Thursday, January 12, 2012

Selamat Jalan Romeo!



Sekali lagi dengan izin Allah S.W.T aku dapat memijakkan kaki di bumi Istabul. Aku memerhatikan setiap sudut di kawasan duty free, semua itu mengimbas kembali memori tahun lepas bersama mama papa di Turki. Namun kali ini aku ditemani 5 sahabat lain iaitu Harith,Radi,Johan,Ahmad dan Fareez. Destinasi kami ialah Dublin dan Istanbul tempat kami transit kerana kami memilih penerbangan Turkish Airlines. Perjalanan selama 9jam40minit dari kota Beijing amat meletihkan,apatah lagi sepanjang perjalanan aku hanyalah duduk dan tidur, bangun dari tidur hanyalah apabila makanan dihidangkan. Amboii perangai ape nih, bangun2 tido terus makan.


Usai solat subuh di surau terus kami check in. Dari Istanbul ke Dublin satu perjalanan yang agak jauh, 4 jam. Kali ini ruang kabin amat sempit dan membosankan. Ruang yang sempit ini tidak membenarkan aku untuk banyak bergerak. Nak capai kamera xdpt, nk capai buku pun x dpt, pasrah ajer, jd aku hanya berjaga memerhatikan bukit2 dan pemandangan di luar.

Atas flight dari Beijing - Istanbul
Dari ruang udara Amsterdam
Skit lagi nk touchdown di Dublin

Sampai di Dublin International Airport jam 11.10am waktu Ireland.Alhamdulillah immigresen pun lepas walaupun berbaris lama skit. Kami terus menaiki bas untuk ke Belfast dengan harga tiket 20euro return. Perjalanan selama 2 jam 15 minit sgt best sbb pemandangan mmg lain dgn apa yang dilihat di Beijing. Kat Beijing org ramai, kereta banyak, bunyi bising tetapi disini jalannya agak lenggang malah udaranya segar.Mmg serius rase tenang jap otak.
Kami dijemput oleh abang ipar Johan ; abg Idris dan kawannya abg Nabil.
Rumah-rumah kat Belfast.
Pemandangan di Belfast.

Skg kami berada di Belfast, salah seorg rumah sahabat kat sini yg sudi menumpangkan kami. Layanan tip top, segan pule terasa.heheheh dpt mkn nasi lemak beb tadi..hehehhe n yg best internet kat sini mmg puhhh laju beb,lyn!!

oklah nih jer update utk hari ini. Aku dah ngantuk skg giler2 sbb kalau ikut waktu Beijing skg nih dh 4.15pagi tp kat Ireland ini pukul 8.15malam.
ouhh lupe,sini xde laa sejuk mane pun,serius cam autumn kat beijing, fuhhh sedap sedap..heheheh stay tune!

No comments: