Saturday, December 1, 2012

Perrrek-tikal 2.0

hari ini aku nak menceritakan pengalaman aku semasa preekkktikal dalam kelas adik2 junior minggu lepas. Alhamdulillah ini merupakan satu pengalaman yang sangat best untuk dikongsi. Menjadi seorang cikgu bukanlah bnda mudah. Mungkin kata orang "alahaaii mengajor jer pun..bunyi loceng balik lerr" perghhh sedapp sembang. Belum cuba belum tahu bro...

Pukul 1pagi, aku masih besengkang mata untuk siapkan rangka mengajar setelah rangka mengajar aku yang mula2 buat kene betulkan semula

Pagi tuh, Isnin 26 November, kelas pertama aku pada pukul 10-12 tghari. Kami ditugaskan untuk mengajar selama 2 jam setiap seorang. Malam tuh, aku agak nervous kerana otak aku membayangkan keadaan hari pertama mengajar (ngeri). Tapi, pagi tuh, semuanya hilang, seolah2 xde ape2 akan berlaku pada hari tuh. ALhamdulillah, ini yg aku nak, sbb aku tau bile nervous, smua yg kita plan aku berterabur. Jadi,pada pagi itu, aku dgn bergayanya melangkah kaki sebagai guru (poyo gilak).


Kringgggggg...loceng berbunyi menandakan kelas waktu ketiga dah bermula. Peralatan mengajar aku sudah pun aku siap susun kat atas meja nih..haaa nih aa meja guru..bangga seyh! gagagaggaa
Ini merupakan pandangan dari depan sebelum aku memulakan kelas.
Ehem...mulanya,bile aku dah start berdiri, smua mata duk pandang aku...blur kejap, sbb smua sedang menanti2 untuk aku memulakan kelas.Hahhahah
Aku memulakan kelas dgn bertaaruf diri aku. Time nih aku tulis nama aku kat depan, pastu diorg ramai2 sebut "oouhhh Feiyade Laoshi!" (Cikgu Fayyadh)..bapak aaa bangga gilerrr weyh orang panggil aku laoshi..muahhahahahha syok sndiri kt depan. Time tuh aa self-estime aku meningkat dan aku terus mengajar mcm biasa. Pengalaman memberi 'talk' sebelum ini sedikit sebanyak membantu aku untuk mengawal audience(student) dan mengawal suasana kelas. Aku diberi tugas untuk mengajar bab baru iaitu bahagian pembendaharaan kata .Namun aku tahu byk lagi yang perlu dibaiki dari segi penyampaian dan juga tulisan di papan hitam (yg nih paling failed) hahahah..Tapi walaubagaimanapun aku sgt enjoy semasa mengajar, sbb perasaan melihat pelajar phm adalah suatu kepuasan (xtau aa kot2 diorg berlakon faham). Tapi overall bagi aku ok jer laa kot, sbb tup tup tup masa 2 jam pun berlalu begitu saja..kejap jer..heheh dan aku amat berterima kasih kepada anak-anak muridku di kelas 马来三班 yang sgt aktif dan sporting,lepas ngajar tuh, rase cam nak ngajar lagi.heheheh..thumbs up!
time aku ngajar, aku di' observe"  oleh guru penyelia yang duduk kat belakang time ngajar. Tapi, ade aku kisah? khakhakhkhkhkh

Lepas aku ngajar plak, tiba giliran classmate aku mengajar, time nih aku plak duk kt blakang tgk diorg mengajar..huhuhhu layannn

Fareez mengajar bahagian dialog
Sheikh mengajar bahagian tatabahasa
Afiq mengelolakan bahagian latihan







Turut dipostkan kat sini gmbar2 rakan2 seangkatan ku yang lain mengajar di kelas yg lain.





Gambar ceria kanak-kanak ribena. Nih waktu hari terakhir kami bersama selama 3 minggu.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semoga sahabat-sahabat sekalian dapat menguasai bahasa mandarin dengan cepat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan juga berbakti kepada agama dan seangkatan dengan nya. Percayalah,coretan ini  satu hari nnt menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan.

1 comment:

Anonymous said...

Xiexie, Feiyade laoshi..:)