Sunday, June 30, 2013

5 tahun,ini noktahnya.

Saya tidak dapat update blog atas kesibukan yang melampau menyiapkan kerja thesis,urusan packing kargo dan byk lagi hal-hal yang mnyebabkan tidak dapat update blog ini. Segala kesulitan amat dikesali.


Alhamdulillah, thummalhamdulilllah segala puji dan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT. 5 tahun,dulunya rasa lama tetapi siapa sangka ianya sudah berakhir. 5 tahun berkelana di negara orang, sudah tibanya mencurah bakti di negara sendiri. 5 tahun yang menyucikan jiwa2 manusia agar manusia lebih tunduk kepada Allah bukannya mendabik.

Mulanya pada 10 Sep 2008 hingga 27 Jun 2013, itulah satu perjalanan yang penuh kegembiraan, penuh cabaran, penuh pengalaman dan itulah yang menjadikan diri ini lebih matang menghadapi kehidupan. Selama 5 tahun ini, aku telah melihat China dari perspektif rakyat China, perspektif yang orang luar tidak mengetahui 1001 rahsia di sebalik negara gergasi ini. Banyak lagi yang ingin dikongsi dan banyak lagi pengalaman yang belum dicoretkan lagi, dan insyAllah saya akan meneruskan cerita-cerita ini pada masa yang akan datang. Besarlah harapan saya agar satu hari nanti pengalaman ini dapat dibukukan agar menjadi bahan santai yang membuka minda para pembaca.

Sebelum saya mengakhiri,


Saya memohon kemaafan kepada sahabat-sahabat selama 5 tahun di China terutama di Beiwai jika terbuat salah silap, terguris hati, tergurau kasar, terambil barang dan segala-galanya dimohon maaf dan halal. Jika saya masih berhutang, sila beritahu tapi kalo halalkan lagi baik (hhehe)


Terima kasih tak terhingga kepada mama papa yang tidak henti-henti mendoakan kejayaan anak-anak dan ini hadiah kepada mama papa yang mmg susah nak jage anak sorg nih, tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang lain. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu,sahabat-sahabat, orang kampung dan semua org yang mendoakan kejayaan saya. Semoga ilmu dan pengalaman di negara orang dapat dikongsi bersama dan insyAllah doakan saya menjadi seorang pendidik yang sentiasa diberi petunjuk Allah agar mampu menyentuh hati-hati manusia ke arah kebaikan.
Allahuakbar!
27 Jun 2013,Khamis.
Degree in Teaching Mandarin as Second Language.







 Botanical Garden, Beijing.


















Alhamdulilah, terima kasih

**saya akan meneruskan misi dan impian terakhir ke bandar Yinchuan di Provinsi Ningxia (penduduknya majoriti Muslim) untuk melihat suasana Islam di sana. Mohon doa dari kalian. Kali ini perjalanan 18jam dari Beijing 1-5Julai.

Saturday, May 25, 2013

Harbin: Kehidupan seorang Batman

14 Mei 2013,Selasa.

Kali ini kami dibawa untuk menyertai lawatan ke provinsi Liaoning yang terletak di kawasan timur laut China.Perjalanan kami dari Beijing menaiki train laju mengambil masa 5 jam dan train kali ini jauh berbeza selesanya berbanding keretapi yang aku naiki ke Xi`an tempoh hari. Dari bandar Shenyang kami bertolak ke bandar Benxi yang merupakan hampir 3 jam perjalanan bas. Destinasi kali ini ialah gua yang mempunyai sejarah 570juta tahun yang lalu!! Sangat rare! dan ini merupakan pengalaman pertama aku masuk ke dalam gua sepanjang hidup aku.

pintu masuk gua
Kami dihendaki memakai baju sejuk tebal yang disewa khas kerana suhu di dalam gua selain musim sejuk ia akan 'constant'  iaitu 12-15 darjah celcius. Ternyata keadaan di dalam gua sangat sejuk sehingga keluar asap kalau sembang2 dgn mmber.
 Bagi aku, ini merupakan gua yang istimewa sbb pelancong perlu menaiki bot sepanjang dalam gua
 Gua ini mempunyai kedalaman sepanjang 5.8km tetapi yang dibuka kepada pelancong hanyalah 2.8km saja atas faktor keselamatan.
 Lampu LED yang berwarna mewarnai dinding gua yang dipenuhi stalactite dan stalacmite yang rendah. Pemandu bot sentiasa menasihati supaya berhati-hati ketika asyik mengambil gambar.

 Bila berada dalam gua ini, aku betul-betul menghayati bertapa best dan power nya ciptaan Yang Maha Esa. Aku sangat kagum dengan struktur permukaan yang pelik di dalam gua ini. 
 Lagi satu, aku cube menyelami kehidupan seorang Batman,dan nampak gaya sgt x best walaupun dalam movie kononya batcave die tuh mcm high-tech..heheh
 Ini merupakan ruang yang paling luas di dalam gua 

  Batu yang membentuk macam gajah menarik perhatian.

Akhirnya pengalaman 40 minit di dalam gua berakhir dan hidung aku akhirnya tidak dapat menahan sejuk lalu bersok-sek la ia. Ini merupakan antara 1 pengalaman yang menarik sepanjang 5 hari percutian.

InsyAllah byk lagi pengalaman percutian yang akan menyusul.

Tuesday, May 21, 2013

Ini keretapi China! (Bhg 2)

Walaupun bukan hari raya, tp aku tetap ingin menyusun jari memohon kemaafan atas kelewatan post bhg kedua. Maklumla, thesis menimbun nk kene settle..hheheh tp demi pembaca setia, aku sentiasa mencari peluang untuk menulis,dan Alhamdulillah dpt gak!

Post bhg 1 mengenai perjalanan aku dari Beijing ke Xi`an. Namun post kali ini merupakan perjalanan keretapi dari Xi`an ke Beijing, iaitu setelah selesai berprogram dgn pelajar perubatan di Xi`an.

Perjalanan kali ini sejujurnya mmg tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Sebelum itu aku ingin memberikan gambaran kepada pembaca mengenai keadaan cuti umum di China. Seperti yang kita tahu China merupakan antara negara yang mempunyai kapasiti penduduk yang ramai dan keadaan ini menyumbang kepada faktor terbesar kesesakan teruk sewaktu cuti. Oleh yang demikian, didalam kelompok berbilion manusia, aku adalah orang yang terperuk dan terjeremus sekali dalam kesesakan orang ramai. Tiket2 tren semuanya habis dijual, namun aku tetap kene pulang ke Beijing, maka disinilah bermulanya ujian kekuatan mental iaitu tiket 'berdiri' sepanjang perjalanan. Kami berempat terpaksa membeli tiket berdiri berharga 150yuan seorang, iaitu sama harga dgn tiket duduk, kejam betul..dah laa kene berdiri, harga plak sama. Perjalanan dari Xi`an ke Beijing mengambil masa 13 jam dan keretapi kami bertolak pada pkul 5.40ptg.

 Keadaan di luar stesen keretapi Xi`an
 Board menunjukkan tiket habis dijual selama 3 hari berturut-turut
 Orang ramai beratur untuk masuk 
 Terpaksa memakai topeng kerana H9N7 sedang merebak
 Kami merupakan antara penumpang yang masuk awal, namun timbul rase janggal sbb selalunya kami akan terus duduk di seat, tapi kali ini kene berdiri (peluh besar). Mata-mata banyak memandang, terasa diri sgt asing giler waktu nih. 
 untuk menempuh perjalanan yang ekstrem ini, aku awal2 lagi sediakan bangku kecik untuk duduk di laluan. Mungkin ini muka ceria awalku sewaktu permulaan perjalanan.
 Alhamdulillah, mase kami naik , ade 1 seat kosong. Jadi kami buat shif, setiap 2 jam kene bergilir-gilir duduk. Masa inilah kerjasama antara mmber2 sgt diperlukan. Sebelum itu, ingin aku ceritakan keadaan dalam keretapi ini. Seperti yang aku ckp sblm nih, penumpang yang naik sgt ramai. Maka kami terpaksa bersesak-sesak berdiri di laluan. Suasana dalam keretapi sgt 'meriah' dengan perbualan antara org cina yang mcm speaker, asap rokok dan bau-bau makanan mereka yang pelik2. Aku cuba mengeluarkan buku dari beg, tp dengan keadaan sebegitu aku x dpt fokus dan akhirnya aku hanya berdiri dan memerhatikan keadaan dan tingkah laku manusia. Mental aku teruji disini, badan pun penat sbb lama berdiri dan x bleh byk pergerakan sbb orang ramai.

 Setelah penat berdiri, kami duduk semula atas bangku kecil kami. Memandangkan aku ini kaki panjang, jadi bangku yang kecil ini bukanlah kerusi yang selesa buatku. Kaki pun x boleh melunjur dan hanya boleh lipat jer, x tau laa korg bleh bygkan ke x. Kadang-kadang ade jugak aku terlelap. Tapi time nak lelap, time tuh laa ade org nk lalu ke tandas, dan sbb kami berada di tgh jalan,kenelah bagi ruang utk die lalu. Kdg2 time org duk ramai nih laa ade penjual lalu2 dgn trolley, yang nih mmg part tension sbb kami terpaksa kuruskan perut atau buatlah ape saje yg patut asalkan die dpt lalu.Grrr
 Ini merupakan keadaan apabila ade penumpang yang baru masuk. Semakin dekat dgn Beijing, semakin ramai penumpang naik. Jadi keadaan akan bertambah sesak yang sgt sgt sgt sesak. Ouh lupe nk bgtau, dalam ramai2 duk sesak nih , yang aku x tahan ialah bau diorg.hahhahaha yer laaa standard org x mandi, aa perfume pun x pakai, bau mmg kengggg glerrr!! hahahah part nih mmg pening serius! Keadaan org yang semakin ramai ini tidak membenarkan aku duduk lagi diatas bangku,time nih mmg kene berdiri jer!
 Setelah beberapa jam, keadaa reda semula untuk seketika, time nih baru lah bleh duduk semula. Gambar ini merupakan sudut pandangan aku sewaktu duduk. Part nih yang x tahan sekali, sbb aku letih sgt, aku tertido. Sedar-sedar ntah 1 jam lps tuh, itu pun sbb kene gelak dgn mmber aku. Diorg kata aku lentok atas bahu makcik sebelah aku,kambing btul..hhahahha dahagakan kasih syg ibu agaknya...perjalanan masih lagi panjang.


Hahhahah time nih aku dah bleh duduk atas seat. X silap aku time nih pkul 1 dan seperti dalam perjanjian, kene bangun smula lps 2 jam, maksudnya pkul 3 aku dah kene bangun. Namun aku dengan yakinnya telah melanggar perjanjian itu. hahahah x sedar dikejutkan, aku bangun pkul 4,1 jam lewat. Aku hanya mampu tersengih kambing waktu tuh, dan posisi tidor mcm nih merupakan satu nikmat Allah bagi dalam perjalanan yang sebegini. Serius!!!


Ini kawan aku, namanya Radi. Gambar nih bukannye die tgh tido, tapi sedang menunaikan tanggungjawab seorg muslim iaitu solat subuh. Dalam keadaan yang sempit, dan xde air solat tetap kene jalankan. Disinilah ilmu fikh perlu dipraktikkan. Namun disini aku bukanlah nak berbincang mengenai persoalan fikh, sbb nnt akan jadi rumit dgn pelbagai pandangan dan point penting aku disini ialah solat tetap solat. Teringat kata-kata Dr.Asri mantan Mufti Perlis dalam bukunya Minda Tajdid iaitu org kita"lemah akidah,sempit fikah" dan kita kene tukarkan kepada "kuat akidah,luas fikah".Terperuk di Malaysia sgt sukar mempraktikan hukum fikah yang pelbagai myebabkan kita jadi kaku bila menghadapi kesukaran terutamanya dari segi solat,makanan,musafir dan sebagainya ketika di luar negara.Semoga kita diberi peluang untuk beribadah dengan akidah yang kuat dan fikah yang luas.

Perjalanan 3 jam diteruskan lagi. Semakin bertambah cabarannya. Tepat jam 6.40 pagi kami smpai di stesen keretapi Barat Beijing. Alhamduilllah, dan sempat aku ke kelas pada pkul 8pagi tepat pada masanya.

Inilah pengalaman 13 jam atas keretapi yang penuh dugaan namun penuh dgn hikmah dan pengajaran hidup yang sangat berharga buat aku. Dari sini dapat aku melihat kehidupan orang cina yang terpaksa mereka lalui dan aku merasakan aku sentiasa berada dalam zon yang sgt selesa. Sepanjang atas keretapi, aku merasakan diri ini seolah-olah sgt sgt terhina dgn duduk pun di laluan, atas bangku, kdg2 kalo ade seat yg orgnya ke tandas, cepat2 kami duduk ats seat die, dan kalo die dtg, kami pun terpaksa bangun.Nak capai beg makanan pun x lepas walaupun dlm beg tuh byk makanan dan mmg kami kelaparan sepanjang perjalanan. Time tuh mmg sgt-sgt terasa la akan kesusahan dan keperitannya, seolah-olah kami nih cam loser giler. Dengan pengalaman yang aku tempuhi ini telah pun memberi ibrah yg sgt mendalam bagi diri ini.

Walaupun ini pengalaman yang perit, namun aku tetap bersyukur kepada Allah SWT atas kesihatan dan kekuatan sepanjang perjalanan. Yang paling penting, ini pengajaran yang palinng besssttt sekali daripada Allah SWT untuk menyedarkan kita yang kita ini hanyalah insan hina-dina di atas dunia ini supaya kita sedar yang kain kapan yang akan membaluti badan nnt tiada poket untuk diisi dengan dunia.

Wasalam.
22 Mei 2013,Rabu.
Beijing  

Monday, April 15, 2013

Ini keretapi China! (Bhg.1)

Seperti yang dijanjikan dlm post yang lepas, post kali ini akan menceritakan pengalaman menaiki keretapi di China.

 Stesen keretapi Barat, Beijing


Radi,Fauzan,Zahin,Johan,Badrul,Fayyadh

Sebenarnya, ini bukannya kali pertama aku menaiki keretapi di China, sudah banyak kali. Namun, inilah kali pertama aku menaiki kelas yang berlainan. Memandangkan lawatan aku ke Xi`an baru-baru ini merupakan cuti umum China, banyak tiket sudah habis dijual.Yang tinggal hanyalah tiket-tiket kelas yang ntah ke berapa.

Saat aku melangkah masuk ke dalam train, mata-mata manusia ini sudah pun memandang kat aku. Aku agak terkejut dengan keadaan gerabak yang agak usang dan kelam. Disudut-sudut gerabak penuh dengan penumpang. Aku agak terpinga-pinga dengan keadaan yang sedemikian.Perasaan tidak selamat amat terasa sekali apabila orang ramai asyik merenung tepat ke arah DSLR yang sedia tersangkut di leher ini. Nak letak atas meja pun rase serba salah.

5.40ptg, keretapi terus bergerak keluar dari stesen.Tempat yang agak sempit kerana ruang bagasi yang penuh menyukarkan pergerakan aku. Apatah lagi dengan kerusi yang keras dan x bleh baring sgt menguji tulang belakangku. Pada permulaan perjalanan, keadaan stabil,ok aje atas tren. Namun bila sudah tiba malam, keadaan menjadi 'meriah'. Sebelum itu, penumpang yang menaiki train ini kebanyakannya merupakan pekerja binaan dan yang lain aku rasa org yang rendah tahap sosioekonominya, Jadi disini boleh aku  menggambarkan gaya hidup mereka.

Peristiwa pertama
Ade sorg mamat nih, die xde seat dan hanya beli tiket berdiri.Setiap kali penjual makanan, buah-buahan atau pun minuman yang lalu, semua dimarahinya. Dia menengking,memaki dan tak kurang jugak mencarut pada mereka.Aku hanya mampu menggeleng kepala melihat keadaan itu hinggalah tiba satu masa nih, dia maki sorg makcik yg jual nasi. (xperlu aku bgtau ape die ckp) tp kata-kata dia sudah cukup membuatkan orang disekeliling pun tesentap,termasuk aku dan apatah lagi makcik tuh. Lalu makcik tuh pun balas smula dan maki smula mamat nih, n ntah mybe mamat nih dah x bleh kontrol, terus die pkul mak cik tuh. haa time nih aaa ramai org nk masuk campur, perghh mental btul. Keadaan huru-hara ini dileraikan oleh polis yang bertugas dalam keretapi nih. Problem btul...
Peniaga minuman, makanan dan buah-buahan akan melalui laluan ini setiap beberapa minit 
Mamat nih ditenteramkan oleh polis yang bertugas dalam keretapi

Peristiwa kedua
Seat di depan ku kosong dan tetibe mamat nih nampak dan duduk. Haishhh ini problem ntah2 die nk cari pasal dgn aku plak. Aku pun bukak pose, dan makan gune tangan. Lepas mkn tuh, ntah nape mamat tadi tuh hulur tisu suh aku lap. Huhuhuh terus terasa aku sbb tadi cam bersangka buruk sket kt die dan terus aku ckp "xie xie, xie xie". Mmber2 aku nih ckp die nih mcm nk buat kwn kat aku, aku gelak jer aa.

Huhuuhuh x sangka, mmg btul. Maybe mamat nih lonely kot,sbb dah lame die berdiri n strees die pun start sembang dgn aku. Mula-mula aku cam layan aa jap, tp ntah makin lame makin merapu seyh mamat nih sembang. Tetibe jer die ckp yang die nih gangster, xde org berani pukul die, kalo kene pukul die panggil kwn2 die dtg pukul smula. Dan benda nih die ckp berulang-berulang kali. Perghhh jenuh seyhh..Mmber aku , Radi dah start tension kat sebelah aku .Time tuh, aku sumat telinga dgn MP3 dan bace aa buku Ini Sudah Kantoi (ISK), tp yang x bleh bla nyer die teruskan ckp dgn aku..perghhh tension2..dah aa suara kuat, ckp pun x clear, serius tension bro. Gua tgk die nih, menyirappp jer..terus gua rase nk sepak jer mulut die, time tuh baru 4 jam perjalanan, ade lagi 9jam bro....

Peristiwa ketiga
Time nih dah pkul 10 malam dah. Ade penumpang yang dah tidur, dah aku pun rase cam ngantuk dan stress.Mamat yand dari tadi duk pot pet pot pet dah pun lentok dgn air liur bercucuran keluar.Adeyh.Time dah nk tido tuh, tetibe ade plakkk org cina nih sembang-sembang dengan mmber2 die. Perghhh suara x bleh nk slow plak daaa, dgn gelak-gelak lagi. Tension..
Geng sembang malam
Peristiwa keempat
Pkul 12 malam, geng sembang-sembang dah mula reda. Suasana mula senyap melainkan bunyi roda keretapi jer. Aku memandang-mandang sekeliling. Ramai yang dah mula tidur. Aku masih lagi tercari-cari posisi tidur yang selesa. Time tuhhh laa aku dikejutkan lagi dengan bunyi lagu opera. Aku tgk ade sorg pakcik nih tidur sambil henfon die loudspeaker memainkan lagu opera cina yang sumpah bingit giler telinga. Gerammmm seyh tgk muka die,sedap jerr layannn tido.Tension..

Pakcik jaket hitam lena dalam alunan musik opera

Malam tuh, aku dapat gak la tido walaupun hanya beberapa jam. Itupun asyik terjaga bila keretapi nih berhenti kat stesen.

 terima kasih kepada paparazzi yang amik gmbar nih
berkongsi meja kecik untuk landing kepala..hahahah comel x??

Peristiwa kelima
Pkul 4 pagi, waktu tuh aku automatik terjaga. Dalam keadaan mamai tuh, aku nampak ade beberapa penumpang lain cam dah lame terjaga.Aku hanya duduk-duduk sambil menanti waktu subuh. Tatkala itu, bunyilah org tgk movie gune henfon, dan mmg perangai diorg suke benor loudspeaker. Jengg otok kawe nih.

Tepat 6 pagi, setelah perjalanan yang berliku selama 13jam, maka sampailah kami ke bumi Terracota ini.
destinasi kami, nasib baik org kt sini awesome!

bersambung...................