Sunday, May 8, 2011

Summer : Antara ujian dan kekuatan

Assalamualaikum,

setelah aku perhatikan blog aku nih, baru aku perasan, dah lame dah aku x mngarang..sem nih baru 2 entry yg aku post walhal byk lagi aktiviti@bnda2 menarik yg boleh aku tulis.
Jadi , insyAllah skg nih setelah diberi suntikan oleh mentor aku, Prof Awang Sariyan maka jari-jemari ini lincahlah menekan keyboard. (setelah dipaksa hahah)

Seperti setiap tahun, Beijing akan mengalami 4 musim iaitu bunga,panas,luruh,sejuk. Perubahan musim ini akan mempengaruhi kadar panjang-pendek waktu siang. Sebagai contoh, waktu winter siangnya pendek je, dlm kul 5 ptg lebih dah masuk maghrib dan subuh masih boleh maintain kul 7.30 pagi masih lagi syuruk..best kan?kalo bgn lewat pun masih lagi boleh smyg subuh (bagi aku kul 7pg tuh dah lewat dah sbb kelas kul 8pg..x tau aa korg cmne)

Berbeza pula dgn waktu musim panas. Disinilah keimanan setiap mukmin teruji. Waktu siangnya sgt panjang. Walaupun setakat nih,waktu magrib masih lagi awal iaitu pukul 7.15ptg namun subuhnya semakin hari semakin awal. Untuk pengetahuan umum, subuh masuk pukul 3.20am (9 Mei 2011) . Kalau pukul 5.30pagi tuh mcm dah kul 8 pagi kat msia dah. Tapi walaupun subuh semakin hari semakin awal, itu bukannya 1 alasan utk kita meninggalkan solat subuh. Allah tidak menjadikan sesuatu itu beban untuk kita, malah disebalik awalnya waktu subuh ini ada sesuatu yang Allah ingin menguji kita antaranya kekuatan mental. Sejauh manakah kita menyerah diri kepada Allah?? Ingin menawan Palestin impian kita,membina rumahtangga bahagia pun mnjadi topik utama, tetapi melawan nafsu untuk bangun subuh tidak lagi mampu..simpan kemas dan rapi sajalah impian itu. Selain itu, diwaktu inilah pengurusan masa kita teruji. Jika hendak bangun subuh, tidurlah awal. Sesungguhnya malam itu dicipta utk kita berehat,bukan untuk berjaga. Sebelum tidur, elakkan aktiviti berat terutama sekali makan makanan yang berat kerana otak perlukan rehat yang secukupnya sewaktu tidur. Di dalam situasi ini juga, disiplin kita juga teruji, sejauh manakah kita mampu mengurus diri dgn baik.



"Dan Dia jadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin ambil pelajaran atau yang ingin bersyukur" al-furqan-62

Sebagai kesimpulannya, tidak kiralah anda sedang mengalami musim apa pun, solat tetap wajib didirikan. Disebalik ujian ini, Allah ingin menguji hamba-hambanya agar menjadi pemuda yang kuat dari segi fizikal dan juga mental.Itulah yang dinamakan "antara ujian dan kekuatan". Jadikan ini peluang untuk melatih diri kita untuk qiam terutama sekali di bulan Ramadhan yang akan kita tempuhi nanti untuk menguatkan jiwa kita.

Allah itu maha penyayang terutama sekali pada hambanya, cuma kita sahaja yang leka lupa kpd Allah.
" Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilang semuanya yang biasa kamu seru,kecuali Dia (Allah). Tetapi apabila Dia menyelamatkan kamu ke daratan,kamu berpaling dari-Nya. Dan manusia mmg selalu ingkar" (Al-isra`-67)

Jazakallahhukhairan.

No comments: