Tuesday, June 19, 2012

一路顺风! Adios!

19 Jun 2012, Selasa

Mode : Hari yang panas pada musim panas yang bahangnya membakar kulit. Hari nih rasenye agak panas, keluar kejap dah berpeluh...

Xu Xiao Feng,itulah nama cikgu kelas kami. Seorang cikgu yang baik, educated dan sangat pandai tgk spek pun dah tau  .Beliau juga seorg yang sgt sistematik, buat kerja semua tersusun, sentiasa menyediakan plan-plan backup.Kalau kami ade problem terutama sekali dgn asrama, pelajaran dan kehidupan, beliau akan cuba sedaya upaya utk settlekan. Mula-mula kenal ingatkan beliau seorg lurus bendul , tapi jauh sekali sangkaan, (don`t judge people with their spek thickness ok!) die nih bleh tahan gak kalau bahan org. Seorang yang sesuai utk dijadikan role model guru cemerlang.

Beliau telah menamatkan PhD dalam bidang Ancient Chinese Literature 古代汉语 pada usia yang muda iaitu 26 tahun dan sekarang dgn bergayanya mengajar kami.Mmg respek la sbb utk pengetahuan umum, Ancient Chiense Literature nih nk kaji bahasa-bahasa kuno China yang mempunyai sejarah yang panjang kaw kaw!!!!  Sayangnya, beliau akan mengajar di Korea mulai sem depan selama setahun dan akan pulang smula ke China ketika kami semua dah grad (aaaaaa!).


 jgn tgk kucing, tgk buku-buku dia atas rak kat belakang tuh!!!



Jadi, sebab beliau pun akan ke Korea, jadi hari ini kami bersepakat nk kuar makan sama-sama di Restoran Boston di tgh bandar Beijing nih. Ini merupakan restoran masakan Malaysia, saja bwk sini nk bagi cikgu rasa makanan Malaysia. Tp sygnya, cikgu nih x makan byk, mkn skit jer..kitorg plak yang melantak x ingat!



Banana split sebagai pembuka selera...Nyummy!







Mee kari yang power pedas...menangis weyhhh

Perbincangan serius aku dengan cikgu mengenai perancangan masa hadapan

Sambil bersembang, sambil membahan orang...grrr



                                                              Burpp!!! kenyang...
Credit to my beloved fisheye!

老师,祝你一路顺风!!!

Sunday, June 17, 2012

Kenapa bersedih? Mari beGEmbira!

Bulatan gembira adalah sesuatu yang sgt-sgt gembira.


Bila bertemu, timbul rasa gembira.


Bila berbicara, semuanya mengenai janji Dia yang membuat anda gembira.

Bila makan bersama, makan dengan hati yang gembira.

Bila berpisah, timbul rasa juga rasa gembira. (walaupun ada rasa duka)


Jadi mmg betullah, bulatan gembira mmg betul2 gembira.

Kerana anda datang dan pergi hanyalah kerana si Dia,

tidak lain tidak bukan kerana si Dia ialah tuhan ku dan tuhan mu juga,

Allah Azzawajalla
...



























Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri-ciri mereka?

Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesungguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”

(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, June 4, 2012

Summer dan cabaran 1.0

5 Jun 2012, Selasa

Semakin hari semakin panas. Bahang waktu siang semakin membakar kulit, walaupun baru pukul 10 pagi,tapi aku dapat rasakan panasnya ibarat waktu tengahari yang terik pancaran mataharinya.

Subuh??
Semakin hari semakin awal, jika dibandingkan dengan Malaysia, waktu subuh di sini jauh lebih awal. Namun,ianya bukan alasan untuk meninggalkan solat fardhu ini. Pada awal awal dtg dulu, aku fikir sgt mustahil utk bangun terlalu awal setiap hari , namun bila dah besar panjang nih, ianya bukan lagi satu benda yang mustahil. Untuk lebih berfikiran positif, kami lebih menganggap ini satu persediaan untuk qiam pada bulan ramadhan nnt bile balik Malaysia (yeah!)

From June 5, 2012



Sejujurnya, bila tiba musim panas, jadual waktu aku berubah.Terutama sekali waktu malam,kerana aku tidak lagi mampu tidur awal. Kebiasaannya aku akan tidur pada pukul 11 malam namun jadual tidur aku kini berubah,drastik. 11 malam pada musim panas,terasa baru saja lepas isyak, mmg pun sbb kebiasaanya pukul 10mlm baru habis solat berjemaah. Aku tidak mampu melelapkan mata ini,walaupun letih dengan aktiviti seharian. Jauh disudut hati aku, lahir satu perasaan bimbang takut terlepas subuh kalau tidur,dan perasaan ini betul-betul menghantui aku . Buktinya,aku menulis post ini tatkala roomateku sdg nyenyak melayan mimpi.

Aku cuba melenakan mataku, namun pelbagai aneka jenis yang memenuhi benakku.翻来翻去,也睡不好觉. Kekadang tension pun ade, sbb lama-kelamaan ia mengganggu aku utk fokus dlm kelas dan aku semakin lewat dtg ke kelas (haihhh). Tidurku mungkin beberapa jam selepas subuh dan ........



extra tidur time kelas....(terima kasih kpd paparazi yg sudi sent gmbar nih)


Aku percaya, bila masuk musim panas nih, bukan aku sorg jer yang mengalami masalah ini, aku perhatikan kwn2 aku pun ade gak yg kantoi..hhahah...namun post kali ini bukanlah aku nak membebel atau memberi alasan ngantuk etc etc, aku cume nak ceritakan bahawa kehidupan di negara org dan hidup di negara 4 musim ini benar-benar mencabar..musim sejuk dgn sejuknya, musim panas dengan subuh awalnya, malah pandangan mata pun kene jaga juga (sgt2 menguji yerr!)..kdg2 bile fikir semula , syukur lerr byk2 negara kita 1 musim jer sepanjang zaman..hehehh

Ape-ape pun ini bakal menjadi kenangan manis untuk dikenang...



x lame pun,




1 tahun jer lagi.....


zzzZZzzz...ZZzzzz...ZzZzzz
                                                                                                                 2.30am (tgh tunggu subuh)