Friday, November 2, 2012

Salam Aidiladha 1433

Alhamdulilah, dapat gak aku curik masa untuk update blog nih, perghh dah berhabuk dah...harapnye pembaca masih lagi setia menyokong penulisan dari blog ini yer. Yer, mmg tidak dinafikan masuk tahun 4 kelas tidak banyak jika dibandingkan dgn sbelumnya, namun kami byk kerja diluar kelas terutama sekali untuk menulis rangka thesis. Aku sememangnya merindui untuk menulis di blog ini dan berkongsi pengalaman2 menarik di China ini dan byk post sedang menanti untuk dikarang. Doakan semoga semuanya dipermudahkannya.

Post kali ini berkenaan Raya Aidiladha 1433. Untuk tahun ini, aku membuat keputusan untuk menyambutnya di Beijing walaupun mendapat tawaran ke daerah Chifeng di Inner Mongolia atas sebab2 tertentu.Namun ianya tetap meriah kerana kami pelajar2 lelaki telah mengadakan aktiviti bagi menghidupkan suasana aidiladha. Pada hari Khamis, iaitu sehari sebelum raya, kami mengadakan qiamulail beramai-ramai, seterusnya diikuti dengan sahur bersama2. Ini merupakan pengalaman pertama bagi adek2 yang baru datang. Selepas itu, kami bersolat subuh berjemaah diikuti dengan bacaan mathurat. Bagi memeriahkan lagi suasana, kami membahagikan kumpulan tadarus untuk mengkhatamkan quran pada hari itu. Aktiviti ini disambung lagi pada waktu petang dengan tadarus quran dan iftar beramai-ramai..Memang syokkkkk habis laa sbb hari khamis itu kami telah diberi cuti oleh pihak sekolah dan kami juga berjaya memanfaatkan dengan perkara2 yang bermanfaat.

Ini merupakan masjid yang x pernah aku jejakkan kaki sebelum ini. Namanya Fayuan Qing ZhenSi yang terletak kira2 15 minit dari uni aku. Pihak sekolah telahpun bermurah hati untuk sponsor bas kepada pelajar Malaysia untuk ke masjid, jadi xde alasan untuk ponteng solat sunat aidiladha..hahahah
Perkarangan masjid

Jemaah yang hadir untuk bersolat aidiladha.

Selepas solat, para jemaah dihidangkan dengan biskut-biskut , kuih-muih dan buah-buahan
Aku dan para jemaah yang hadir 
Kambing yang cute, siap sedia untuk menemui illahi
Imam Ismail sedang melakukan sembelihan
Ini merupakan satu-satunya lembu yang dikorbankan di masjid ini dan menjadi tumpuan jemaah sewaktu penyembelihan

bergambar bersama Imam Ismail yang tangannya masih lagi berdarah.heheh

Dari meja editor, saya mengucapkan semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT. Kita bukan sambut raya ini semata-mata kerana perayaan, tetapi ambillah ibrah (pengajaran) disebalik kisah sirah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Pada pendapat aku , tema "korban" ini amat berkait rapat dengan umat Islam kita zaman ini. Bukannya kita nak korban anak kita, tetapi sejauh manakah kita berkorban untuk Islam yang kita cintai ini, sejauh manakah peduli kita kepada umat Islam yang berkorban (jihad) di negara mereka bagi memartabatkan Islam, pernah terfikirkan kita adakah sudah cukup dengan apa yang kita lakukan untuk Islam ini? Fikir-fikirkan :)

**merindui menyambut aidiladha di Chifeng bersama shbat2 ekspedisi pertama :)

No comments: