Monday, May 28, 2012

Bulatan Gembira Dayout 1.0 : Tianjin

25 Mei 2012, Jumaat

Hari nih hari Jumaat, penghulu segala hari, hari yang penuh barakah....hari nih aku gi trip ke Tianjin. Ini merupakan kali ke 3 aku ke Tianjin, tp kali nih trip nih sgt berlainan dgn trip2 yg lepas..Ade sebabnya..Sebab kali nih aku gi dgn geng Bulatan Gembira yg mmg btul2 gembira...ape die bulatan gembira?? huh? korg x tau?? serius?? xpe2, sumpah aku xkan gelakkan korg seperti mana korg gelakkan aku sbb x tau sape artis Korea yg top skg atau bile Euro 2012 start..Ok, ehem...Bulatan Gembira merupakan satu bulatan yg mane kalo korg join, insyAllah korg akan gembira bukan saja di dunia malah di akhirat jua..insyAllah..(peace)

Setelah dirancang, Alhamdulillah biiznillah Dia telah memberi peluang utk kami keluar jalan sama2...aku pilih Tianjin sbb ia merupakan bandar yg terdekat dgn Beijing, naik keretapi laju cuma 30 minit, tp kalau naik bas boleh sampai 3 jam gak. Tujuan kami keluar bersama-sama kali ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah antara kanak-kanak riang-ria Bulatan Gembira dan mengenal masyarakat Muslim di Tianjin. 

Kata Saidina Umar r.a " Anda tidak akan kenal sahabat anda selagi anda tidak bermusafir bersama, makan bersama, tidur bersama" .



Tadarrus Al-Kahf dalam perjalanan ke Tianjin. Sambil bertadarus, sambil melihat pemandangan sepanjang perjalanan.



Melompat kegembiraan tatkala kaki memijak tanah Tianjin..Alhamdulillah!! hehehe

Ini merupakan masjid pertama yang kami lawati. Tempatnya sgt luas, lengkap dgn kantin,bilik mesyuarat, bilik kursus perkahwinan dan lain2...

Tapi kami x solat Jumaat kat sini..ntahlerr kat sini rasenye kami seperti tidak dialu-alukan..aku pun rase pelik,1st time dtg masjid rase cam alien turun kat bumi...

Nih masjid yg kami solat Jumaat..alhamdulillah, nih baru btul2 masjid, para jemaah mengalu-alukan kedatangan kami. Bile masuk je dewan solat ade jemaah nih siap tlg sapukan minyak attar..ape yg best masjid nih ialah imam die dpt bace quran dgn bacaan yg betul, dan sedap telinga nih dgr sbb kebanyakannya imam di China mengalami masalah bile bab2 sebutan nih..untung kita sng2 jer nk bace Quran...tu pun malas gak bace, aku la tuh..ish ish ish

Untuk pengetahuan umum, nih laa kitab aku...smua bnda2 tercatat kat dlm nih, termasuk idea2 utk tulis blog nih..heheheh


Pak cik nih jual roti goreng berintikan daging lembu...perut dah lapar, sebaattt!!!!


Kami sempat ke masjid yang antara tertua di Tianjin, masjid nih baru je lepas renovate, dan keadaan dlmnya sgt bersih dan selesa untuk dilawati..Time kami lawat sini tetibe hujan, jadi masjid nih dijadikan tempat berteduh. Kat masjid nih kami jumpa dgn imam , beliau merupakan bekas pelajar UIA tahun 2005..beliau di UIA untuk mengikuti kursus imam di sana selama 3 tahun..hmmm seronok die jumpe org Malaysia, tp sygnye x dpt sembang lame sbb dah masuk asar dah..





Dari kiri : Adli, Luqman, *&^%, Sud

Lepas lawat masjid2, kami melawat tempat pelancongan di Tianjin nih yang faymes..Antaranya Itali Street..Pada zaman 1920an dan keatas, China menerima byk pengaruh dari negara luar, antaranya Perancis,Itali,German dan British. Jadi di Tianjin nih,ade laa bangunan2 yg seakan-akan kat europe tuh...sgt cantik..






Malam tuh kami bertolak pulang ke uni kami..Satu pengalaman yang menarik, dpt meluangkan masa bersama kanak-kanak riang bulatan gembira dan jalan2 ke Tianjin..Semoga ukhwah yg dibina ini dapat kita bawa ke syurga nnt,insyAllah.

Sunday, May 27, 2012

我爱我国

今天我上了fesbuk,看了很多东西,新鲜的消息,比如朋友结婚了,我的哥哥要回国,宗教的故事或穆圣说的。。都是以我说让自己知道家人和哥们儿近况。当我scroll 到下面,突然看了很多性感的美女在台上唱歌的照片。。woww 哪里啊?哪里啊?我脑子里想一想,还问自己。看了那张照片的comment我才知道原来那是在我祖国拍的。。"哎。。。"我叹了一口气,噢我的国家为什么??为什么?为什么?越来越污染,这个是你们所说的文明吗?社会发展吗?

我随手关灯,让黑暗笼罩整个屋里,我把辈子盖着我。。。太失望了







*via朋友ipad

Tuesday, May 22, 2012

Suasana kelas org cina

"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" mungkin inilah peribahasa yang sesuai untuk aku gunakan dalam post aku kali ini. Post kali nih aku nak menceritakan pengalaman semasa trip uni aku ke Pingyao. Dalam lawatan kami, uni telah menetapkan untuk mengadakan lawatan ke sekolah menengah rendah di provinsi ini. Ini merupakan satu pengalaman yang menarik bagi aku kerana aku sendiri pun x penah nk jejak kaki kat sekolah orang cina tempatan. Pertama kali menjejakkan kaki di sekolah nih, aku x rase pun sekolah nih style cam sekolah kebangsaan kat Malaysia yang ade taman,kolam ikan,warna bangunan yg cantik2, tp kat sini smuanya cam suram aje..hati kecik aku berkata, mcm mane lerrr diorg nih nk wujudkan persekitaran yang kondusif..sekolah nih xde aa duk kat pedalaman pun, mungkin boleh aku bagi gambaran kalau kat Kelantan tuh, mungkin sekolah nih kat area Bachok,Pasir Mas,lebih kurang gitu laa tp kalo kat Bachok mahupun Pasir Mas sekolah mereka tetap cun! Sng cite, sekolah nih jenis sekolah asrama harian . Walauapapun, rombongan kami disambut oleh beberapa org wakil guru dan seorg wakil pelajar yang sgt ramah dan kami juga disambut dgn mainan muzik tradisional mereka yang dimainkan oleh pelajar sekolah itu. Selepas itu, kami dibawa untuk bersama-sama pelajar belajar. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Woooww ini pengalaman yg sgt best sbb x pernah lagi aku lalui bnda2 cmni....

Sambutan hangat oleh pelajar-pelajar yang mmg x pernah tgk org foreigner...perghhh time tuh berasak-asak diorg nk mendekati budak2 Malaysia nih, tuh terpaksa cikgu halang utk diorg nih nk dekat sgt..privacy plz!

Kumpulan aku dapat join kelas English diorg..fuhh bile aku masuk jer, terkejut beruk aku ramaiiii gler pelajar dlm kelas nih...mata-mata semua pandang kitorg, keadaan time tuh x tau cmne nk describe..

mata aku sibuk memerhatikan keadaan kelas yang mcm ikan sardin nih..perghh dah aa time summer, student pakai jaket,kipas 6 bijik tp x bukak (bukak pun lepas diorg perasan aku berpeluh2 dan yg best diorg bagi tisu kat aku...hahah malu )tp dlm 6 bijik kipas tuh, yg bukak hanya 1 bijik jer..perghh kedekut glerr...atas meja penuh dgn buku, ade ruang yg sempit utk buka 1 buku teks..perghh sumpah kalo aku dah sure rimas.
Tuh laa ruangan utk diorg buka buku...

Okeh, utk gambaran kepada pembaca sekalian, aku terpaksa gunakan lens fisheye utk view lebih luas..haaa nih laaa keadaan dlm kelas nih....sempit gler, xde ruang langsung utk aku yg super aktif nih...pelajar dlm kelas ini ade lebih kurang 90 org..style???

kalau duduk kat belakang sekali nih, mmg nmpak cikgu tuh kecikkkk jerrr...padahal.....

padahal cikgu nih besarrrr...hehehhehe nih lah cikgu yang ngajor English nyer..not bad laa



Tetiba tup tup kami dipanggil utk ke depan..perghhh sumpah seram sejuk aku..nk sembang psl ape pun tak tau..tp tetibe dtg idea utk test English diorg, aku pun dah lame x sembang omputih nih, so level diorg ok laa phm gak aa lawak kambing aku tuh...aku menghadapi kesukaran nk menstabilkan bahasa aku, kdg2 time ckp omputih tuh tetibe terkeluar gak bahase cine nih..hehehe pening2

keadaan pelajar yang tekun dengar kitorg sembang kat depan..bagi aku ini merupakan satu cabaran utk cikgu2 kat sini mengajar...bayangkan sejumlah ini pelajar dlm satu kelas?? ish ish ish

akhirnya kelas yang selama 45minit tuh pun berakhirlah...perghhh time tuh smua org berpusu2 nk amik gmbar dgn kitorg,habis kelas jer haaahhh masing2 kuarkan henset nk amik gmbor..mcm2 perangai budak2 nih, sampaikan ade yg mintak aku sign atas lengan lagi..perghhh i`m rock star!! hahaha ini baru cerita dlm kelas, kat luar kelas lagi laa lagi ramai yang berpusu2 serbu kitorg..arhhhh gmbar2 tuh smua x bleh aku upload atas faktor keselamatan yang tertentu..huhuh

Ape yang aku nk cerita kat atas nih, sebenarnye nk bagi kita fikir, nih laa org cina susah payah nk belajar..dlm kelas yg sgt2 x kondusif lagi x selesa nih dpt gak diorg teruskan belajar...aku nih cam dah kekurangan oksigen kat dlm tuh...bertapa kita nih sgt sgt beruntung dan sepatutnya lebih byk bersyukur dgn tahap kualiti PnP dan kondisi sekolah kita kat Malaysia, yang sgt selesa,ceria dan best! so,kalo nk ponteng gak kelas, anda boleh fikir sendiri anda berada di kategori yang mane (peace).

"Maka nikmat manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman :16


**p/s: teringat zaman sekolah aku dulu2, dlm kelas siap boleh main bola lagi..ngeh ngeh

Sunday, May 20, 2012

Taman Etnik di China

Jumaat,19 Mei 2012 Hari nih kami berkesempatan melawat Taman Etnik di China yang terletak tidak jauh dari uni kami. Tempatnya bersebelahan dengan Stadium Bird Nest yg skg nih mmg btul2 jadi sarang burung berak sbb xde byk pun occasion kat sane. Untuk pengetahuan umum, di China terdapat 56 kaum!!!! perghhh setiap kaum mempunyai keunikan dan bahasa yang tersendiri. Kaum utama di China merupakan kaum Han yang berjumlah 1.16 billion diikuti dgn kaum2 lain yang jumlahnyer berpuluh-puluh juta..so, korg sume dpt gmbarkan bertapa ramainya rakyat kat China nih...haihhh...sbb tuh laa kalau public holiday aje, aku lebih rela duk kat bilik sbb kat luar tuh mmg cam perghhh ramai gler org. Kaum Islam utama di China merupakan kaum Hui, Urgyur, Salar, DongXiang, dan mcm2 lagi..kebanyakan kaum ini tinggal di bhgian barat China yg berdekatan dgn Pakistan, Turkministan , dan yg ade 'tan' kt blakang tuh..Ok,jadi nk dijadikan citer, sepanjang 4 tahun aku kat Beijing nih, nih 1st time aku tau psl kewujudan taman ini..naif kan?hampeh btul...dgn peluang inilah aku cepat2 setuju utk ikut bersama. Kewujudan taman ini mendekatkan lagi rakyat dan pengunjung terutama sekali kepada etnik dan budaya di China yang sgt sgt luas negaranya.


Di pintu hadapan terbentang wajah-wajah 56 etnik di China

Itu diaaa sawah padi hiasan, rase jakun laa plak kat tgh2 bndar nmpak padi

Ini pagoda Kaum Jing. Pemandangan yang cantik dgn tasik luas terbentang 


Aku x tau nih seni bina kaum ape, tapi yang pasti sgt cantik.

Disetiap bucu bumbung ada ukiran angsa yang selalunya berukiran naga

Quack quack!!
Rumah nih style, cam rumah red indian


Time tgh syok-syok duk jalan, kami teserempak dgn seni bina yang seakan2 menara masjid. Bila tgk2 smula ouhh nih kaum Salar, salah satu etnik minoriti yang menganuti agama Islam.

Ini hiasan di dalam bangunan itu



Mereka berdua mmg kaum Salar. Kaum Salar berasal dari barat daya China yang berdekatan dgn Turkmenistan. Mereka berdua ditugaskan utk menjadi volunteer bagi menerangkan ttg kaum mereka. Bila bersembang dgnnya, mereka kata bahawa kdg2 mereka tidak dianggap seperti org China kerana berpakaian tutup litup seperti ini, malah org China salah anggap bahawa mereka merupakan org luar.

Kami meneruskan ronda-ronda dan gmbar kat atas nih ialah di Tibet!! hahahah


Kat depan menara masjid hiasan yang melambangkan kaum Xinjiang. Sygnya kat sini x terurus, tiada sorg pun volunteer kat sini,tempat kaum ini di hujung taman,jauh nak berjalan malah pintu2 smua tertutup rapat. Biase laa tmpat besar, x semestinya semuanya dpt diuruskan,cuma tmpat2 yg kat dpan aje yang terurus dgn baik.

China nih Allah telah kurniakan 1 benda yang best iaitu rakyat yang ramai, dan berbilang-bilang kaum. Malah mereka juga merupakan rakyat yang bekerja keras utk meneruskan kehidupan. Namun disebalik kaum yang pelbagai itu, Allah telah memuliakan mereka yang bertaqwa bukannya dari mana asal bangsa kita.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ 


عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


 Hai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal .Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (QS. Al-Hujarat:13)

Monday, May 14, 2012

Lawatan Tun Abdullah ke BFSU

Yaaa, kali nih ade benda nak dicerita,

14 Mei 2012, Isnin

Hari ini uni kami dikunjungi oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Tun Abdullah B. Hj Badawi bersama isterinya pada pukul 2.30ptg. Tujuan kedatangan beliau kali ini ialah untuk merapatkan lagi hubungan diplomatik antara kedua buah negara memandangkan beliau pernah mengunjungi uni ini 8 tahun yang lalu. Ketibaan beliau disambut oleh paluan kompang oleh pelajar Malaysia yang beberapa hari nih berlatih dgn bersungguh2 untuk majlis nih. Majlis seperti ini sememangnya menjadi satu penantian buat aku kerana merupakan peluang untuk aku mengambil gambar pemimpin-pemimpin ternama dgn dekat, dan pergi ke tempat yang mana org lain tidak dibenarkan masuk, tetapi  dengan lesen 'kamera' aku ini dptlah aku mencelah. Hehheh kadang-kadang berbaloi juga bawak kamera berat2. Agak letih, tapi puas hati setelah dapat merakamkan saat-saat manis setiap orang, apatah lagi ketika masing-masing senyum riang melihat kamera.


Ketibaan Tun Abdulllah disambut oleh Duta Malaysia di China dan Presiden Beijing Foreign Studies University (BFSU)

Tun Abdullah menandatangani buku tetamu

Aku sempat mencelah masuk ke bilik ini untuk perbincangan kedua orang pemimpin ini. Pihak BFSU telah bersetuju melantik Tun Abdullah sebagai Penasihat Akademi Pengajian Bahasa Melayu di BFSU.

Gambar kenang-kenangan. Dari kiri Duta Malaysia, Tun Jean Abdullah, Tun Abdullah, Presiden BFSU,
Prof Wu (Pengarah Akademi Pengajian Melayu di BFSU) dan Naib Presiden BFSU.

Kunjungan Tun Abdullah diadakan di Fakulti Bahasa Arab. Dewan yang mewah, selesa dan luas. Memang patutlah, barulah nampak gah skit pak-pak arab nih. 



Sempat bergambar dengan Cikgu Indah yang merupakan cikgu subjek Penterjemahan Bahasa Cina-Melayu.
Hari ini beliau menjadi penterjemah dan aku amat mengkagumi beliau semasa beliau membuat penterjemahan semasa perbincangan Tun dan Presiden BFSU.


Para tetamu dihidangkan dengan persembahan pelajar Malaysia dan China. (gmbar nnt upload kat fesbuk)        

Tun Abdullah bersama pelajar-pelajar Malaysia yang sentiasa riang ria. Yang paling best Tun mmg sempoi untuk mengambil gmbar gaya mcm nih. Part camni lah sgt dinantikan aku..hehehe Thumbs up lah Tun!!!

Tun Jean pun tidak kurang juga cool. Apa yang aku perhatikan, beliau sentiasa aje senyum sepanjang majlis. Thumbs up!

Peluang datang sekali, gmbar ini sempat di snap sebelum Tun diserbu oleh pelajar-pelajar Malaysia.

Bergambar kenang-kenangan diluar Fakulti Bahasa Arab.

p/s: Reserved by????

-Lagi gmbar di Fesbuk-