Wednesday, January 2, 2013

Winter wida`

Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran kpd Allah SWT, hmpir sbulan aku x menaip..(fuhh)

Sekarang nih betul2 dah masuk winter, pokok smua dah togel, sungai semua dah beku , org smua dh start selsema..huhuhuh penangan winter..

Sejak 5 thn kat Beijing , inilah winter paling sejuk dan paling byk sekali turunnya snow..hmm mmg btullah tuh..

mmg betullah tuh, ini menunjukkan winter kali ini merupakan winter wida` (terakhir) buat ku.

Perasaan turunnya snow yang pertama pada tahun ini sgt2 excited, seolah-olah mengimbas kembali pengalaman pertama kali main snow pada tahun 2009.

Sgt-sgt seronok,apatah lagi keseronokan ini dikongsi bersama adek2 yg baru smpai..Post2 facebok serta instagram diorg smua penuh gambar snow.


Istana 4 tingkatku putih diselebungi salju yang suci 
Selepas subuh, terus aku capai kameraku utk merakam suasana salji di pagi hari. Best sbb byk salji yang belum terusik
Radi,Faezy,Fauzan , makhluk yang excited pada pagi Jumaat tersebut

Di hening pagi itu, aku rindu akan tempat aku beristirehat, iaitu Yiheyuan atau Summer Palace. Tempat kegemaran yang penuh ketenangan. Melihat tasik yang luas, bukit yang menghampar di atas bumi dan istana di atas bukit merupakan susunan yang cantik bukan sahaja di mata, tapi juga di hati. Ditemani roomate terchenta, Sudin dan adek junior Faezy, kami bertiga menaiki bas 374 hingga ke stesen terakhir.

Pemandangan di Yiheyuan ini lain dari sebelum ini. Kali ini, kabus yang tebal menyelimuti tasik dan kadar penglihatan sangat rendah sampaikan tak nampak istana yang selalunya tersenggam indah atas bukit.

Sudin dan aku, kali terakhir kami berdua di sini ialah 5 tahun lepas time lawatan sekolah sewaktu foundation.


Silap2 bleh jatuh dalam tasik beku
 

 
Menunggu untuk berdating dengan 'qurratul ain' ku di sini.

Pemandangan dari bilik 


Bila dah masuk winter, malam jadi panjang, siang jadi pendek.

Waktu maghrib ialah pada pukul 4.50ptg , syuruk waktu 7.40pagi..

Waktu malam yang panjang ini , sangatlah bermakna bagi manusia yang berfikir ttg kejadiannya. Rajin-rajinlah mentadabbur makna ayat al-quran kerana terdapat banyaaakkkk ayat2 yang menyuruh manusia memikirkan ttg kejadian malam ini. Antara ayat yang ingin disentuh ialah ;

"sesungguhnya kejadian langit dan bumi , dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal " Al-imran :190

"Allah menukarkan malam dan siang silih berganti, sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang celik penglihatan (hatinya) " An-nur:44

Ingatkah lagi akan surah al-muzammil? 

"Wahai orang yang berselimut"
"Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam,kecuali sebahagian kecil"

Nampak x kaitan kejadian malam dengan ibadah yang best nih?? Dengan waktu malam yang panjang inilah masa untuk kita semua menguatkan jiwa-jiwa kita untuk mengukuhkan jiwa dan iman kita terhadap pencipta kita. Mujahadah, kekuatan, kecekalan kita semuanya bersumber dari solat tahajjud ini. Jika tidak manakan pula Nabi Muhammad SAW dan para sahabat turut qiam pada waktu malam lebih-lebih lagi dalam keadaan perang. Kegagahan seseorang itu dapat dinilai dengan sejauh manakah dia mampu mengangkat selimut yang tak sampai 1kg walaupun hakikatnya di gym angkat dumbell 20kg bukanlah menjadi masalah buat seseorang itu (wahhh,menampar diri sendiri).Disinilah merupakan kayu pengukur yang tepat untuk menilai kekuatan.

Cuba bayangkan,
Dalam keadaan malam yang sunyi, tatkala orang lain sedang enak dibuai mimpi indah, hanya kita sahaja yang  bangun untuk menyembah,mengadu,merintih kepada yang Esa. Dating secara privacy denganNya tanpa sebarang gangguan, alir mata yang mengalir laju , hati yang kering tandus menjadi basah , sedikit sebanyak meluntur gugur dosa-dosa dan karat-karat jahiliyyah...ummppphhhhh bertapa nikmatnya waktu itu.
Waktu-waktu seperti inilah sangat mujarab untuk berdoa kepadaNya dan apa lagi yang memberatkan kita untuk berdoa sedangkan doa-doa dan permintaan dari hambaNyalah yang dicintaiNya.

Berdoalah kepadaKu,nescaya Aku perkenankan bagiMu,sungguh orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk ke neraka jahannam dalam keadaan hina. Gafir:60

Sedikit perkongsian dari aku untuk kita semua ambil ikhtibar lebih-lebih lagi diri aku yang masih banyak kekurangan ini..ouh yea sekarang dah masuk 2013 kan??berlalu sudah 1 tahun yang singkat, kini menyapa pula tahun yang baharu.

Apa guna melangkah ke tahun baharu tetapi diri kita masih ditampuk yang sama.

Apa guna melangkah ke tahun baharu tetapi diri kita masih lagi dibuai mimpi yang x kemana.

Apa guna melangkah ke tahun baharu tetapi amalan kita masih tidak mampu membawa kita ke syurga.

Katakanlah (Muhammad), 'Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?'

(Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya. 

Mereka itu adalah orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan (tidak percaya) terhadap pertemuan denganNya. Maka sia-sia amal mereka..."

[al-Kahfi, 18:103-105]


Sama-sama kita mendoakan agar tahun baharu ini menjadi lebih bermakna dalam kehidupan kita

Selamat datang 2013!

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.....
saya nak tahu more info on BFSU...
but then, i couldnt find ur email...
may i have ur email add???
i do really want to further my study there....:)
thnxs

Fayyadh Azmi said...

walaikummsalam,

maaf lambat reply. boleh bagi email? nnt sy akan reply.