Sunday, September 30, 2012

Secebis Aidilfitri

Hari yang baik, cuaca yang baik, Alhamdulillah kita same2 ucapkan kepadaNya..

30 Sept, Beijing - Persatuan Pelajar Malaysia-China hari nih telah mengadakan majlis Hari Raya Aidilfitri,walaupun di luar bulan syawal...usah nak kata apa2...hahahahh kerana hari raya ini merupakan hari kegembiraan, dan xde salah untuk meraikan kegembiraan bersama-sama dan majlis ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan rakan2 yang baru datang. Majlis yang meriah ini telah pun dirancang seminggu lebih awal dan setiap batch mempunyai peranan masing2 seperti membuat air dan beli buah, ready makanan, desert dan persiapan tempat. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan Fadhtastic mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat memeriahkan majlis!!

Batch pelajar baru sampai, seronok amik gambar

Walaupun kami datang dari parti yang berbeza, namun dalam menyambut Hari Raya kita tetap bersama!
Bertemu lagi kita di PRU-13 nnt...


Pelajar-pelajar mengambil tempat sambil menunggu dif jemputan

Ketibaan dif jemputan, Prof Taib ke majlis sambil diiringi paluan kompang

Saudara Johan memimpin paluan kompang yang bergema di Taman Tomato

Say Cheeseeee!!

Juadah yang menyelerakan, nasi jagung,ayam goreng KFC, ketupat, rendang,

Time nih mmg dah xde nk pandang kamera dah..perghhh

Majlis turut diserikan lagi dengan nyanyian dikir barat dari Kelab Dikir Barat Kijang yang diketuai oleh Tuan Syafiq

'awok-awok' sedang bersemangat menepuk!!

Yeahhhhh!!!! SELAMAT HARI RAYA!

Sambutan hari raya juga turut diadakan di sebelah pihak perempuan iaitu 1 hari awal sebelum pelajar lelaki.
Daripada intipan yang dilakukan dari bilik aku, nampak gaya cam meriah gak, siap dengan belon2 lagi..nak amik gambar nnt takut kantoi skodeng plak, tp nsib baik ade org upload kat FB bleh laa amik tanpa sebarang bahaya (dah mintak izin!). Majlis dibuat secara berasingan betujuan menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan dan ternyata masing2 lagi enjoy jika buat secara berasingan..x caya?? cube laa buat.. 


Dari meja editor, Fadhtastic mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
 kepada pengunjung blog ,taqaballahumina waminkum


**kredit kpd kakandaku yang mengajarkan sampin gaya Brunei :)

Tuesday, September 25, 2012

Lawatan KSU dan KPN ke BFSU

Beijing,25 Sept - Beijing Foreign Studies University hari ini mencatat sejarah menerima kunjungan hormat dari   Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YAB Dato` Abdul Rahim diiringi dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Omar Ismail dalam rangka lawatan 4 hari 3 malam ke China. Tujuan delegasi rombongan Kementerian Dalam Negeri  hari ini ke Beijing bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama diplomatik antara kedua buah negara. Selain itu, rombongan ini juga akan melawat ke Universiti Polis Beijing dalam usaha meningkatkan lagi kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan. Dato` Abdul Rahim berkata demikian setelah sampai ke BFSU pada waktu 3.45 petang tadi di Dewan Mesyuarat Xing Zheng Lou dengan diiringi oleh salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan paluan kompang oleh pelajar Malaysia.

Pasukan kompang membuat persiapan terakhir sebelum ketibaan dif-dif jemputan
Pelajar Fakulti Bahasa Melayu turut mewarnai majlis dengan bunga manggar
Ketibaan YAB Dato` Abdul Rahim dan Tan Sri Omar Ismail  
YAB Dato` Abdul Rahim menandatangani buku tetamu
 Tan Sri Omar Ismail , turut melakukan demikian
 
Rombongan delagasi Malaysia dan tuan rumah BFSU yang diketuai oleh Presiden BFSU,Han Zhen

Pn Indah (berbaju merah) merupakan cikgu penterjemah aku, beliau sedang menterjemah ucapan Presiden BFSU dan juga KSU
Perbincangan serius sedang berlaku

 

 
Dato` KSU sempat berjenaka untuk menawarkan diri belajar bahasa Mandarin di BFSU setelah melihat kebolehan Pn. Indah yang mampu menterjermah BM-B.Cina dengan baik sekali.
 
Dato KSU menerima cenderamata sebagai tanda kenangan dari pihak BFSU 
Dato KSU membalas cenderamata tersebut dengan plak bangunan di Kuala Lumpur yang ditempa dari pewter.
 
Setelah habis mesyuarat, para tetamu dihidangkan dengan persembahan oleh pelajar2 Malaysia dan juga China. Gambar diatas sahabat aku Sheikh Faisol dan Cikgu Chao menjadi pengerusi majlis pada petang itu.
 
Qing Ai, lagu nasyid cina dendangan Raihan kini dinyanyikan oleh kumpulan Beiwai Brothers.
Pelajar-pelajar pengajian Bahasa Melayu turut membuat persembahan "Rasa Sayang" sebagai penutup majlis

Hmm begitulah majlis pada hari ini, terima kasih Fadhtastic ucapkan kepada rombongan Malaysia kerana sudi jenguk2 melihat 'aset-aset' berharga Malaysia di sini. Teringat pula sembang dengan Pengarah Institut Kong Zi Malaysia, Prof Datuk Dr. Azarae petang tadi ttg peranan penting 'aset-aset' Malaysia ini bila pulang ke Malaysia nnt. Btw, sbenarnye aku x tau sape die, sembang2 pstu kdg2 panggil die "Tuan" dan kadang2 terlepas panggil "Pakcik", dan beliau sgt sempoi kerana sewaktu berkenalan, beliau hanya memperkenalkan dirinya sebagai Azarae aje..huhuuh aku ingatkan die org embasyy,LOL!

**berita disediakan oleh Fadhtastic News

Thursday, September 20, 2012

Protes untuk KFC pulak!

Dalam orang China ramai2  sibuk duk demostarsi di Beijing dan juga bndar2 besar di China , kat sini ade sorg mamat yang demostrasi secara solo..Tetapi kali ini bukan terhadap perebutan Pulau Diaoyu, namun demostrasi ini berkaitan dengan penentangan KFC (lol).

Cerita ini berkenaan dengan seorang peniaga dari Beijing, Mr Yang , yang telah ke Provinsi Wuhan untuk urusan bisnesnye telah lepak2 n mkn2 kat KFC di Wuhan. Namun, niat untuk makan pada awalnya terbantut setelah tahap kebersihan di KFC itu diragui. Ini berikutan semasa Mr Yang nak amik order, dia melihat pekerja KFC yang packing burger time tuh x pakai glove, sarung kepala dan penutup mulut. Dia melihat sendiri dgn mata kepala die yang pekerja tuh sedap2 jer duk gaul daging burger tuh salad dengan tangan yang x bersarung. Oleh sebab die bengang, die pun jumpe laa si manager, namun manager hanya mampu mintak maaf dan memberi alasan bahawa "pelanggan pada waktu itu sgt ramai, dan pekerja tersebut x sempat pakai sarung tangan n lain2 tuh" (boleh terima ke??)Namun pekerja itu telahpun basuh tgn byk kali untuk menjamin kebersihan 100%.

 ..tak habis stakat tuh, Mr Yang yang pada waktu itu ditemani oleh mmber die Mr.Lei mengeluarkan duit sejumlah RMB140,000 (RM 68,000) untuk membeli 2000 bucket ayam KFC sebagai tanda protes. Tujuannya ialah untuk menyelamatkan pelanggan lain dripada membeli makanan yang x bersih ini.  Tetapi pihak KFC  menolak untuk memberikannya sebanyak 2000 bucket, dan hanya beri Mr.Yang 22 bucket ayam. Dengan semangat protes yang tinggi, Mr.Yang susun bucket2 tersebut kat depan KFC itu untuk tanyangan orang ramai....


