Tuesday, September 25, 2012

Lawatan KSU dan KPN ke BFSU

Beijing,25 Sept - Beijing Foreign Studies University hari ini mencatat sejarah menerima kunjungan hormat dari   Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YAB Dato` Abdul Rahim diiringi dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Omar Ismail dalam rangka lawatan 4 hari 3 malam ke China. Tujuan delegasi rombongan Kementerian Dalam Negeri  hari ini ke Beijing bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama diplomatik antara kedua buah negara. Selain itu, rombongan ini juga akan melawat ke Universiti Polis Beijing dalam usaha meningkatkan lagi kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan. Dato` Abdul Rahim berkata demikian setelah sampai ke BFSU pada waktu 3.45 petang tadi di Dewan Mesyuarat Xing Zheng Lou dengan diiringi oleh salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan paluan kompang oleh pelajar Malaysia.

Pasukan kompang membuat persiapan terakhir sebelum ketibaan dif-dif jemputan
Pelajar Fakulti Bahasa Melayu turut mewarnai majlis dengan bunga manggar
Ketibaan YAB Dato` Abdul Rahim dan Tan Sri Omar Ismail  
YAB Dato` Abdul Rahim menandatangani buku tetamu
 Tan Sri Omar Ismail , turut melakukan demikian
 
Rombongan delagasi Malaysia dan tuan rumah BFSU yang diketuai oleh Presiden BFSU,Han Zhen

Pn Indah (berbaju merah) merupakan cikgu penterjemah aku, beliau sedang menterjemah ucapan Presiden BFSU dan juga KSU
Perbincangan serius sedang berlaku

 

 
Dato` KSU sempat berjenaka untuk menawarkan diri belajar bahasa Mandarin di BFSU setelah melihat kebolehan Pn. Indah yang mampu menterjermah BM-B.Cina dengan baik sekali.
 
Dato KSU menerima cenderamata sebagai tanda kenangan dari pihak BFSU 
Dato KSU membalas cenderamata tersebut dengan plak bangunan di Kuala Lumpur yang ditempa dari pewter.
 
Setelah habis mesyuarat, para tetamu dihidangkan dengan persembahan oleh pelajar2 Malaysia dan juga China. Gambar diatas sahabat aku Sheikh Faisol dan Cikgu Chao menjadi pengerusi majlis pada petang itu.
 
Qing Ai, lagu nasyid cina dendangan Raihan kini dinyanyikan oleh kumpulan Beiwai Brothers.
Pelajar-pelajar pengajian Bahasa Melayu turut membuat persembahan "Rasa Sayang" sebagai penutup majlis

Hmm begitulah majlis pada hari ini, terima kasih Fadhtastic ucapkan kepada rombongan Malaysia kerana sudi jenguk2 melihat 'aset-aset' berharga Malaysia di sini. Teringat pula sembang dengan Pengarah Institut Kong Zi Malaysia, Prof Datuk Dr. Azarae petang tadi ttg peranan penting 'aset-aset' Malaysia ini bila pulang ke Malaysia nnt. Btw, sbenarnye aku x tau sape die, sembang2 pstu kdg2 panggil die "Tuan" dan kadang2 terlepas panggil "Pakcik", dan beliau sgt sempoi kerana sewaktu berkenalan, beliau hanya memperkenalkan dirinya sebagai Azarae aje..huhuuh aku ingatkan die org embasyy,LOL!

**berita disediakan oleh Fadhtastic News

No comments: