Friday, December 10, 2010

3 n 20

Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur nikmat kurniaan Allah S.W.T...2 December tarikh keramat ini dan dgn nikmat yg Allah bagi nih la dpt lagi aku hidup utk umur yang ke 20..pejam celik dah 20 dah...dh berlalu pergi dah zaman belasan tahun..terima kasih kepada mak n ayah aku yg mmg x dinafikan susah pyh nk mmbesarkan aku..yer aa 'Tuan Muda' dlm keluarga kannnn..hahaha smpai laa dpt belajar kt China ni...haaa setiap kali besday aku, setiap kali tuh jgak laa besday blog aku nih, so skg nih blog nih dh 3 tahun hidup..terima kasih kpd followers yg mengikuti blog nih yer..insyAllah akan diadakan perubahan dari semasa ke semasa.





Kek surprise oleh kwn2 batch 09..terima kasih yg x terhingga.

hmmm bile dh masuk 20, terasa cam sesuatu laa..ouhh aku bukan lagi budak belasan tahun..ini bermakna semakin hari semakin kita tua dan semakin dekat akan kematian itu. Mungkin sempena bulan Muharram ini iaitu bulan dimana berlaku nya penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W kita , dpt aku ambil ikhtibar yg besar..jgn diambil Hijrah Nabi secara fizikal saja, tp secara spritualnya..mengapa Nabi nk hijrah?? Kenapa perlunya Hijrah?? sedangkan Tanah Mekah itu tempat lahirnya baginda..InsyAllah rsanya aku x perlu jawab, dan ingin tinggalkan persoalan ini kpd pembaca sekalian..Diri ini sesungguhnya masih lemah Ya Allah..byk kelemahan ini, sesungguhnya para sahabat pd umur seperti ku ini telah melakukan pelbagai transformasi dlm perkembangan dakwah Islam...sedangkan kalau skg, bila ckp dakwah je, ramai aje anak muda pikir, "ishh ni keje pak tabligh nih, kite rilek2 sudah lerr" atau pun bile ckp "Dakwah" akan jadi perkataan yg sensitif. Malah ada juga yg mempersendakan agama ini.

Antara para pejuang yg aku kagumi ialah Sultan Muhammad Fateh..setelah baca sirah beliau,kagum aku bertapa dlm umur seawal 18 tahun beliau telah diangkat menjadi Sultan menggantikan bapanya Sultan Murad yg pd waktu itu telah merasakan dirinya perlu undur utk memberi peluang kpd anakandanya. Dlm usia seawal itu, Sultan Muhammad Fateh telah melakukan plan strategi utk menawan kota Konstantinopel yg pada waktu itu dikuasai oleh Kristian.Aku lebih berminat kpd peribadi beliau yg dari kecik dididik utk mnjdi pembela Islam. Maka, hubungan dgn Allah yang Esa menjadi pilihan. Solat tahajjud tidak pernah beliau tinggal apatah lagi solat2 wajib . Beliau lebih suka merujuk kpd ulama` dlm segala hal2 kerana Islam merangkumi semua aspek kehidupan,jadi para ulama`lah rujukan utama. Dan pada umur 24 tahun beliau telah pun berjaya menawan kota Konstantinopel dan masih lagi kekal hingga ke hari ini iaitu Turki. Namun sedar atau tidak, itulah kebanggaan kita sebenarnya..itupun kalau sedar la, aku pun baru jer tau cite nih tahun lps selpas baca novel tu..terima kasih kpd 'makhluk perosak' yg telah melalaikan kita dari sejarah Islam dan kehidupan Islam kita.

Tujuan aku tulis nih tidak lain tidak bukan, adalah utk kebaikan kita semua. Check la diri kita setiap hari, bykkan lah istigfar,bertaubat kerana dgn ini saja dpt meleraikan tali dosa yang mengikat kita utk melakukan kebaikan dan seterusnya mendekat kita dgn Allah.Jgn bila time susah, baru nk ingat Allah.Ingatlah kita bukan semakin hari semakin muda...

Allah Ta`ala berfirman :"Diwajibkan kamu berperang , padahal perang itu adalah sesuatu yg kamu benci, boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal sesuatu itu amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu itu padahal itu amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah 9:41



1 comment:

ashraf said...

fayadhhhde.. happy besday. semoga Allah sentiasa memberi kemudahan dan pertolongn dalam gerak kerja dakwah mu.amin.