Mr.Yang,30, tgh bersiap2



nyummy!


orang ramai duk berkumpul untuk tgk sndiri bucket2 

Pihak wartawan telah mendapatkan penjelasan daripada Sykt KFC dan menerima jawapan seperti berikut "walaupun pekerja tersebut tidak memakai sarung tgn, namun dia telahpun cuci tgn (sterilize) dan pengguna tidak perlu bimbang ttg isu kebersihan. Pihak sykt turut berterima kasih kepada Mr.Yang kerana mengambil berat ttg kebersihan dan ini juga boleh dijadikan pengajaran terhadap KFC untuk masa depan"

Hmmm rajin btul org cina nih, kadang2 rase pelik pun ada gak..(geleng kepala)

**ditranslate dari web China.

Tuesday, September 18, 2012

China,Jepun dan pulau

18 Sept 2012,Selasa

Hari nih seperti hari-hari biasa kelas, aku naik basikal dgn memakai spek Rayban meluncur laju ke arah kelas. Tapi, hari ni aku perasan satu benda yg pelik, iaitu ramai polis yang beruniform biru cerah berada di pintu utama kampus timur.."aihh pelik nih" selalunye kalau pemimpin negara dtg pun, xde aa smpai ramai cmni..pelik pelik..sifat ingin tahu aku begitu mendalam sehinggakan dalam kelas aku terus bertanya kepada cikgu. Lantas cikgu beritahu ini adalah mengenai demostrasi yang dilakukan rakyat China terhadap Jepun dalam isu perebutan Pulau Diaoyu di selatan China. Kedatangan abg n akak polis ini bertujuan menjaga keselamatan pelajar-pelajar Jepun yang study kt uni aku..wahh,bile sembang dgn cikgu , cikgu ckp hari nih kebanyakan pelajar Jepun x hadir ke kelas atas faktor keselamatan(wow)..masih petrified dgn apa yang berlaku, demostrasi besar-besaran sedang berlaku di kawasan Chaoyangmen dan Sanlitun yang mana disitu merupakan kawasan kedutaan (mcm kat Ampang).Cikgu menasihati supaya pelajar-pelajar tidak mendekati kawasan tersebut..(makin laa rse nk pegi!)

 
Pintu utama kampus timur

Ini memang rare nih, polis sedang bersiap sedia kat bawah pokok

Sempat curi2 amik gmbar, blakang tu polis laa tuh..hehehe
 
inilah Pulau Diaoyu (钓鱼岛) yang menjadi perebutan antara 2 negara ini. Mengikut sejarah, pulau ini asalnya milik China pada Dinasti Ming, tetapi setelah pencerebohan negara asing, pulau ini diberikan kepada US tetapi sbb pulau nih jauh dari US, maka US nih bagi laa kat Jepun, dan ianya tidak dijaga pun, so now its the paytime!! Dikatakan sekarang kapal-kapal perang kedua-dua buah negara sedang berlabuh di kawasan berhampiran untuk menunggu arahan seterusnya..

Gambar2 kat bwh nih aku amik dari website China untuk tatapan semua :)
Memang semangat benor penentangan rakyat China terhadap Jepun..yerlaa China-Jepun nih mmg dari dulu lagi ade sejarah die..bile dibangkitkan mmg panassss lerrrr

Ini mmg COOL!

Tadi aku ada tanye abg polis ttg kehadiran mereka yang luarbiasa ini..cuba nk korek cerita sket..
(konon2 jadi cam cikgu yang sgt caring)

我:你好警察,请问为什么今天有这么多警察
Aku : Hi Encik Polis, tumpang tanya, nape hari ini ramai benor polis kat sekolah saye nih?

警察:没事,没有什么事,是经常的。
Polis : xde ape2, xde ape2 masalah, nih biasa aje.

我: 哦,我从来没看见这么多警察。
Aku : ooo, saye x pernah tgk ramai benor polis

警察 :没事,跟你没什么关系的。
Polis : xde ape2, hal ini xde kene mengena dgn awk.

itu antara perbualan aku dgn polis tadi..huhuhuhu melihat mimik muka polis ini, dpt aku lihat seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan, mungkin demi keselamatan awam..yer itulah tugas abg polis, takkan lerr nk gebang2 bising2 bnda2 cmni.

****btw, hari nih besday ayah aku! Happy besday papa!