Tuesday, November 27, 2012

Sepetang di Masjid Niujie


15 Sept 2012,Sabtu.

Petang itu, aku diajak oleh kenalanku abg Kupih n ayahnya Pakcik Mokhtar yang merupakan usahawan dari Malaysia utk ke Masjid Niujie yang merupakan masjid tumpuan utama di kota Beijing ini. Waktu itu, kami meredah kebanjiran warga kota di dalam subway dari Stesen Suzhoujie ke Stesen Caishikou yang kira-kira sejauh 13 stesen. Namun demikian, oleh kerana kecanggihan pengangkutan di Beijing, 13 stesen itu tidak terasa jauhnya.


orang ramai dalam subway..perghh rimas bro



dengan Pak Cik Mokhtar dan Abg Kupih ...gaya x bleh blaa







Di Niujie





"keamanan dunia"



Di perkarangan masjid, Abg Kupih sedang cuba amik gmbar


Kami sampai di Masjid Niujie sudah dekat dengan waktu magrib, waktu itu aku melihat cahaya matahari yg keperangan sayup2 memancar ke menara azan masjid,menandakan waktu asar hendak berlabuh pergi. Masjid yang berusia 1000 tahun itu masih kukuh dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan jemaah. Woww teringat kejap memori lama, tatkala pertama kali menjejak kaki disitu.




 Usai mengambil wuduk, aku ke dewan solat utama utk bersiap2 solat sunat tahyatul masjid. Menyelusuri dewan solat yg masih gelap, dari jauh aku dpt melihat beberapa jemaah yang sedang berkumpul asyik mendengar seseorang berceramah. Semangat ingin tahu aku semakin membuak2 dan lantas terus aku menghampiri mereka untuk mengetahui dgn lebih lanjut. Rupanya, di sudut itu mereka sedang kusyuk mendengar pengajian tafsir dari radio. 















Seramai 6 orang jemaah sedang berada dalam halaqah. Aku menghampiri seorg pakcik lalu berbual dgn dia memandangkan pada waktu itu radio mengalami masalah. Aku memperknalkan diriku sebagai seorg muslim dari Malaysia dan mereka memuji2 Muslim Malaysia. Nampaknya mereka sgt mengkagumi kita. Sebenarnya,aku pelik mengapa tiada ustaz atau imam yang mengajar mereka , lalu pakcik itu yang memperkenalkan diri sebagai Ibrahim menceritakan keadaan sebenar. Walaupun Niujie merupakan pusat islam di Beijing, namun polisi kerajaan tidak membenarkan imam mengajar di luar waktu yg ditetapkan. Ini merupakan keadaan biasa kerana China  bukanlah negara yang demokrasi sepenuhnya. Namun, aku memuji usaha jemaah ini kerana mengambil inisiatif untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam walaupun dalam keadaan begitu. Teringat aku akan byknya kelas2 pengajian di Malaysia, ustaz2 pula dari kalangan yang bijak pandai , kemudahan yang disediakan pada tahap yg baik dan dapat mendengar dlm keadaan yang selesa tanpa sebarang ketakutan atau ancaman.  Keadaan ini betul2 mencerminkan diri kita yang dalam keadaan yang begitu sng skali di negara kita.


Maka nikmat manakah lagi yang mahu kita dustakan,Astagfirullahalazim.

Sebelum solat mgrib bermula ,pakcik itu turut menasihati aku supaya menjadi muslim yang baik agar menjadi contoh kepada umat manusia di luar sana sambil menepuk-nepuk bahuku. (Terharu)


Muazzin sedang melaungkan azan maghrib







Hari itu aku balik sambil memikirkan sesuatu. Teringat suatu ketika dahulu Islam di China sungguh gah dan kuat.Malah dari sini jugalah Islam itu tersebar ke Nusantara. Namun hari ini keadaan sudah tidak segah dahulu, ianya sudah malap, pudar malah ASING di mata rakyat mereka sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". (H.R Muslim)


Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam
Hadith ini tepat sekali dengan gambaran keadaan umat Islam zaman sekarang. Ia telah pun menjadi asing setelah suatu ketika itu ia datang dalam keadaan asing.


"Maka beruntunglah orang yang asing"

Persoalannya, berapa ramaikah yang sanggup menjadi 'orang yang asing' yang disebut baginda SAW? 

iaitu

Orang asing yang kembali mewarnai Islam ini....


1 comment:

Nautica Hijrah said...

bila baca kisah muslim di china, terasa begitu teruknya mereka ditekan oleh sang pemerintah.