Wednesday, March 20, 2013

Musim bunga & Salju


Post kali ini ditulis semasa aku masih lagi memerah idea untuk menyiapkan kajian thesis untuk melengkapkan kurikulum sebagai pelajar tahun akhir. Aku cuba sedaya upaya untuk meningkatkan lagi frekuensi penulisan di blog ini. Alhamdulillah, hari ini kudrat untuk menulis datang lagi.Tambahan pula ada benda menarik yang hendak dikongsi.

Sekarang sudah masuk pertengahan bulan 3, cuaca semakin baik dan rasa sejuk 'winter' perlahan-lahan meninggalkan bumi Beijing. Baju yang dipakai pun tidak se'jenuh' memakai pakaian 'winter', hanya sehelai 'sweater' sudah cukup memadai memanaskan badan.

Kali ini betul-betul membuka pandangan manusia, kuasa Allah melebihi segalanya.Di tengah-tengah manusia ingin menyambut kedatangan musim bunga, salju memutih yang turun membasahi bumi. Rata-rata manusia yang aku jumpa semua mengatakan "太突然了"(turun secara mengejut) dan ada juga yang mengatakan "机会难得"(peluang yg sgt berharga) . Akulah antara orang yang menyetujui kata-kata yang kedua.Peluang ini sangat berharga.Apatah lagi di saat-saat aku merasakan tidak ada harapan lagi untuk menyentuh salju,Dia menurunkan salji yang sangat-sangat cantik, disertai pula dengan cuaca yang cerah hari ini.

Semangat untuk mengambil gambar hari ini telah membawa aku ke Summer Palace (颐和园). 8 pagi aku bertolak dari universiti aku menghala ke Summer Palace dengan menaiki bas 374. Sepanjang perjalanan, aku disajikan dengan pemandangan bandar yang diselaputi salji. Kenderaan-kenderaan utama di Beijing terutama sekali basikal semuanya diselaputi salji. Sangat cantik dan aku hanya memerhatikan dari atas bas sambil menyuap sarapan pagi.

Melangkah masuk pintu gerbang, wahhhh subhanallah mata aku menyaksikan pemandangan yang sgt-sgt cantik.



 Stesen bas depan kampus
 ......
 Aku menganggap hari ini sebagai hari yang sangat istimewa. Sangat susah untuk mendapatkan suasana salji dan hari yang terang macam hari ini. Alhamudillah










Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, bersyukur aku sebab masih lagi diberi peluang yang sangat berharga untuk menghayati kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Dengan keadaan yang tenang sebegini membuatkan aku  terasa dekat dengan Allah SWT selain ibadah solat dan sebagainya.Ini juga membuatkan aku rasa kerdil dan sangat-sangat naif untuk membayangkan bagaimana syurga yang sentiasa mengalir sungai-sungai dari susu, sambil ditemani bidadari-bidadari yang gebu cantik,oh memang tidak tercapai akalku.
Subhanallah memang cantik, dan aku percaya pemandangan ini lebih cantik jika dihayati sendiri dengan mata kasar.Betul,x tipu!

Sebelum aku mengakhiri post aku kali ini mari kita menghayati ayat suci alquran ini;

"Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah malam,siang,matahari, dan bulan. Janganlah sujud kepada matahari dan janganlah sujud kepada bulan,tetapi sujudlah kepada Allah yang menciptakannya,jika betullah kamu hanya menyembah kepadaNya"  Fussilat:37

Memang cantik semua ciptaan Allah, tetapi ini amaran dari Allah supaya jangan sesekali menyembah benda yang dicipta kerana yang selayak-layak disembah ialah sang Pencipta(Allah SWT) dan  bukan yang dicipta.

wallahualam

***bergegas ke kelas pukul 10pagi...hahahha
***ada lagikah peluang untuk merasai nikmat salji lps nih?

No comments: