Wednesday, November 28, 2012

Festival Makanan Antarabangsa!

28 Nov 2012, Rabu

Alhamdulilah, akhirnya praktikal selama 3 minggu dah habis.Boleh jap goyang kaki untuk beberapa saat dan masa yang terluang itu ,haaaa dpt laa tulis entry untuk kali ini.

Memandangkan Fakulti Bahasa China merupakan fakulti yang studentnye datang dari pelbagai sudut dunia, maka mereka telah mengadakan Festival Makanan Antarabangsa yang berlangsung dari jam 4 ptg hingga 6 ptg. Aku dan mmber2 aku dtg pada pukul 4 ptg, dan keadaan pada waktu x seperti biasa, keadaan kali nih penuh dgn orang bersesak-sesak dan suasana yang amat meriah sekali. Wow. Masing-masing sibuk mempromosikan gerai masing-masing. Macam-macam gaya dibuatnya, ade yg melaung-laung, ade yang tiup wisel, ade yang ketuk periuk, ade yg pakai cun2 make up tebal skeettt, tak kurang jugak yang smpai naik atas meja (huh). 5 tahun di BFSU, ini kali pertama aku join bnda2 cmni, hari tuh ade gak sekali iaitu pada tahun 2009 tp time tuh aku ade 'hal' lain.


Gaya budak Malaysia, Bad yang bersungguh-sungguh mempromosi gerainya.Thumbs up bro!
Ini antara gerai yang habis cepat. Diorg jual sate Malaysia,perghh terbaik!
Manusia-manusia yang bersesak di ruang utama fakulti.
Mek-mek dari Algeria yang menjual sejenis kebab.
Makanan dari Uzbekistan
Pancake coklat n jam. Seronok Sudin membeli belah. Dia merupakan orang yang paling excited sekali time nih. Ibarat perempuan masuk shopping complex yang ade sale 70%
Part nih yang lawak sekali, ade gak tilik nasib. Yang x bleh bla siap dgn colok lagi tuh..perghhh
Owh ini antara gelagat student dari Korea Darul Gangnam Style yang naik atas meja. Lawak gilak

Haaaa nih gerai spesel. Gerai ini dibuka oleh batch aku yang menggunakan motto 'membeli sambil menderma'. Menderma untuk siapa lagi kalau tidak untuk saudara-mara kita di Palestin. Antara makanan yang dijual ialah bubur kacang hitam, mee hun goreng, rojak ,kek pisang (hbis awal) dan  ape bnda ntah satu lagi ( x tau name) hahahah. Alhamdulillah, gerai nih mmg byk sambutan semalam. Ramai orang tertarik dgn makanan yang dijual. Rare kot. hahhahah

Setiap pek makanan dilabel dgn bendera Palestin
Antara pelanggang yang awal dtg beli.
Cikgu-cikgu aku yang datang membeli masakan anak-anak muridnya.谢谢老师
Sengaja pakai t-shirt tuh, sambil promote kedai,sambil menyampaikan mesej keamanan untuk Palestin

Sahabat-sahabat yang tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan.
Alhamdulilah, pukul 5.30 ptg makanan kat gerai nih pun habis dijual. Time nih laa aku bleh merasa sikit bubur kacang hitam tuh,perghh mmg terbaik. Ini merupakan pengalaman yang best untuk dikongsi suatu hari nnt. 

Mesej dari PIC Gerai :
"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan jualan amal semalam,yang memasak, mengangkat, menjual, membeli, membantu, menginfak dan lain2...hasil jualan dan infak yang terkumpul semalam sebanyak rmb1800+..Semoga Allah reda atas usaha kita semua"

Teringat pesanan S/U Aqsa Syarif Kelantan iaitu Pakcik Nik Kamaruzzaman yang memetik satu hadis berikut;

"Ziarah dan solatlah di Masjid Aqsa, jika tidak mampu maka kirimlah minyak-minyak lampu bagi menerangi masjid itu"  (Hadis Bukhari)

Moga-moga usaha kecil ini sedikit merupakan 'minyak-minyak' yang mampu membantu saudara kita di Palestin sana.Allahuakbar!


No comments: