Monday, January 14, 2013

Perlahankan langkahmu

Fuhhhh alhamdulillah, kesyukuranku terhadap Allah SWT terhadap segala nikmat yang diberi.

Akhirnya dapat juga aku keluar dari 'kepompong' kesibukan dan hiruk pikuk manusia di Beijing.

Pulang ke rumah memberikan aku seribu makna untuk aku bermuhasabah terhadap apa yang berlaku pada semester yang lalu. Selain itu turut aku merasakan ketenangan jiwa dari kesibukan kerja-kerja study dan sebagainya. Rase cam fuhhhh , 'release' semua.
Sungguh waktu berlalu begitu cepat, sgt-sgt cepat. Semalam berada beribu batu jauh di Beijing, tapi pagi ini mampu memakan nasi berlauk ikan ayer di Kota Bharu.

Jika pada bulan 8 lepas,aku ditanya oleh saudara mara "Brapa lame lagi kat Beijing?" aku menjawab "setahun lagi". Namun kini berubah, jika ditanya pasti aku menjawab "Satu semester lagi". Cepat, begitulah masa tanpa kita sedar telah memakan usia.

Jika dahulu belakang rumah dipenuhi semak samun, hari ini bangunan tinggi cuba dipasakkan.

Jika dahulu aku boleh bergurau mesra dgn pakcik jiran sebelah, mahupun dgn tok bilal , hari ini hanya fatihah yang mampu ku berikan.

Sungguh, semuanya berlalu dengan begitu cepat.

Semuanya mahu laju dan cepat,dari segi pengangkutan,perhubungan,pembangunan. Belum pun lampu isyarat bertukar hijau, terus menekan pedal minyak utk memecut.Persoalannya,apakah yang dikejar manusia ini??

Lihatlah wahai manusia, lihatlah disekelilingmu. Sememangnya manusia ini selalu bersifat terkejar-kejar.



"Dan manusia seringkali berdoa untuk kejahatan sebagaimana kebiasaannya dia berdoa untuk kebaikan. Dan memang manusia ini bersifat tergesa-gesa." (Al-isra`:11)

Namun disebalik kesibukan dan sifat manusia ini yang terkejar-kejar, telah pun memberi kesan kepada jiwa manusia itu sendiri.

Iaitu jiwa manusia menjadi kosong,lemah dan terus sepi kerana jiwa itu terus dihimpit perasaan yang tertekan dan terus tertekan.

Hari ini, 'perlahan' itu lebih reflek kepada benda negatif. "ishhhh perlahan giler kete dpn nih", "mak aih slow giler internet"itulah luahan-luahan yang terpacul dari mulut kita dan dalam tidak sedar kita rasa tertekan dengan keadaan ini.


Hari ini manusia semua terkejar-kejar, ke sana dan ke sini tetapi apa salahnya kita perlahankan sebentar langkah kita,cuba belajar untuk lebih bertenang,rileks,chill dan kerana apakah sebab kita asyik nak cepat?? Nak cepat solat? nak kejar waktu solat? Takut nnt terlepas solat berjemaah??

Ouh tidak!!Jgn hendak berdalih,hakikatnya itulah perkara yang manusia sering lengah-lengahkan.

.....Wahai manusia,berehatlah seketika.....

Berfikirlah sejenak, perlahankan langkahmu.Berilah tubuh badanmu dan jiwamu vitamin qalamullah,zikrullah yang sepatutnya. Solatlah sunat dhuha walaupun 2 rakaat dan duduk berzikir seketika itu lebih menenangkan jiwa.Kosongkan minda daripada kesibukan yang dikejar-kejar.

Bajaklah imanmu,sucikan dosamu, wangikan akhlakmu,

Agar rohmu,jiwamu,aqidahmu menjadi kuat,tegap,kukuh...

Kerana ini semua merupakan persiapan ruhiyah bagi menempuh jalan yang panjang ini...

"Manusia diciptakan tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tandaKu.Maka janganlah kamu meminta aku menyegerakannya" Al-Anbiya:37


Perkongsian kali ini tidak lain hanyalah aku melihat dari sudut persepktif diri sendiri yang belajar di kota metropolitan yang besar pulang ke suasana kampung yang tenang dan aman damai. Ini merupakan satu jurang perbezaan yg sgt ketara bagi aku.

Tidak seperti dibandar sana,

Masing-masing ingin laju,cepat,segera. Begitu juga dalam kesibukan aku nk menyegerakan kertas kerja thesis aku baru-baru ini menyebabkan aku rasa 'sesuatu' yang tertinggal. Iaitu jiwa aku.

Astagfirullahalazim.

Ini merupakan ketentuan Allah SWT membawa aku pulang ke rumah untuk menilai semula kehidupan yang aku lalui agar aku lebih bertenang,lebih bergantung kpdNya,lebih tertumpu kpd ibadat, ibubapa dan masyarakat agar iman pun turut 'gemuk'.

Kerana tidak kira dimana , bila-bila masa, tugas kita sebagai ubudiyah atau hamba (51:56) dan khalifah (2:30) mesti ditunaikan.


Perlahankan langkahmu,
Selamat bercuti!

No comments: