Thursday, March 15, 2012

Debat, 7x4, Hidayah.

Hari ini kelas Ting he shuo (listening & speaking) kami membincangkan mengenai tajuk : “Tindakan memukul anak ,wajar atau tidak wajar?” yang dilakukan dalam bentuk debat. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Seperti biasa tujuan aktiviti ini dilakukan tidak lain tidak bukan adalah untuk melatih para pelajar supaya berani berdiri dan mengutarakan hujah masing dan yang paling penting adalah menggunakan penggunaan Bahasa Mandarin dengan betul. Guru yang mengajar kelas kami merupakan seorang guru lelaki yang sangat aktif dan digemari ramai dengan sikapnya yang ramah dan mesra.

Aku berada dibahagian pihak yang mengatakan wajar memukul anak dalam proses pengajaran. Jadi,wakil daripada pihak aku bermula dengan memberikan hujah-hujah yang menyokong. Setelah wakil kami menghabiskan hujahnya, maka bangunlah pula wakil dari pihak lawan. Beliau juga mengutarakan hujah-hujah yang bernas. Selepas itu perdebatan semakin hangat dengan setiap orang memberikan fakta-fakta yang kukuh. Namun, aku perhatikan perdebatan ini seperti tiada penghujungnya malah aku menyaksikan sedikit-sebanyak emosional telah menguasai atmosfera. Aku tersenyum melihat gelagat masing-masing. Tidak kurang juga perang psikologi yang dilakukan oleh beberapa sahabat aku.”Bile lerrr nak habis”itu yang aku fikir.Disebalik ‘perang mulut’ itu, sempat sahabat aku mencelah dengan memetik cara bagaimana Saidina Ali b.Abu Talib @ Imam Ghazali (aku x pasti) mendidik anak.


Iaitu formula 7x4

7 tahun pertama ( umur 1-6 )
Manjakan anak kerana pada waktu inilah belaian dan kasih sayang ibu bapa sangat didahagakan dan ditagih oleh setiap kanak-kanak. Selain itu pada umur semuda itu, meraka adalah golongan yang tidak mampu memikir secara matang.

7 tahun kedua ( umur 7-14)
Pada waktu ini kanak-kanak sudah bersedia untuk dibentuk. Oleh yang demikian pada umur sebegini anak-anak boleh dididik dengan contoh tauladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Namun jika meraka enggan, ibubapa boleh menggunakan pukulan tetapi dengan syarat-syarat yang terdapat di dalam hadith yang berbunyi ;

Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)
(H.R Abu Daud)

Nabi menyuruh kita mengajar anak supaya solat pada umur 7 tahun dan jarak antara 7 dan 10 itu terdapat tempoh 3 tahun. Sepanjang tempoh ini haram jika ibubapa memukul anaknya. 3 tahun merupakan satu tempoh yang cukup panjang untuk ibu bapa menasihati anak-anak untuk solat kerana 1 hari 5 kali solat, bayangkan 3 tahun ibubapa menasihati anak-anak untuk solat. Namun jika sampai umur 10 tahun, maka sangat wajarlah untuk anak-anak dipukul bertepatan dengan hadis yang diatas (walaupun dipukul,namun masih ada garis panduan yang betul untuk memukul)

5 Syarat Dalam Islam Untuk Pukul Anak
  1. Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
  2. Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah, sebab dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
  3. Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti wajah, kepala dan dada.
  4. Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi sebagai pengajaran.
  5. Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun.

7 tahun ketiga (umur 15-21)
Pada waktu ini, anak-anak telah pun meningkat menjadi remaja. Kebiasaanya pada waktu ini anak-anak merupakan orang yang senang memberontak, maka hukuman rotan atau pukul tidak berkesan lagi. Jika ia dilakukan juga, maka ini hanya akan menimbulkan ketakutan anak terhadap ibubapa atau lagi teruk lagi mereka akan hilang rasa hormat . Di usia yang sangat berharga ini, maka ibubapa perlu menjadi sahabat baik untuk anak-anak. Ini disokong lagi dengan waktu sebegini anak-anak sedang tercari-cari identiti diri. Maka dengan mendampingi anak-anak pada usia ini, insyAllah ibubapa boleh menjadi ‘role model’ yang terbaik buat mereka. Jadi kepada ibubapa sangatlah penting anda meluangkan masa dengan anak-anak dan yang penting berakhlaklah sepertimana yang ditunjukkan Nabi Muhammad S.A.W .


7 tahun keempat (umur 22-28)
Pada peringkat ini, anak-anak sudahpun menjadi orang yang dewasa,akil baligh, mampu berfikir dengan matang dan boleh membuat keputusan dengan sendiri. Walaupun sudah besar panjang,namun peranan ibubapa sebagai ‘orang tua’ pada waktu ini ialah memerhatikan anak-anak setiap masa walaupun dari jauh. Disini merupakan peringkat anak-anak untuk melangkah ke alam yang baru (perkahwinan) dan dari sinilah kitaran anak-ibubapa berpusing semula.
Setelah sahabatku membentangkan hujah ini, cikgu aku terduduk dan berfikir sejenak. Dari raut wajah cikgu terbit suatu yang seakan-akan mencelik matanya. Cikgu angguk dan betul-betul setuju dengan cara Islam ini dan pada pendapat beliau cara ini menepati proses pembesaran dan pengajaran anak-anak. Perdebatan terus terhenti disitu.Waktu itu juga cikgu mengaku bahawa setelah mengajar pelajar-pelajar Malaysia, beliau banyak mengkaji Al-Quran demi memahami cara hidup pelajar Malaysia. Dari situ juga banyak ikatan simpul dapat dileraikan. Aku betul-betul mengharapkan semoga cikgu menerima hidayah dari Allah S.W.T,amin.

我感恩真主阿拉踢我这么好心,耐心的父母。我不知道他们的苦心,但给他们俩平安顺利的生活
。让我们一家人都当好的穆民. InsyAllah.


*Islam merupakan jalan penyelesaian segala permasalahan 

No comments: