Saturday, September 15, 2012

Aset baharu

15 Sept 2012, Sabtu.

Hari ini kami menerima 'aset baharu' negara seramai  82 orang . Mereka dipecahkan kepada 2 universiti ; Beijing Foreign Studies University (BFSU) & Beijing Language n Culture University (BLCU) dan seramai 46 orang bakal menghuni di uni aku yang tercinta ini. Dari jumlah 46 orang ini seramai 13 orang lelaki dan 33 orang perempuan yang tiba di bumi Beijing pada pukul 6.30pagi hari ini. Mereka dijemput oleh dua orang wakil pelajar kami iaitu Hafizi dan Ahmad, mereka berdua awal pagi lagi sudah bersiap sedia untuk menyambut pelajar-pelajar baharu ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, Terminal 2.


sementara menunggu ketibaan pelajar-pelajar baharu ini, wakil pelajar kami bertungkus-lumus menyiapkan 'goody bag'
ini merupakan bahagian pengurusan asrama..aku melihat mereka dgn gigih sekali cuba mengatur bilik pelajar-pelajar baharu ini
Fauzan dan Zahin sedang menyediakan borang peribadi
Tadaaaaa, nihlah isi dalam 'goody bag' tuh...perghhh mantap, insyAllah dgn adanya bahan-bahan ini, akan memudahkan lagi proses penyesuaian diri mereka sepanjang proses transisi ini. Doakan semoga Allah mempermudahkan mereka.

Tepat jam 8.30 pagi, mereka tiba di BFSU dgn beg-beg yang muatan penuh..hehehe
abang dan kakak turut menolong meringankan beban mereka..bak kata tv3, hulurkan tangan ringankan beban ,ahaks!
wahh ini senior2 yang menyambut mereka di asrama.
Mr.Presiden ,Luqman Najib turut turun padang hari ini. 
(beliau bukan anak PM 1 Malaysia,sekian)
Kesian adik-adik, letih jer muka setelah penerbangan 6 jam

Weeeeee!!
 
Sepanjang aku sambut junior, teddy bear ini mmg menjadi barang wajib untuk dibawa, mungkin adik2 perempuan tak tau yang kat China nih teddy bear besar gajah pun ade dijual.
Pelajar-pelajar berkumpul di kaunter untuk proses pendaftaran bilik
Proses pendaftaran sedang berlangsung
abg2 yang gagah lagi perkasa menolong adik2 dengan mengangkat bagasi yang paling kurang pun 25kg ke tingkat 3. Wahhh mereka nampaknya berpuas hati dgn kemudahan asrama yang disediakan.

Wahh secara keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dgn layanan diberikan terhadap mereka. Mereka ini telah pun disantuni semenjak mereka bersetuju menandatangani kontrak dgn KPM untuk meneruskan kursus ini.Sejak itu, mereka diberi pendedahan ttg kebudayaan, brg keperluan utk dibawa dan turut dibekalkan dgn nasihat ttg fiqh solat di luar negara daripada abg2 n akak2 senior seperti yang terdapat di blog berikut ;


Sangat sempurna sekali, mengimbas kembali memori 4 tahun lepas, tiada siapa yang  'guide' aku sblm fly memandangkan aku ialah dari batch pertama Mara, oleh yang demikian, aku pergi tanpa sebarang gambaran yang jelas ttg kehidupan di sini (ouhh sedih skali).Cumanya aku dinasihati oleh seseorg utk bawa stok Milo yg byk kerana kat sini Milo tak sedap (true story,LOL) . Oleh yang demikian, kami mengambil inisiatif untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi dgn menyediakan semua kemudahan kepada pelajar-pelajar yang baharu datang supaya mereka cepat menyesuaikan diri di negara Mao Ze Dong ini. Aku akui aku sangat cemburu sekali, dan anda harus benar-benar bersyukur. Jika ada ibubapa pelajar baharu yang melihat blog ini, anda jgn bimbang kerana anak anda berada di tangan yang selamat, insyAllah.Nasihatlah anak-anak anda  supaya menjaga hubungan dgn Allah SWT selain nasihat utk shopping kain, handbag, henfon ciplak untuk anda,peace no war!

Akhir kata, selamat datang Fadhtastic ucapkan kepada adik-adik untuk meneruskan pengajian selama 5 tahun di bumi Beijing ini. Kuatkan azam, teguhkan niat belajar bahasa Mandarin. Semoga anda semua cepat menyesuaikan diri dengan keadaan di China, insyAllah anda akan dibimbing oleh wakil pelajar dari persatuan kami.


"al-quran ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, 


dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa"
al-imran : 138

No comments: