Saturday, December 17, 2011

I-ski

Sabtu, 17 December 2011
Lotus Mountain 莲花山
Tiket main : 87yuan, sewa gear n locker 40yuan.
Durasi : 4 jam main

Setelah lama merancang, akhirnya impian untuk keluar bersama menjadi kenyataan. Heheh maklumlah, sekarang ini musim sejuk, kalau nak keluar pun kadang-kadang fikir 2 kali juga. Melainkan kalau ada urusan penting. Urusan penting? hmmm makan je kot..hahahah

Jadi weekend kali ini dapat jugak aku keluar dari U aku nih. Bosan jugak kalau terperap dalam bilik. Program kali ini namanya I-Ski gabungan nama antara ISK dan Ski. Minggu lepas selesai sudah berprogram , minggu ini kita chill ramai-ramai sambil mengeratkan lagi ukhwah antara kita semua. Skg kan dah ade junior, jadi ukhwah itu perlulah diperbaharui. Ukhwah??? Sangat malu dan x cool kalau anda tidak faham apa itu maksud ukhwah, ibaratnye kalau aku tak tahu apa itu iphone 4s dan korang pun start pandang slack kat aku...ting!

Pukul 7 pagi kami semua dah bersiap dgn sarapan dan terus berkumpul di pintu besar U.Bas yang ditempah siap sedia menanti untuk berlepas. Aku tertipu dengan sinaran mentari yang cerah, ingatkan hari ini panas sikit, rupenyer -8...jeng sungguh.Lalu dengan machonye aku pekena Americano Coffee kat kedai kopi sebelah, mmg mantap benor.
Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 dan tempat ski ini terletak di luar bandar Beijing. Atas bas, sebab semua yang pergi adalah budak lelaki, maka sepanjang perjalanan mmg best, bahan orang , kenekan orang yang tahap boleh terkencing..maklumlah ukhwah dah rapat..ececeec ntah2 mmber tuh diam2 dah tacing..hahahh tapi aku mengambil sikap pertengahan, aku hanya gelakkan jer..(poyo)

Maka sampailah kami di Lotus Mountain. Keluar bas, cuaca sejuk menyapa diri "Assalamualaiku"..hahhaah perghh sejuk mak datok...tapi sebab semangat juang tinggi, sejuk tuh letak tepi dulu.Orang ramai telahpun memenuhi kaunter untuk dapatkan gear ski. Setelah beratur panjang, aku pun dapat la barang-barang ski. Bile dah pakai baju, macam nak pegi bulan lah pulak rasenyer.





Kami beramai-ramai masuk gelanggang. Hati berdebar, peluh mengalir. Mata ku melihat kawanku Nabil meluru laju dari atas, tp akhirnya tumpas setelah jatuh bergolek-golek . Yer, itu mangsa pertama hari tu.Sampai kat atas, aku dengan over-confidentnyer turun..Zoooommmm jantung berdegup laju,perrhh mmg best,tp control failed dan bile part nak brake maka jatuh bergolek-golek memang tak dapat dielakkan. Terbaring aku kat tgh-tgh tuh susah nak bangun. Member-member yang katanya ukhwah dah mantap hanya mampu melihat dari jauh dan gelak..hahhahah tension gua.Part nak bangun mmg seksa.

Semangat tetap membara. Darah muda ku mula mendidih.
"Jom gi tempat atas skali" sapa Ketek.
"Pergh cam style!" aku sampuk.
"Jom!" Jun jwb.

Naiklah kitorg smpai kat puncak sekali. Time tuh aku n Ketek jer ade kat atas sbb Jun terkandas di pertengahan jalan.Dalam kepala aku fikir, lame dah x test adrenalin aku nih. Kat puncak, tgk orang kat bwh tuh macam semut ajer, pemandangan mmg cantik. Aku tnye Ketek "Serius ke nih?" "Kita tgk org lain dulu,kalau ok kite turun gak". Tetiba nampak pompuan dgn slambernyer turun. Aku n Ketek saling berpandangan."Amacam?" lepas buat video kat atas puncak Ketek pun turun....kat tgh-tgh terus tergolek..Gelak jer aa aku kat atas...Aku dah malas pikir panjang,terus terjun..perghhhh mmg mantap aa, dah lama x rase kepuasan camni. Inilah darah muda yang mengalir dalam tubuh badan , inilah semangat juang anak muda, inilah yang kekuatan yang anak muda ada, tp tidak ada pada orang tua. Jadi, manfaatkanlah masa muda anda,peace no war!



Tak lama pun aku dapat maintain, tup tup tup terus bergolek..haishhh cmne laa nk control nih, pening aku...bangun dari golek, aku nampak junior aku Kailong n Akmal tgh chill kat tepi, aku pun amik port kat situ. Tgk manusia sedang beraksi. Tak lama kemudian, seorang gadis meluncur meluru kearah kami dan dengan lajunya terpelanting nasib baik x langgar tembok kat tepi itu.Kami hanya melihat saja sbb boyfriend die kan ade..hahhahahha x larat nak gerak-gerak, aku pun possing laa amik gambar.



Lepas tuh aku sambung lagi main, main main golek golek main main golek golek..tuh jer aaa...bile kat bawah-bawah tuh, orang dah semakin ramai. Dah x berape syok dah. Smpai kat penghujung trek aku tgk mmber-mmber aku mcm baru balik dari perang. Semua dah berguling x larat. Hanya menikmati pemandangan indah kat situ.





Adam, selaku penjaga makanan panggil kitorg naik atas, macam mak-mak yg panggil anaknye untuk naik makan. Hahahhah time main x rasa lapar, tp bile dah berhenti, perghhh tau laaa bertapa berkeroncong dah perut nih mintak diisi. Aku cabut board dari kaki n mmg sumpah x larat nak gerak pastu..



time nih mmg dah flat n kong. Dah aa tmpat duduk penuh, x larat aku terus duduk kat tepi cmtuh..hhahhah lepas tuh adelah sorg sahabat dtg bagi makanan.Yeahhh!!



time tgh duduk2 kat tepi tuh, orang makin ramai dtg. Perghhh weekend kan..patutlah.
Jam dah menunjukkan pukul 2ptg. Cepat-cepat amik air smyg dah solat berjemaah. Main-main laa jugak, tp xkan nk letak solat kat tepi kot?? melampau aa nih..sedangkan org gi dating pun bleh berhenti solat,inikan pula yang dtg main ski dgn niat ikatan ukhwah..ish ish ish..maka solatlah kami didalam ruang kedai yg x berpenghuni.


seperti biasa, mata-mata akan memandang kearah kami. X kurang jugak yang menanya, dan amik gmbar. Dah rasa macam dalam zoo plak. Tp itulah yg 'asing' yang Nabi Muhammad S.A.W sebut dalam hadith.Sekurang-kurangnya kami telah buat tugas kami dgn menunjukkan,inilah Islam.



Kami bersiap-siap, kemas loker,pulangkan gear smua dan berkumpul untuk amik gmbar. Nih gambar aku dgn ahli usrah aku (Bote,Luqman,Hafiz) yg lain x dpt hadir.







Pukul 3ptg, kami pun bergerak pulang ke U. Dalam perjalanan, sunyi sepi masing-masing melayan mimpi. Semoga objektik aktiviti kali ini tercapai dgn terjalinnyer ikatan ukhwah yang dibina. Semoga ini menjadikan kita lebih utuh dalam perjuangan ini,insyAllah. Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dan memeriahkan. Best giler!!!!

*aku sdg menaip dgn belakang yang sakit. Happiness come with pain :)

No comments: