Sunday, December 26, 2010

Buat ummi ku, nenda ku

Hari ni 27 Dec 2010 bersamaan 21 Muharram 1432 nendaku pulang ke rahmatullah bertemu dgn Penciptanya.Malam tadi aku call mama dan mama cakap ummi sedang nazak, dan pagi tadi papa msg ummi sudah pulang ke rahmatullah. Sudah 2 minggu ummi bertarung dgn kesakitan setelah ummi dimasukkan ke wad akibat low blood pressure dan seterusnya doc bgtau ummi kene strok. Dalam waktu tempoh itu, ayah n mak aku ulang alik ke hospital bergilir-gilir menjaga ummi. Turut bersama Cik Yah (mak sedara). Minggu lepas masa aku call mak, kebetulan ummi sedang baring di sebelah, lantas mak aku menghulurkan telefon pd nenek ku..dari corong henfon ku dpt ku dgr sayup-sayup suara ummi menyebut namaku kerana ummi waktu itu tidak mampu mngeluarkan suara seperti biasa. Aku membalas sapaan umi "Ummi, cepatlah sihat yer,Fadh nk balik x lama lagi..Fadh doakan ummi yer" selepas itu aku dgr ummi membalas kata-kata ku, namun sepatah pun aku x faham , cuma aku dpt ingat lagi ummi memanggil namaku...

Aku rindu pada ummi. Pada cuti musim panas lepas, seperti biasa papa akan bwk umi balik umh. Jadi, pada waktu itu byklah masa kami luang bersama. Setiap kali aku berada dlm bilik, ummi pasti menjenguk..sbnrnye,ummi takut kalau kami keluar tanpa bgtau dia. Dan selalunya, dia selalu duduk di meja ruang makan smbil kacau air radix+milonya. Pada waktu itulah akan ku berbual pnjg dgn ummi , kata-kata ku pasti disambut dgn hilaian gelak tawanya.Kadang-kala ada juga aku bergurau keterlaluan dgn ummi dan ditegur mama, namun ummi seperti biasa pasti akan senyum ajer. Sepangjang hidupku, aku tidak pernah dimarah oleh ummi. Ummi selalu ckp aku cucu yang nakal kerana suka sakat dia .Aku selalu memberi salam pdnya walaupun berkali-kali dan setiap salamku akan dijawabnya tanpa jemu.Papa yg mendgr psti ketawa. Kenakalan ku ini juga umi nyatakan dgn menceritakan sewaktu aku masih kecil papa dan mama hntar aku dan abg2 aku di kampung sewaktu melaksanakan ibadah haji pada tahun 1991. Masa itu, pengasuh aku, Kak Ru mencari-cari aku kerana aku hilang dari atas katil. Ummi org yang kalut mencari ku . Setelah itu baru lah aku dijumpai. Rupanya aku jatuh ke bawah katil dan xde org pun perasan. Cerita itu, ummi berkali-kali ulang menceritakan kpd ku. Termasuk sewaktu kali terakhir aku bertemu dgnnya.




Ummi juga tidak henti-henti selalu berpesan padaku ttg solat , bykkan berdoa kpd Allah sesungguhnya ummi org yang gagah dalam melaksanakan solat.Walaupun dalam usia yang tua, perlaksanaan solatnya ibarat org muda. Terawikh 20 rakaat, solat mlm tidak pernah tinggal,mulutnya sentiasa menyebut kebesaran Allah. Sepanjang ummi berada di rumah, ummi sentiasa bertanyakan waktu jam kerana hendak ke masjid. Kdg2 baru pukul 12.30tghri ummi dah siap2 hndak ke masjid dan org yang dicarinya selain mama dan papa, maka akulah. Akulah yang akan memimpin ummi turun tangga, buka pintu rumah, memakaikan ummi selipar ,buka pintu pagar msjid dan pimpin ummi naik tangga masjid. Dan setiap kali smpai ke muka pintu masjid pasti ummi akan ucap "terima kasih yer cu, ummi sembahyang dulu yer"

Alhamdulillah, kepulangan aku beraya di Malaysia baru-baru ini memberi aku peluang beraya kali terakhir bersama ummi. Pada waktu itu, ummi tidak menunjukkan pun badannya lemah. Masih lagi gagah seperti biasa. Aku pulang ke kampung ku di Pasir Mas dan bersama umi. Seperti biasa kami akan berbual-bual dan pada waktu itu bagi memeriahkan suasana pasti aku akan mengusik ummi. Kalau waktu kecik2 dulu, ummi selalu bagi duit raya kat aku dan bila dah besar ini, tiba giliran aku memberi duit raya pada ummi. Pemberian aku tidak seberapa pada raya lepas membuat ummi tersenyum lebar dan dibalas dgn pelukan kasih syg umi. Sygg umi..

Kali terakhir aku bertemu umi ialah pada hari raya ke 4 semasa di rumah Bak. Pada waktu itu aku mengatakan kepulangan ku ke China. Ummi seperti biasa pasti akan mengatakan "ummi doakan cucu-cucu umi berjaya,jgn lupa smyg " cuma nasihat ummi yang buat aku tergelak smpai saat ini ialah pesannya jgn kwin dgn org cina. Setiap kali umi perkenalkan aku dgn saudara-mara jauh pasti ummi akan ckp "ini budok cino nih..ngaji(blaja) di Cino"..ummi ummi..sblm aku pulang, sempat aku meminta ampun maaf berkali-kali dari ummi kalau-kalau buat ummi tersinggung dgn gurauan ku. Dan tidak kusangka itu adalah pertemuaanku yang terakhir dgn ummi......

Mama bgtau mlm tadi, disaat ummi kene strok, ummi masih lagi nak smyg walaupun dlm keadaan baring.Lampin ummi mama tukar,dan mama tlg umi amikkan wudu`.Itulah ummi,yang sentiasa menjaga solatnya.Umi begitu cermat dalam memastikan solat fardhu tidak lambat ditunaikan apatah lagi hendak meninggalkannya. Dalam keadaan terbaring dan memakai lampin pun umi mahu solat juga. Itulah kekuatan yang Allah berikan pada ummi.

Minggu depan aku akan menghadapi exam final.Disaat aku nak menghadapi exam, pasti akan telefon ummi supaya ummi doakan kejayaan ku dan ummi pula akan ckp "ummi nk smyg hajat, doa utk cucu-cucu umi"..Alhamdulillah berkat doa dari org-org tua cucu-cucu ummi smuanya dh berjaya. Untuk exam kali ini, aku x boleh dah nk telefon ummi utk dia smyg hajat n doa sbb ummi dah pun tiada namun,kali ini biarlah pula aku mendoakan ummi di alam sana. InsyAllah.. Fadh syg ummi,kalau tiket flight x hbis, dah lama fadh balik, ummi..smoga Allah menempatkan ummi dikalangan org-org yang beriman dan soleh.

Ummi walaupun tidak tinggal harta yang menimbun , tp ummi meninggalkan anak cucu yang sentiasa mendoakan utk ummi. Semoga ini boleh dijadikan antara bekalan ummi di alam sana.InsyAllah.

Aku selalu berdoa agar cuti winter ku ini,sempatlah aku bertemu ummi, namun Allah lebih sygkan ummi..

Fadh syg ummi. Ya Allah, jagalah ummi baik-baik.

No comments: