Saturday, December 3, 2011

2 Dec 2011

2 December 2011,7 Muharram 1433, Jumaat.

Pagi ini aku usai solat subuh aku membaca al-mathurat. Tetapi badan rasa lenguh sangat dan mataku tidak mampu menahan ngantuk. Entah,rasanye hari ini sejuk berbanding semalam. Perlahan-lahan aku menarik selimut yang empuk,tutup lampu mejaku dan pejamkan mata. Hmmmm sedap betul tidur...

10pagi..mak aih dah lewat nih..bergegas aku mandi kerana sebenarnya banyak lagi benda nak buat. Aku di dapur sedang membasuh baju-bajuku, dan tatkala aku buka tingkap...masyAllah, angin sejuk menyapa aku, rupa-rupanya salji yang memutih telahpun menghiasi taman. Subhanallah, cantiknya alhamdulillah masih diberi mata yang sihat untuk menikmati kecantikan itu. Ini salji pertama untuk winter kali ini.

Pemandangan dari bilik aku,tingkat 3.

Hari Jumaat, mestilah kene solat Jumaat betul tak? Sejuk tidak menjadi alasan untuk tidak ke masjid sedangkan kita orang muda, tangan kaki ade, kesihatan ada, kekuatan ada. Kawan-kawan yang balik dari kelas semua kata di luar sangat sejuk, apatah lagi junior-junior yang baru kali pertama mengalami musim sejuk. Seronok nampaknya.

Seperti dalam post yang lepas, aku memang suka naik basikal,hehehe.Entah mengapa hari-hari yang sejuk ini, aku rasa aku mesti naik basikal ke masjid. Mungkin dah biasa kot. Aku pun tak tau.Aku mengatakan hasrat aku kepada anak usrah aku, Rahimi. Dia pun nak join juga. Seronok aku, sekurang-kurangnya tidaklah aku keseorangan atas jalan nanti.

'Test drive' basikal baru Rahimi, syok, 8 speed.

Rahimi, yang ceria selalu

Kali ini, aku sudah siap dengan 'thermal gear' untuk menempuhi sejuk. Lengkap bersarung tangan,'snowcap'dan winter coat.Jalan agak licin dan basah oleh salji yang cair.Kami kene berhati-hati kali ini apatah lagi melayan karenah pemandu-pemandu cina yang cuai terutama sekali apabila mereka hendak selekoh atau masuk jalan kita. Perangai ouh perangai.

20 minit masa diambil untuk ke masjid. Walaupun sejuk tetapi Allah masih berikan kekuatan pada umat Islam untuk sama-sama solat Jumaat. Usai solat Jumaat, aku dan Rahimi ke Carefour untuk membeli barangan harian. Dipertengahan jalan,terdapat taman yang cantik dipenuhi dengan salji yang sangaatttt cantik. Kagum aku. Aku tidak berani nak merisikokan DSLR aku , jadi lebih baik guna ipod aje,selamat.hehehe.











Seronok sangat hari ini. Gembira sangat, happy sangat. Syukur kepada Allah.



Tetapi dalam keseronokan ini, aku lebih suka muhasabah diri. Sesungguhnya 21 tahun yang lepas, terdapat seorang wanita yang telah menahan kesakitan, kesakitan yang kata orang yang ibarat separuh nyawa hendak melayang dan juga seorang lelaki yang siang malam,pagi keluar awal dan balik lewat petang hanya semata-mata untuk membesarkan anak yang seorang ini.Yang begitu sabar melayan karenah aku yang nak itu ini semasa kecil. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan aku ibubapa yang begitu mengasihi aku. Pada hari itu ,2 December 1990 aku dilahirkan. Dan hari ini setelah 21 tahun berlalu, aku sudahpun besar panjang malah cukup kuat untuk melakukan kayuhan meredah kesejukan di musim sejuk ini. Semua nikmat ini tidak akan aku kecapi jika tidak lahirnya aku didunia ini. Dan aku begitu terharu, ulangtahun kelahiran aku kali ini jatuh pada hari Jumaat, hari yang baik,penghulu segala hari malah pada bulan yang baik iaitu Muharram. Malah lebih menyentuh hatiku, Allah telah memberikan aku hadiah yang begitu istimewa iaitu salji yang memutih yang halus bagaikan kapas untukku.Sebenarnya itu sebabnya aku sanggup menaiki basikal ke masjid semata-mata untuk menikmati salji ini. Ya Allah, syukur kepadaMu.Hadiah yang begitu istimewa dariMu ya Allah. Moga hambaMu ini tidak leka tentang penciptaan aku di bumiMu ini.
Keseronakan ini hanya aku dan Dia sahaja yang tahu.Ini masuk tahun ke 4 aku sambut hari lahir di China, tahun depan yang terakhir...Begitulah masa,sangat pantas berlalu,terus jalan kehadapan, usia pun terus jauh meninggalkan kita.MasyAllah.

*父母我对不起你们,这寒假我真决定不回国,但是在我心中我一直在想念你们。真的,因我无时无刻不想你,永远的想和爱你们而礼拜后向真主维护你们,身体健康,快快乐乐跟孙子们过日子 :)
我让“月亮代表我的心”(我妈喜爱的首歌)

No comments: