Friday, September 14, 2012

Disini kita bernokhtah.

Tarikh : 27.6.2012, Rabu

hahahha mungkin post ini agak lapuk, tapi bagi aku kalau x post bnda nih, mmg hilanglah satu peristiwa penting yang terjadi kat uni aku nih..hahaha sori lah , dulu x dpt post awal2 sbb kekangan final exam yang melanda macam ombak rindu pada waktu itu..huhuhu

Ini merupakan majlis  Malam Graduasi khas untuk pelajar lelaki batch 08. Untuk pengetahuan umum batch ini mempunyai pelajar seramai 10 orang (3 lelaki dan 7 perempuan) yang dtg ke China pada tahun 2007 dan telah grad pada tahun 2012. Jadi, malam tuh kami sambutlah untuk meraikan senior-senior kami ini yang telah selamat bergraduasi.Majlis ini diadakan secara santai ditingkat 4 bangunan asrama kami, huhuhu sini jer laa nk buat prgram hahhaha.Tahniah kerana telah berjaya menghabiskan program ini selama 5 tahun di bumi Beijing ini. Skg kalo tgk status fb diorg smuanya cam "ouhh rindunye beijing" hahahah...

antara pelajar yang hadir pada malam itu..tgk laaa siap dgn riben n belon lagi!! smart gitu!

ini namanya Gan

ini namanya Harith, satu-satunya pelajar lelaki Muslim dlm batch tuh..teringat lagi die nih laa yg smbut aku 4 tahun yang lepas :)

haaa nih Soo Yi Jie, seorg yang peramah, sedap buat sembang dgn die..aku dulu pernah gi kelas melukis lukisan cina sama dgn dia n dia pun byk bagi tunjuk ajar kat aku.

Antara tetamu yang hadir, disebelah kiri ialah Prof.Taib selaku Pemegang Kerusi Bahasa Melayu di BFSU dan paling kanan ialah Abang Azam ,wakil dari kedutaan.

Ini pulak wakil yang datang untuk isi perut :P

Sedikit persembahan malam itu



seperti biasa, inilah wajah-wajah ceria kami disini!! Happy go lucky!

Alhamdulillah, majlis yang simple tapi meriah ini jalan dgn lancar sekali,yer mungkin tidak sehebat malam graduasi di tempat2 lain, namun aku yakin suasana pada waktu itu sgt best sekali sbb dpt enjoy puas2. Terima kasih atas kerjasama semua pihak terutama sekali pihak yang telah menguruskan majlis ini.Tahniah sekali lagi kepada sahabat-sahabat aku yang dah grad, dan selamat berjuang di bumi Malaysia sebagai guru.InsyAllah 1 tahun lagi aku plak menyusul...hahahhha

*x sanggup membilang hari ^_*

No comments: