Tuesday, January 10, 2012

Tilawah Al-Quran

26 Dec 2011,Isnin
Persatuan Islam China, Niujie, China


Kali nih aku nk tulis pasal pertandingan tilawah Quran seantero China. Aku dijemput oleh seorang sahabat cina muslim untuk menyaksikan pertandingan ini. Nasib baik hari tuh 'study week' so cuti seminggu dan aku amik peluang nih gi tgk dgn Prof Awang Sariyan yang datang semula ke Beijing untuk meneruskan kajian Muslim di China.

Menurut urusetia disitu, ini merupakan pertandingan tilawah Al-Quran yang ke -9 yang ditaja Syarikat Makanan Halal Farid. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari ini disertai oleh 50 orang peserta dari seluruh China untuk memperdengarkan bacaan masing-masing. Memang x bleh nak nafi lagi, mmg bacaan mereka mantap, bkn seperti bacaan orang kebiasaan. Aku yang duduk kat situ pun meremang bulu dengar. Teringat time masuk pertandingan time sekolah rendah dulu..hehhehehe



Duduk di barisan hadapan ialah para juri.





Para pengunjung turut menyemak bacaan.











Hihihihih peserta jemputan... :P

No comments: