikel istimewa mengungkai pengalaman ini.

Kami sampai di stesen keretapi Xi'an pada pukul 6.00 pagi. Cuaca yang mendung dan hujan yang renyai-renyai menyambut kedatangan rombongan kami. Bandar ini pernah aku lawat suatu ketika dahulu bersama rombongan universiti iaitu 4 tahun yang lalu. Dapat aku perhatikan, dalam masa 4 tahun ini bandar ini sudah mempunyai banyak perubahan terutama dengan wujudnya 'subway' bagi mengurangkan kesesakan trafik.

Stesen keretapi Xi`an
 Kantin halal di Xi`an Jiaotong University
 Bersama sebahagian pelajar lelaki Malaysia
Selepas solat Jumaat, kami dibawa ke pasaraya halal di Xi`an iaitu satu-satunya cawangan Vangard yang halal di China dan pasaraya ini sangat besar. Tgk la bertapa gembiranya muka-muka nih bila jumpa makanan halal yang murah dan imported.


 Jam loceng yang menjadi mercu tanda bandar Xi`an
 Aku sempat melawat ke Grand Xi`an Mosque yang terletak di Hui Min Jie. Ini merupakan antara masjid yang tertua di China. Ia dibina 1250 tahun yang lepas iaitu sewaktu pemerintahan Dinasti Tang dan sewaktu dinasti in memerintah, Islam mula masuk ke China. No wonder sini ramai org Islam.

Ruang solat masjid
Ukiran halus menghiasi dinding masjid
       Terjemahan al-quran diukir di dinding
Ayat suci al-quran



Orang ramai yang bersesak-sesak di jalan yang kecil di Hui Min Qu



Pengalaman 3 hari 2 malam di Xi`an memahatkan seribu kenangan. Kami sgt seronok menghabiskan masa di sini bersama kenalan baharu. Yang paling best kat sini, makanan sgt2 murah dan ini menyebabkan aku rambang mata. Bayangkan beriyani (20yuan),kebab (18yuan), roti canai pisang,daging,ayam (13yuan),teh tarik (5yuan)..perghhhhhhhhh mantap! tambah plak dgn org belanja, perghhh mmg terbaik aa geng Xi`an..hahaha insyAllah jika berkesempatan, kita jumpa lagi..hehhe