Tuesday, February 28, 2012

Kerjaya bermula!

Hari nih hari kedua kelas, dan kali nih ada penambahan subjek baru iaitu Penterjemahan Bahasa Mandarin - Bahasa Melayu (中马翻译). Satu subjek yang menarik untuk mengisi jadual kelas harian dan ini juga titik mulanya kerjaya kami.

Gambar kat atas nih merupakan cikgu kami. Seorang bekas pelajar Pengajian Bahasa Melayu di BFSU nih, dan kini menjadi pensyarah BM di BFSU juga. Nama melayu ialah Johan dan nama cina ialah Fu Cong Cong (傅聪聪). Kelas hari nih merupakan pengenalan untuk subjek ini.
Pnjang lebar jugak cikgu nih terangkan,namun barulah aku nampak dan faham akan tugas-tugas penterjemahan.


Antara tujuan adanya subjek ini ialah
- Menggembangkan penggunaan Bahasa Melayu dan Mandarin (China).
- Penggunaan Bahasa Mandarin yang lebih tepat. Bahasa Mandarin di China ada sedikit perbezaan dengan Mandarin di Malaysia.
- Melatih pelajar supaya pandai berkomunikasi sebagai penterjemah.


Menjadi ahli bahasa atau penterjemah merupakan satu bidang yang sangat luas. Anda mungkin dipanggil bertugas di bahagian sains, matematik , politik , pelancongan, ekonomi dan lain-lain. Untuk memenuhi kapasiti tersebut,seorang ahli penterjemah haruslah luas pengetahuannya, tetapi jika tidak tahu "term" dalam bidang tersebut, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu apa yang ingin disampaikan. Menjadi peterjemah bermaksud anda merupakan orang pengantaraan antara 2 belah pihak.

Cikgu Johan sedang menerangkan bidang-bidang bahasa.

Menjadi penterjemah memerlukan beberapa kriteria.
-Fleksibel
-Mampu bekerja dibawah tekanan
-Mampu bergaul dengan orang ramai
-Mempunyai akhlak atau moral yang tinggi
-Mampu menjaga rahsia
-Merendah diri
-Kerjasama

Malaysia dan China sudah pun menjalinkan hubungan diplomatik sejak beratus tahun dahulu kerana buktinya di zaman Dinasti Ming terdapat Jabatan Penterjemahan. Antara koleksi penterjemahan pada waktu itu ialah 'Bahasa Melaka' kerana pada waktu itu Parameswara yang mewakili Kesultanan Melayu Melaka sentiasa dikunjungi saudagar dari China.
Cth :补兰 sebutan cina ialah "bu lan " iaitu bulan
安奔 sebutan cina ialah "an ben" iaitu embun

Amacam?? Menarikkan? hehhehe
Ini ialah latihan kami, iaitu menterjemahkan teks BM kepada Mandarin. Ini merupakan 1 petikan hasil karya Keris Emas bertajuk "Kedai Sederet di Kampung Kami". Heheh sejujurnya,agak pening bila nak menterjemah, kerana kita akan translate sbijik2 pastu baru bleh susun ayat yang sesuai dgn penggunaan BM. Tadaaaa!!

Hmmm nih merupakan 1 peluang yang sgt sgt sgt baik untuk melatih kami menjadi penterjemah yang baik sbb sebelum nih pakai bantai aje, rupa-rupanya ade caranya. Maka dengan ini bermulalah misi kita kerana kelebihan bahasaku ini ialah 'alat' kita :)

"Dan diantara kebesaranNya ialah penciptaan langit dan bumi, PERBEZAAN BAHASAmu dan warna kulitmu. Sungguh, yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui" (Ar-rum :22)

Monday, February 27, 2012

Goyang kaki bersama

Hari nih dah mula kelas bagi semester ke-6 aku. Fuhh x sangka sampai ke stage nih dah. Kali nih aku mmg berazam dan set otak utk belajar pada hari pertama, x mcm sem lepas , expect cikgu sembang2 psl cuti n tune smula sebutan tp malangnye cikgu start dgn pembelajaran yg berat2. Itulah kalau dah lame bercuti, terus berterabur bile nk ckp cina. Hmm camtuh jugak iman kita, kalau dah lame ber`cuti' (lame x ngaji,xdgr kuliah,x berzikir) iman kita akan jadi kelam kabut dan x tentu hala. Dari situ mulalah kita start buat bnda2 ngarut,kononya itulah yg terbaik. Solusinya,kembalilah smula kepada Al-Quran sepertimana firman Allah S.W.T dalam surah ibrahim ayat 1

" Kitab yg kami turunkan kepadamu(Muhammad)agar kau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan,iaitu menuju jalan Tuhan yg Maha Perkasa,Maha Terpuji".

Berbalik semula pada kisah hari pertama sem 6, bila bunyi jer loceng laoshi terus minta kami bukak buku comprehensive chinese level baru. Tp kami semua xde buku tuh, jadi cikgu terus ke pejabat utk amik buku. 3 minit pastuh, cikgu dtg balik, "Kamu bukankah dah amik buku tuh sem lepas??" Haah tercengang kejap, biar betik,bile?? Tp aku rase cam hari tuh ade bagi, tp cam xde laa plak kat bilik...last2 dah smua xde buku tuh cikgu pun ckp "我们看电影吧,要看什么?” (jom tgk movie, korg nk tgk movie ape??) perghhh cikgu nih mmg terbaik...jadiknye sng cite.....

Cikgu Xu Xiao Feng, tgh adjust speaker n laptop dia. :)


Yeah, movie of the day. Xi Yang Yang. Kalo korg nk tau, cite nih sgt faymes dkat China nih.

Haa nih lerr watak utama, kambing biri2 yg kononye genius dan sentiasa diburu serigala.
haa nih coklat dari Rusia, ade mmber nih gi Rusia bwk balik ler bendalah nih.

2 jam habiskan masa dgn tgk cite kambing2 nih. Seriously nih mmg cite budak2, dan ditonton oleh org yg x berapa nk budak sgt. Tp ape2 pun layan jer laaa...so, ini cerita 1st day aku untuk sem nih..anda pula bagaimana??? :P


P/s : It is insanity to expect something different when you always do the same thing

Monday, February 20, 2012

Kasih ibubapa sampai ke Beijing

Kata orang, kasih ibu sampai ke syurga, kasih bapa tidak terkira...

Betul, aku percaya kata-kata ini. Kasih ibu dan bapa bukan satu yang dongeng, jika tidak manakan pula Nabi Muhammad S.A.W mengatakan hadith ttg keutamaan ibu bapa.
Kasih ibubapa aku dibuktikan lagi dengan kehadiran mereka di bumi Beijing. Tibanya awal 3 hari sebelum aku pulang dari pengembaraan di eropah. Yang bestnya, mereka yang menyambut ketibaanku di Beijing Capital Airport. Hehheh janggal pulak terasa, anak pulak disambut.


Depan pintu gerbang kampus barat

Italian Street, Tianjin.
"dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya . Al-isra':23
-Masjid Niujie,Bejing



Sembahlah Allah, dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa. An-Nisa':36




5 hari mereka datang melawat, namun cukup bermakna. Anak mana yang tidak rindu mak ayahnya,apatah lagi mereka datang membawa makanan kegemaran anak. Inilah mak ayah, ingat jer kat anak,masyAllah.

dan ucaplah "Ya Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasuh aku sewaktu kecil" Al-isra':24 -Tianjin Airport.

Sayonara, Bon Voyage

Monday, February 13, 2012

Ade benda nak diniaga...

Ade benda nak dicerita, mesti ade benda nak diniaga.

3 hari sudah baru balik dari Spain, pengalaman yang sgt best yg mesti dikongsikan. Tp sayangnye post kali nih aku bukan nak kongsi pasal pengalaman kat Spain sbb insyAllah akan menceritakan pengalaman travel di europe dalam bentuk lain. Skg nih aku masih berada di Belfast, bumi hijau yang udaranya nyaman. Masih ade 2 hari lagi sebelum pulang ke bumi debu (Beijing) heheheh..kerek btul.

Tempoh 5 minggu berjaulah (travel) bukanlah tempoh yang pendek. Duit kocek bukanlah semakin hari semakin penuh, mujurlah ade sahabat2 dunia akhirat yang sudi memberi tempat berteduh,makan minum sepanjang masa , semoga Allah membalas jasa kalian,insyAllah.Jadi untuk menampung duit poket yg dah 'terkoyak' nih sejak balik Spain, ade laaa benda nak diniaga. Kepakaran Harith sebagai penebar roti canai dipakai, lalu dipromosikan di Belfast. Yang lain tolong2 laa skit2. Alhamdulillah, sambutan yang hangat kami terima.Tempahan dibuka, bagi setiap roti canai kosong berharga £0.60 dan roti canai pisang@ telur £1.00 setiap satu. Telefon berdering setiap masa,tempahan dicatat satu persatu. Tup tup 120 keping!! Alhamdulillah.


Proses menguli tepung dimulakan pada waktu malam, sbb nak bagi doh tuh kembang esk pagi.

Sukatan yang betul memastikan acuan itu lembut.

Tempahan yang diterima



Johan dan Zaim (tuan rumah) : Proses goreng roti.

Yeah, penebar kita. Dgr cite ade org Belfast nak chup Harith.

Proses uli tepung dilakukan sekali lagi atas permintaan ramai :)

Ahad, Isnin , Selasa, hari-hari ade org tempah. Seronok btul kitorg, sambil2 tuh dapat gak laa memeriahkan skit suasana kat sini. Tuan rumah pun seronok gak, sblm gi kelas dpt makan roti canai fresh :) . Ape2 pun jutaan terima kasih kepada penduduk Malaysia Belfast yang menyokong roti canai kami ini, sambil membeli sambil mengenyang perut sambil menderma. hahhahah. Terima kasih kpd tuan rumah ini (Baitul Abrar) yang sudi menjadikan dapur sebagai 'base' kami. Jzkk smua :)


Untung dari jual roti canai, boleh laaa bwk bekal balik Beijing, buat jadi stok.

Menjadi ikhwah mesti pandai menjana pendapatan, baru lah bleh jadi macam Abdul Rahman bin Auf :)