Saturday, May 25, 2013

Harbin: Kehidupan seorang Batman

14 Mei 2013,Selasa.

Kali ini kami dibawa untuk menyertai lawatan ke provinsi Liaoning yang terletak di kawasan timur laut China.Perjalanan kami dari Beijing menaiki train laju mengambil masa 5 jam dan train kali ini jauh berbeza selesanya berbanding keretapi yang aku naiki ke Xi`an tempoh hari. Dari bandar Shenyang kami bertolak ke bandar Benxi yang merupakan hampir 3 jam perjalanan bas. Destinasi kali ini ialah gua yang mempunyai sejarah 570juta tahun yang lalu!! Sangat rare! dan ini merupakan pengalaman pertama aku masuk ke dalam gua sepanjang hidup aku.

pintu masuk gua
Kami dihendaki memakai baju sejuk tebal yang disewa khas kerana suhu di dalam gua selain musim sejuk ia akan 'constant'  iaitu 12-15 darjah celcius. Ternyata keadaan di dalam gua sangat sejuk sehingga keluar asap kalau sembang2 dgn mmber.
 Bagi aku, ini merupakan gua yang istimewa sbb pelancong perlu menaiki bot sepanjang dalam gua
 Gua ini mempunyai kedalaman sepanjang 5.8km tetapi yang dibuka kepada pelancong hanyalah 2.8km saja atas faktor keselamatan.
 Lampu LED yang berwarna mewarnai dinding gua yang dipenuhi stalactite dan stalacmite yang rendah. Pemandu bot sentiasa menasihati supaya berhati-hati ketika asyik mengambil gambar.

 Bila berada dalam gua ini, aku betul-betul menghayati bertapa best dan power nya ciptaan Yang Maha Esa. Aku sangat kagum dengan struktur permukaan yang pelik di dalam gua ini. 
 Lagi satu, aku cube menyelami kehidupan seorang Batman,dan nampak gaya sgt x best walaupun dalam movie kononya batcave die tuh mcm high-tech..heheh
 Ini merupakan ruang yang paling luas di dalam gua 

  Batu yang membentuk macam gajah menarik perhatian.

Akhirnya pengalaman 40 minit di dalam gua berakhir dan hidung aku akhirnya tidak dapat menahan sejuk lalu bersok-sek la ia. Ini merupakan antara 1 pengalaman yang menarik sepanjang 5 hari percutian.

InsyAllah byk lagi pengalaman percutian yang akan menyusul.

1 comment:

maza said...

Perkhhhh.. memang hebat seh!

terasa mcm nak pergi ke sana sama...
tapi mcm seram dok ada dalam jiwa

hahaha