Monday, December 27, 2010

Tahlil nenda

Terima kasih buat shabat-sahabat Beiwai yang datang ke majlis tahlil untuk nendaku tersayang. Terima kasih juga kepada Prof Awang Sariyan yang sudi meminjamkan rumahnya untuk majlis tahlil tadi. Terima kasih kpd yang menghadiahkan Al-fatihah dan menyediakan juadah semasa tahlil tadi .InsyAllah smoga doa kita tadi mengiringi arwah di alam sana. Begitulah Allah menyaksikan kepada kita semua tentang kehidupan dan kematian di atas dunia ini supaya kita yang masih hidup sentiasa mengingati bekalan untuk mengiringi diri tatkala menyambut seruan Illahi.

Ingatlah 3 bekalan ini seperti yang disabdakan Rasullallah SAW "Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah segala amalnya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah dan amal jariah yg berterusan , ilmu yang berguna dan diamalkan dan anak yang soleh yang mendoakan baik untuknya"



mengaminkan doa utk menjamah juadah

antara sahabat-sahabat yang hadir





Ashraf A Rahman membantu mengagihkan makanan


Wahai ibunda junjungan kasih
Ingatan tak luput waktu bersilih
Terpisah jasad harapan tak beralih
Kembali ke pangkuan bunda semoga diperoleh

-Prof Awang Sariyan-

Allah itu tuhan yang mengasihi,
Mati itu suatu yang pasti,
Nendaku sudah selamat pergi,
Semoga doaku ini mengiringi diri.

- Fayyadh Azmi -

1 comment:

hidupmuliamatisyahid said...

takziah fayyadh.
sebak n tharu baca puisi2 tu.