Tuesday, May 21, 2013

Ini keretapi China! (Bhg 2)

Walaupun bukan hari raya, tp aku tetap ingin menyusun jari memohon kemaafan atas kelewatan post bhg kedua. Maklumla, thesis menimbun nk kene settle..hheheh tp demi pembaca setia, aku sentiasa mencari peluang untuk menulis,dan Alhamdulillah dpt gak!

Post bhg 1 mengenai perjalanan aku dari Beijing ke Xi`an. Namun post kali ini merupakan perjalanan keretapi dari Xi`an ke Beijing, iaitu setelah selesai berprogram dgn pelajar perubatan di Xi`an.

Perjalanan kali ini sejujurnya mmg tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Sebelum itu aku ingin memberikan gambaran kepada pembaca mengenai keadaan cuti umum di China. Seperti yang kita tahu China merupakan antara negara yang mempunyai kapasiti penduduk yang ramai dan keadaan ini menyumbang kepada faktor terbesar kesesakan teruk sewaktu cuti. Oleh yang demikian, didalam kelompok berbilion manusia, aku adalah orang yang terperuk dan terjeremus sekali dalam kesesakan orang ramai. Tiket2 tren semuanya habis dijual, namun aku tetap kene pulang ke Beijing, maka disinilah bermulanya ujian kekuatan mental iaitu tiket 'berdiri' sepanjang perjalanan. Kami berempat terpaksa membeli tiket berdiri berharga 150yuan seorang, iaitu sama harga dgn tiket duduk, kejam betul..dah laa kene berdiri, harga plak sama. Perjalanan dari Xi`an ke Beijing mengambil masa 13 jam dan keretapi kami bertolak pada pkul 5.40ptg.

 Keadaan di luar stesen keretapi Xi`an
 Board menunjukkan tiket habis dijual selama 3 hari berturut-turut
 Orang ramai beratur untuk masuk 
 Terpaksa memakai topeng kerana H9N7 sedang merebak
 Kami merupakan antara penumpang yang masuk awal, namun timbul rase janggal sbb selalunya kami akan terus duduk di seat, tapi kali ini kene berdiri (peluh besar). Mata-mata banyak memandang, terasa diri sgt asing giler waktu nih. 
 untuk menempuh perjalanan yang ekstrem ini, aku awal2 lagi sediakan bangku kecik untuk duduk di laluan. Mungkin ini muka ceria awalku sewaktu permulaan perjalanan.
 Alhamdulillah, mase kami naik , ade 1 seat kosong. Jadi kami buat shif, setiap 2 jam kene bergilir-gilir duduk. Masa inilah kerjasama antara mmber2 sgt diperlukan. Sebelum itu, ingin aku ceritakan keadaan dalam keretapi ini. Seperti yang aku ckp sblm nih, penumpang yang naik sgt ramai. Maka kami terpaksa bersesak-sesak berdiri di laluan. Suasana dalam keretapi sgt 'meriah' dengan perbualan antara org cina yang mcm speaker, asap rokok dan bau-bau makanan mereka yang pelik2. Aku cuba mengeluarkan buku dari beg, tp dengan keadaan sebegitu aku x dpt fokus dan akhirnya aku hanya berdiri dan memerhatikan keadaan dan tingkah laku manusia. Mental aku teruji disini, badan pun penat sbb lama berdiri dan x bleh byk pergerakan sbb orang ramai.

 Setelah penat berdiri, kami duduk semula atas bangku kecil kami. Memandangkan aku ini kaki panjang, jadi bangku yang kecil ini bukanlah kerusi yang selesa buatku. Kaki pun x boleh melunjur dan hanya boleh lipat jer, x tau laa korg bleh bygkan ke x. Kadang-kadang ade jugak aku terlelap. Tapi time nak lelap, time tuh laa ade org nk lalu ke tandas, dan sbb kami berada di tgh jalan,kenelah bagi ruang utk die lalu. Kdg2 time org duk ramai nih laa ade penjual lalu2 dgn trolley, yang nih mmg part tension sbb kami terpaksa kuruskan perut atau buatlah ape saje yg patut asalkan die dpt lalu.Grrr
 Ini merupakan keadaan apabila ade penumpang yang baru masuk. Semakin dekat dgn Beijing, semakin ramai penumpang naik. Jadi keadaan akan bertambah sesak yang sgt sgt sgt sesak. Ouh lupe nk bgtau, dalam ramai2 duk sesak nih , yang aku x tahan ialah bau diorg.hahhahaha yer laaa standard org x mandi, aa perfume pun x pakai, bau mmg kengggg glerrr!! hahahah part nih mmg pening serius! Keadaan org yang semakin ramai ini tidak membenarkan aku duduk lagi diatas bangku,time nih mmg kene berdiri jer!
 Setelah beberapa jam, keadaa reda semula untuk seketika, time nih baru lah bleh duduk semula. Gambar ini merupakan sudut pandangan aku sewaktu duduk. Part nih yang x tahan sekali, sbb aku letih sgt, aku tertido. Sedar-sedar ntah 1 jam lps tuh, itu pun sbb kene gelak dgn mmber aku. Diorg kata aku lentok atas bahu makcik sebelah aku,kambing btul..hhahahha dahagakan kasih syg ibu agaknya...perjalanan masih lagi panjang.


Hahhahah time nih aku dah bleh duduk atas seat. X silap aku time nih pkul 1 dan seperti dalam perjanjian, kene bangun smula lps 2 jam, maksudnya pkul 3 aku dah kene bangun. Namun aku dengan yakinnya telah melanggar perjanjian itu. hahahah x sedar dikejutkan, aku bangun pkul 4,1 jam lewat. Aku hanya mampu tersengih kambing waktu tuh, dan posisi tidor mcm nih merupakan satu nikmat Allah bagi dalam perjalanan yang sebegini. Serius!!!


Ini kawan aku, namanya Radi. Gambar nih bukannye die tgh tido, tapi sedang menunaikan tanggungjawab seorg muslim iaitu solat subuh. Dalam keadaan yang sempit, dan xde air solat tetap kene jalankan. Disinilah ilmu fikh perlu dipraktikkan. Namun disini aku bukanlah nak berbincang mengenai persoalan fikh, sbb nnt akan jadi rumit dgn pelbagai pandangan dan point penting aku disini ialah solat tetap solat. Teringat kata-kata Dr.Asri mantan Mufti Perlis dalam bukunya Minda Tajdid iaitu org kita"lemah akidah,sempit fikah" dan kita kene tukarkan kepada "kuat akidah,luas fikah".Terperuk di Malaysia sgt sukar mempraktikan hukum fikah yang pelbagai myebabkan kita jadi kaku bila menghadapi kesukaran terutamanya dari segi solat,makanan,musafir dan sebagainya ketika di luar negara.Semoga kita diberi peluang untuk beribadah dengan akidah yang kuat dan fikah yang luas.

Perjalanan 3 jam diteruskan lagi. Semakin bertambah cabarannya. Tepat jam 6.40 pagi kami smpai di stesen keretapi Barat Beijing. Alhamduilllah, dan sempat aku ke kelas pada pkul 8pagi tepat pada masanya.

Inilah pengalaman 13 jam atas keretapi yang penuh dugaan namun penuh dgn hikmah dan pengajaran hidup yang sangat berharga buat aku. Dari sini dapat aku melihat kehidupan orang cina yang terpaksa mereka lalui dan aku merasakan aku sentiasa berada dalam zon yang sgt selesa. Sepanjang atas keretapi, aku merasakan diri ini seolah-olah sgt sgt terhina dgn duduk pun di laluan, atas bangku, kdg2 kalo ade seat yg orgnya ke tandas, cepat2 kami duduk ats seat die, dan kalo die dtg, kami pun terpaksa bangun.Nak capai beg makanan pun x lepas walaupun dlm beg tuh byk makanan dan mmg kami kelaparan sepanjang perjalanan. Time tuh mmg sgt-sgt terasa la akan kesusahan dan keperitannya, seolah-olah kami nih cam loser giler. Dengan pengalaman yang aku tempuhi ini telah pun memberi ibrah yg sgt mendalam bagi diri ini.

Walaupun ini pengalaman yang perit, namun aku tetap bersyukur kepada Allah SWT atas kesihatan dan kekuatan sepanjang perjalanan. Yang paling penting, ini pengajaran yang palinng besssttt sekali daripada Allah SWT untuk menyedarkan kita yang kita ini hanyalah insan hina-dina di atas dunia ini supaya kita sedar yang kain kapan yang akan membaluti badan nnt tiada poket untuk diisi dengan dunia.

Wasalam.
22 Mei 2013,Rabu.
Beijing  

2 comments:

Yiming said...

Respect your endurance and perseverance!!!

hujanlebat said...

hehehehe. hebak sangat. kitorang aritu dari beijing-xian naik bullet train sbb tix train bese dah habes.

then merasai naik train biasa tu pun upperberth xian-chengdu. hazabb 17 jam bergelumang dengan manusia2 cakap kuat. kalo dapat tiket berdiri macam korang mmg mitak nyawaa siap2 la