Sunday, November 4, 2012

Daun merah berguguran lagi!

30 Oktober 2012, Ahad

Owh yeah, hari nih alhamdulillah dpt menyelit gak di celah-celah kesibukan harian untuk menulis. Heheh bajet busy sgt (LOL). Post kali ini nk menceritakan pengalaman travel sorg2 ke tempat yang best. Cerita bermula hari Ahad tuh, mak sedare n pak sedara aku dtg ke Beijing dan nk jumpe diorg di Summer Palace (颐和园) yang terletak kira-kira 6km dari uni aku. Jadi, memandangkan cuaca pun cun, aku decide nk naik jer laa basikal pergi jumpe diorg. Lepas jumpe diorg, aku tgk jam masih lagi awal utk aku balik, jadi memandangkan aku nih tgh free and easy time tuh, jadi aku decide nk teruskan perjalanan aku ke Fragrant Hills(香山) yang kira-kira 10km lagi. Dah lama aku nak pergi Fragrant Hills sbb time musim luruh nih lah ade satu festival yang dinamakan Festival Daun Merah (红叶节). 
Perjalanan dimulakan setelah aku selesai solat zohor di tepi jalan. Nasib la, x kan nak jumpe masjid baru nak solat bro. Memandangkan Summer Palace merupakan tempat pelancongan, dan hari tu mmg byk mata-mata yang memandang. Gua kisah ape beb, dah kita skg nih mmg umat yang mcm buih di lautan :)
Di pertengahan jalan, saje je test fisheye sket!
Dah nak sampai ke Frangrant Hills
Seperti yang aku jangka, dgn cuaca yang cantik mmg confirm org ramai. Gmbar nih diambil kira-kira 5km sebelum smpai ke Fragrant Hills. Org2 nih decide turun dari bas dan jalan kaki setelah berlaku kesesakan bas yang sangat-sangat pffffttttt
Skg nih sape pkai Porsche atau Ferrari mahupun Merc smuanya x guna sbb last2 lekat dlm jam. Aku jugak bernasib baik naik basikal, bleh selit kat celah2 diorg smbil angkat peace..waaakkakakak 
Nih lah suasana kat China, orangnye mmg ramai tahap gaban,sampai nak jalan pun kene bersesak-sesak. Aku x dpt naik ke tmpat nih dgn basikal memandangkan orang ramai sgt. Last2 aku decide park beskal aku kat tepi jalan pastu jalan kaki lagi 2km. Gambar nih orang tgh beratur nak dptkan tiket masuk. Aku pun x terkecuali beratur, nmpak jer cam ramai tp beratur kejap jer. Aku masuk dgn harge student jadi RMB5 jer, muraaah glerrr :)
Ouhh tidak, orang dimana-mana sahaja. Sedikit sebanyak mengganggu ketenangan aku. Grrr.Tp alhmdulillah pokok2 yang cantik ini ibarat memujuk kembali agar aku ceria. Ouh terima kasih pokok2,aku janji xkan tebang korang. LOL
Time jalan2 tuh, aku nmpak ade jalan nih orang x lalu langsung..pelik aku, aku pun jalan aaa gune jalan tuh, mmg subhanallah, cantik tmpat nih.
Dalam hutan tuh,aku nampak laa ade sorg photog nih tgh sorg2 amik gmbar, lantas aku buat muka cute dan mintak die amik gmbar aku.Hoho dgn pemandangan yg cantik ini,sgt rugilah kalo aku x masuk dlm gmbar.
Cak aaa, subhanallah, mmg cantik kat sini. Port yg orang x dtg, duk sini sorg2 tgk keindahan alam.Perghhh mmg tmpat yang terbaik laa nih utk layan perasaan dan time nih aa mcm2 perasaan timbul (mode layan lagu Spring : Bourgenvilla) hahahahahha


Ouh aku mmg mat bunga pun. Hahhaha 
Inilah dia daun merah yang orang nk tgk tuh

ouh, org lagi
pemandangan atas bukit lepas 45minit mendaki


Tepat jam 4.30 petang, aku pulang setelah matahari pun sudah tidak bermaya memancarkan cahayanya. Namun orang masih lagi berpusu-pusu datang melihat keindahan alam. Subhanallah, mmg cantik. Bagi aku, ini merupakah kepuasan abadi, travel sorg2, nak buat ape pun boleh, nak lepak berapa lame pun x kisah, tapi dalam masa yang sama solat tetap dilakukan. Tidak kira dimana anda berada, insyAllah boleh aje solat tanpa halangan. Bumi Allah ini, kat mane2 pun boleh solat. Inilah yang dipupuk dalam sistem usrah, supaya setiap muslim tidak berasa berat untuk melakukan hak-hak kepada Allah SWT. Syukur,best sgt. Selain itu, berbasikal ini mampu menguatkan lagi fizikal kita. Ini juga dilatih dalam sistem usrah menerusi 10 Muwasafat Tarbiyah supaya setiap mukmin itu mempunyai tubuh badan yang sifat. Ini ditegaskan lagi menerusi hadis Nabi Muhammad SAW iaitu :

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun masing-masing ada kebaikan. Semangatlah meraih apa yang manfaat untukmu dan mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan bersikap lemah...." (HR.Muslim)InsyAllah, moga-moga inilah cara kita meraih nikmat-nikmat Allah yang diberi percuma ini.Allahuakbar!

Tambahan :

**** berita melaporkan seramai 280,000 orang pengunjung yang ke Fragrant Hills pada hari itu.WOW!
***bile lagi kan kutemu daun merah sebegini?

**bile balik, kaki rase cam nk cabut

No comments: