Tuesday, January 29, 2013

Aku dan cincin RM7K

Hari-hari percutian ini aku lebih menghabiskan waktu di rumah. Teman ayah dan teman mak. Kebanyakan masa diluangkan di masjid-masjid terutama sekali pada waktu selepas solat magrib kerana mengikuti kuliah. Alhamdulillah,di negeri yang permai ini, para ustaz dan ilmuan yang hebat tidak sukar dicari.

Khamis lepas aku sempat menemani ibuku ke Habib Jewel, katanya nak cuci mata jerr. Aku bukanlah seorg yg meminati brg2 kemas,tp tidak salah untuk meneliti hasil seni ukiran buat tatapan mata. Lalu, aku disapa oleh salesgirl yang bernama Mira, " cik,nak tengok yang mana?" aku disapa dengan mesra,tak sempat aku nak balas terus dia bawa keluar set cincin. Rasa serba salah pun ada, mane laa aku nak beli cincin, x minat pun, tp aku cuba berlakon konon2 nak amik hati . "ermm" mata sambil melihat-lihat cincin yang berkenan. "cuba tgk yang ni" aku tunjuk pada cincin emas putih yang bertahtakan berlian."hmm cantik nih, simple dan elegance". "Sekarang nih ade sales Tahun Baru Cina, so ade 50% diskaun" semangat cik adik nih promote. Aku dengan yakinnya bertanyakan harga "Hmm nih brape?" Mira membalas "ouhh yg nih lepas diskaun RM7500....saya tgk bila cik pakai sgt sesuai". Dalam hati aku perghhhhhhhh RM7500?? after less?? hahahha. (cerita berhenti kat sini sbb byk lagi aksi berlakon aku)

Dalam kereta, "Ma, tadi org tu offer cincin, bile tanye harga, die ckp RM7500..perghh cmne laa die bleh offer kat Fadh, Fadh nih ade gaya cam org nk beli cincin ke?" sambil geleng-geleng."Haa tuhlah, nak bile nak berniaga,  tak bleh prejudice". bla bla bla bla mak aku bertazkirah. Sambil memandu,otak aku nih x bleh fikir byk,selain fokus kat jalan, aku hanya fikirkan perkataan mak yang disebut tadi iaitu prejudice. 

Prejudice atau dalam Bahasa Melayu , prasangka bermaksud anggapan dan pendapat yang kurang menyenangkan atau penilaian negatif yang tidak rasional, yang ditujukan pada individu atau suatu kelompok tertentu (yang menjadi objek prasangka), sebelum mengetahui, menyaksikan, menyelidiki objek-objek prasangka tersebut.

Aku cuba relatekan dengan kehidupan sebagai daei. Jika disebutkan daei, personaliti yang ingin aku timbulkan disini ialah Mus'ab Bin Umair yang hidup bersama-sama dengan rencah kehidupan baginda Rasulullah SAW.  Baginda telah bulat hati untuk melantik Mus'ab sebagai duta Islam pertama untuk dihantar ke kota Madinah. Mus'ab sedar akan tanggungjawab yang berat itu dan dengan penuh tawakkal beliau terus ke kota itu. Kesungguhan itu diceritakan apabila setiap pintu rumah di Madinah beliau ketuk untuk menyampaikan syahadah.Cuba bayangkan, kota Madinah yang penghuninya ramai itu disapa oleh Mus'ab. Alhamdulillah, dengan sifat jujur dan kesungguhan beliau, telah ramailah penduduk Madinah yang memeluk agama Islam. Itulah sifat kesungguhan beliau, duta Islam yang mempunyai cita-cita yang tinggi.

Itu merupakan kisah Mus'ab dan aku percaya banyak lagi cerita para sahabat yang hebat boleh dijadikan teladan dalam penyebaran Islam.

Suka aku mengajak para pembaca sekalian untuk membayangkan, jika dalam hati kecil Mus'ab ini ada sifat prasangka? Mampukah beliau menerima tanggungjawab sebagai duta? Mampukah beliau melangkah kaki ke kota Madinah? Mampukah pintu-pintu penduduk di Madinah diketuk oleh beliau? Mampukah penduduk Madinah yang pada mulanya hanya sekelompok kecil sahaja yang memeluk Islam, kini berkembang banyak?

Sudah tentu tidak, kerana dengan perasaan prasangka (seperti yang dimaksudkan diatas) sudah tentu Mus'ab akan menolak tawaran itu kepada sahabat-sahabat lain. Lahirnya prasangka dalam hati seorang hamba Allah sebenarnya memperlihatkan kelemahan hamba itu sendiri, kerana racun prasangka boleh merosak seseorang hamba itu  sehingga hati dan fikirannya selalu dibayang-bayangi rasa curiga. Lemahnya hubungan dengan Allah SWT menyebabkan lahirnya sifat prasangka, kerana hati kita sering dicucuk oleh syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk merosakkan dakwah islami ini.

Apa yang dikatakan al-quran ttg prejudice (prasangka) ini??

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa"       
                                                                                                                                   Al-Hujurat: 12

Kadang-kadang kita terpaksa akui, kita selalu berprasangka. 

Kita nak tegur orang untuk rapatkan saf tapi tetibe rase cam, xpelahh nnt pandai-pandai laa die, xkan die x tau kene rapatkan saf.

Sepupu kita tidak solat dan kita hanya melihat. Lalu timbul , xpelahh nnt ade aa tuh org tegur.

dan berbagai-bagai lagi alasan yang kita bagi untuk menyedapkan hati kita sendiri.

Astagfirullahalazim...

Begitulah salesgirl tadi, jika dia berprasangka kat aku, dah tentu dia tak offer ape2. Aku nak beli atau tidak itu lain cerita, yang pasti tanggungjawab dia untuk berusaha promote kat aku dah selesai.

Bagaimana dengan kita sebagai daei????

.....................................................................

                                                                                                                     

3 comments:

Azri said...

Well written bro..! (walaupun mule2 hampir terpedaya dgn tajuk cincin haha)

Anonymous said...

faiz: menarik.dibandingkan dgn kisah nabi
\

imran said...

salam fayyadh.saya cuba cari emel saudara tp x jumpa.saya ada terbaca blog saudara dan berminat nak tau lanjut mengenai pembelajaran mandarin di china utk anak sulong saya.dia sek cina.harap tidak keberatan beri nasihat pada kami. tq-imran

emel saya : lautanwang@yahoo.com