Saturday, December 8, 2012

Warnai kehidupanku, kehidupanmu

Waktu itu, usiaku sudah melangkah ke hadapan..

Ia berlari, terus berlari, meninggalkan masa-masa yang berlalu..

Namun,aku terus memohon, berkatilah usia ku...

Itulah waktu yang terus berlalu.

2 Dec 2012, usiaku melangkah 22 tahun, Alhamdulillah, tanda kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa memiliki alam serta waktu. Yang Khaliq, menciptaku 22 tahun lepas dan bakal mengembalikanku ke pangkuanNya bila-bila masa.

Terima kasih kepada yang memberi ucapan, dan juga yang menyambut hari itu. Jazakumullahukhairan kepada kedua-dua bulatan gembiraku, iaitu 'Kurma Madu' dan 'Kami Gembira' (nama x official) yang membuat surprise malam itu, unexpected.

 1st round celebration oleh sahabat Kami Gembira




2nd round celebration oleh sahabat Kurma Mentega

Kurma mentega merupakan makanan sunnah Nabi Muhammad SAW, sedap dan lemak berkrim.Harapnya bulatan ini juga mampu memberikan rasa enak dan kepuasan menjilat jari,insyAllah.



Hadiah dari sahabat2 seperjuangan serta ucapan yang begitu mencuit hati dan senggama minda.


Aku merenung diriku, 22 tahun hidup dibumi ini, bernafas tanpa segan silu. Allah tanpa henti-henti memberi nikmat kepada kita. Namun, sejauh manakah kita menghargai nikmat ini. MasyAllah. Aku tahu, dengan umur ku ini, dengan nafasku ini, semuanya adalah ujian daripada Allah. X caya?? tgk ayat ini.


"Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmat-Nya). Barangsiapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan barangsiapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, Maha Mulia."
[an-Naml, 27:40]


Amacam?? Inilah ujian umur terhadap diri kita, dengan umur kita yang panjang ini, adakah kita masih lagi berjalan di atas muka bumi ini dengan tunduk, masihkah kita membasahi iman kita dengan kalimah rabb..jika ya, maka bersyukurlah,Allah masih memelihara kita. Namun jika masih lagi bermaksiat,leka dengan 'hiasan2' dunia , maka cepat2 lah bertaubat kepadanya kerana keingkaran kita itu menjurus kepada kemungkaran rabbulalamin.

"Dan kehidupan ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.Tidakkah kamu mengerti?"

[Al-an`am :32]

Teringat kata-kata seorang sheikh iaitu ;

"Aku tidak pernah menyesali sesuatu lebih dalam dari menyesali suatu hari, di mana matahari sudah terbenam, dan umur aku berkurang, namun amal aku tidak bertambah"

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang mengerti akan umurnya bukan semakin muda, bahkan semakin tua, dan amalannya bukan sedikit bahkan semakin bertambah,insyAllah.Kata orang-orang zaman dahulu, "sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit". Kita konsepkan ia dalam konteks pahala,Jom!

Terima kasih ibubapaku,abg2ku, teman, sahabat, murabbi kerana telahpun mewarnai kehidupanku. Aku harap kehadiranku ini juga mampu mewarnai kehidupanmu :)





***Happy 5th anniversary to this blog , Fadhtastic. Apa kesudahkan kau bila ku pulang ke Malaysia nnt wahai blog.

Saturday, December 1, 2012

Perrrek-tikal 2.0

hari ini aku nak menceritakan pengalaman aku semasa preekkktikal dalam kelas adik2 junior minggu lepas. Alhamdulillah ini merupakan satu pengalaman yang sangat best untuk dikongsi. Menjadi seorang cikgu bukanlah bnda mudah. Mungkin kata orang "alahaaii mengajor jer pun..bunyi loceng balik lerr" perghhh sedapp sembang. Belum cuba belum tahu bro...

Pukul 1pagi, aku masih besengkang mata untuk siapkan rangka mengajar setelah rangka mengajar aku yang mula2 buat kene betulkan semula

Pagi tuh, Isnin 26 November, kelas pertama aku pada pukul 10-12 tghari. Kami ditugaskan untuk mengajar selama 2 jam setiap seorang. Malam tuh, aku agak nervous kerana otak aku membayangkan keadaan hari pertama mengajar (ngeri). Tapi, pagi tuh, semuanya hilang, seolah2 xde ape2 akan berlaku pada hari tuh. ALhamdulillah, ini yg aku nak, sbb aku tau bile nervous, smua yg kita plan aku berterabur. Jadi,pada pagi itu, aku dgn bergayanya melangkah kaki sebagai guru (poyo gilak).


Kringgggggg...loceng berbunyi menandakan kelas waktu ketiga dah bermula. Peralatan mengajar aku sudah pun aku siap susun kat atas meja nih..haaa nih aa meja guru..bangga seyh! gagagaggaa
Ini merupakan pandangan dari depan sebelum aku memulakan kelas.
Ehem...mulanya,bile aku dah start berdiri, smua mata duk pandang aku...blur kejap, sbb smua sedang menanti2 untuk aku memulakan kelas.Hahhahah
Aku memulakan kelas dgn bertaaruf diri aku. Time nih aku tulis nama aku kat depan, pastu diorg ramai2 sebut "oouhhh Feiyade Laoshi!" (Cikgu Fayyadh)..bapak aaa bangga gilerrr weyh orang panggil aku laoshi..muahhahahahha syok sndiri kt depan. Time tuh aa self-estime aku meningkat dan aku terus mengajar mcm biasa. Pengalaman memberi 'talk' sebelum ini sedikit sebanyak membantu aku untuk mengawal audience(student) dan mengawal suasana kelas. Aku diberi tugas untuk mengajar bab baru iaitu bahagian pembendaharaan kata .Namun aku tahu byk lagi yang perlu dibaiki dari segi penyampaian dan juga tulisan di papan hitam (yg nih paling failed) hahahah..Tapi walaubagaimanapun aku sgt enjoy semasa mengajar, sbb perasaan melihat pelajar phm adalah suatu kepuasan (xtau aa kot2 diorg berlakon faham). Tapi overall bagi aku ok jer laa kot, sbb tup tup tup masa 2 jam pun berlalu begitu saja..kejap jer..heheh dan aku amat berterima kasih kepada anak-anak muridku di kelas 马来三班 yang sgt aktif dan sporting,lepas ngajar tuh, rase cam nak ngajar lagi.heheheh..thumbs up!
time aku ngajar, aku di' observe"  oleh guru penyelia yang duduk kat belakang time ngajar. Tapi, ade aku kisah? khakhakhkhkhkh

Lepas aku ngajar plak, tiba giliran classmate aku mengajar, time nih aku plak duk kt blakang tgk diorg mengajar..huhuhhu layannn

Fareez mengajar bahagian dialog
Sheikh mengajar bahagian tatabahasa
Afiq mengelolakan bahagian latihan







Turut dipostkan kat sini gmbar2 rakan2 seangkatan ku yang lain mengajar di kelas yg lain.





Gambar ceria kanak-kanak ribena. Nih waktu hari terakhir kami bersama selama 3 minggu.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semoga sahabat-sahabat sekalian dapat menguasai bahasa mandarin dengan cepat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan juga berbakti kepada agama dan seangkatan dengan nya. Percayalah,coretan ini  satu hari nnt menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan.