Sunday, May 20, 2012

Taman Etnik di China

Jumaat,19 Mei 2012 Hari nih kami berkesempatan melawat Taman Etnik di China yang terletak tidak jauh dari uni kami. Tempatnya bersebelahan dengan Stadium Bird Nest yg skg nih mmg btul2 jadi sarang burung berak sbb xde byk pun occasion kat sane. Untuk pengetahuan umum, di China terdapat 56 kaum!!!! perghhh setiap kaum mempunyai keunikan dan bahasa yang tersendiri. Kaum utama di China merupakan kaum Han yang berjumlah 1.16 billion diikuti dgn kaum2 lain yang jumlahnyer berpuluh-puluh juta..so, korg sume dpt gmbarkan bertapa ramainya rakyat kat China nih...haihhh...sbb tuh laa kalau public holiday aje, aku lebih rela duk kat bilik sbb kat luar tuh mmg cam perghhh ramai gler org. Kaum Islam utama di China merupakan kaum Hui, Urgyur, Salar, DongXiang, dan mcm2 lagi..kebanyakan kaum ini tinggal di bhgian barat China yg berdekatan dgn Pakistan, Turkministan , dan yg ade 'tan' kt blakang tuh..Ok,jadi nk dijadikan citer, sepanjang 4 tahun aku kat Beijing nih, nih 1st time aku tau psl kewujudan taman ini..naif kan?hampeh btul...dgn peluang inilah aku cepat2 setuju utk ikut bersama. Kewujudan taman ini mendekatkan lagi rakyat dan pengunjung terutama sekali kepada etnik dan budaya di China yang sgt sgt luas negaranya.


Di pintu hadapan terbentang wajah-wajah 56 etnik di China

Itu diaaa sawah padi hiasan, rase jakun laa plak kat tgh2 bndar nmpak padi

Ini pagoda Kaum Jing. Pemandangan yang cantik dgn tasik luas terbentang 


Aku x tau nih seni bina kaum ape, tapi yang pasti sgt cantik.

Disetiap bucu bumbung ada ukiran angsa yang selalunya berukiran naga

Quack quack!!
Rumah nih style, cam rumah red indian


Time tgh syok-syok duk jalan, kami teserempak dgn seni bina yang seakan2 menara masjid. Bila tgk2 smula ouhh nih kaum Salar, salah satu etnik minoriti yang menganuti agama Islam.

Ini hiasan di dalam bangunan itu



Mereka berdua mmg kaum Salar. Kaum Salar berasal dari barat daya China yang berdekatan dgn Turkmenistan. Mereka berdua ditugaskan utk menjadi volunteer bagi menerangkan ttg kaum mereka. Bila bersembang dgnnya, mereka kata bahawa kdg2 mereka tidak dianggap seperti org China kerana berpakaian tutup litup seperti ini, malah org China salah anggap bahawa mereka merupakan org luar.

Kami meneruskan ronda-ronda dan gmbar kat atas nih ialah di Tibet!! hahahah


Kat depan menara masjid hiasan yang melambangkan kaum Xinjiang. Sygnya kat sini x terurus, tiada sorg pun volunteer kat sini,tempat kaum ini di hujung taman,jauh nak berjalan malah pintu2 smua tertutup rapat. Biase laa tmpat besar, x semestinya semuanya dpt diuruskan,cuma tmpat2 yg kat dpan aje yang terurus dgn baik.

China nih Allah telah kurniakan 1 benda yang best iaitu rakyat yang ramai, dan berbilang-bilang kaum. Malah mereka juga merupakan rakyat yang bekerja keras utk meneruskan kehidupan. Namun disebalik kaum yang pelbagai itu, Allah telah memuliakan mereka yang bertaqwa bukannya dari mana asal bangsa kita.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ 


عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


 Hai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal .Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (QS. Al-Hujarat:13)

Monday, May 14, 2012

Lawatan Tun Abdullah ke BFSU

Yaaa, kali nih ade benda nak dicerita,

14 Mei 2012, Isnin

Hari ini uni kami dikunjungi oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Tun Abdullah B. Hj Badawi bersama isterinya pada pukul 2.30ptg. Tujuan kedatangan beliau kali ini ialah untuk merapatkan lagi hubungan diplomatik antara kedua buah negara memandangkan beliau pernah mengunjungi uni ini 8 tahun yang lalu. Ketibaan beliau disambut oleh paluan kompang oleh pelajar Malaysia yang beberapa hari nih berlatih dgn bersungguh2 untuk majlis nih. Majlis seperti ini sememangnya menjadi satu penantian buat aku kerana merupakan peluang untuk aku mengambil gambar pemimpin-pemimpin ternama dgn dekat, dan pergi ke tempat yang mana org lain tidak dibenarkan masuk, tetapi  dengan lesen 'kamera' aku ini dptlah aku mencelah. Hehheh kadang-kadang berbaloi juga bawak kamera berat2. Agak letih, tapi puas hati setelah dapat merakamkan saat-saat manis setiap orang, apatah lagi ketika masing-masing senyum riang melihat kamera.


Ketibaan Tun Abdulllah disambut oleh Duta Malaysia di China dan Presiden Beijing Foreign Studies University (BFSU)

Tun Abdullah menandatangani buku tetamu

Aku sempat mencelah masuk ke bilik ini untuk perbincangan kedua orang pemimpin ini. Pihak BFSU telah bersetuju melantik Tun Abdullah sebagai Penasihat Akademi Pengajian Bahasa Melayu di BFSU.

Gambar kenang-kenangan. Dari kiri Duta Malaysia, Tun Jean Abdullah, Tun Abdullah, Presiden BFSU,
Prof Wu (Pengarah Akademi Pengajian Melayu di BFSU) dan Naib Presiden BFSU.

Kunjungan Tun Abdullah diadakan di Fakulti Bahasa Arab. Dewan yang mewah, selesa dan luas. Memang patutlah, barulah nampak gah skit pak-pak arab nih. 



Sempat bergambar dengan Cikgu Indah yang merupakan cikgu subjek Penterjemahan Bahasa Cina-Melayu.
Hari ini beliau menjadi penterjemah dan aku amat mengkagumi beliau semasa beliau membuat penterjemahan semasa perbincangan Tun dan Presiden BFSU.


Para tetamu dihidangkan dengan persembahan pelajar Malaysia dan China. (gmbar nnt upload kat fesbuk)        

Tun Abdullah bersama pelajar-pelajar Malaysia yang sentiasa riang ria. Yang paling best Tun mmg sempoi untuk mengambil gmbar gaya mcm nih. Part camni lah sgt dinantikan aku..hehehe Thumbs up lah Tun!!!

Tun Jean pun tidak kurang juga cool. Apa yang aku perhatikan, beliau sentiasa aje senyum sepanjang majlis. Thumbs up!

Peluang datang sekali, gmbar ini sempat di snap sebelum Tun diserbu oleh pelajar-pelajar Malaysia.

Bergambar kenang-kenangan diluar Fakulti Bahasa Arab.

p/s: Reserved by????

-Lagi gmbar di Fesbuk-

Monday, May 7, 2012

Trip Uni - Pingyao,Shanxi.

Alhamdulillah dgn hensem dan bergayanya U aku dpt buat trip ke Provinsi Shanxi yang terletak 4 jam perjalanan dari Beijing (naik keretapi laju). Kami ke daerah Pingyao yang merupakan bandar 1000 tahun yang lalu!!!! fiwwwiiiitttt hensem kan?? lame tuh sejarah bandar nih..jadi yg menariknya walaupun China telah menempuh arus pembangunan yg rancak, namun dapat jugak diorg nih kekalkan budaya dan warisan diorg nih, terutama bndar 1000 tahun nih..perghhh..hotel aku pun mmg klasik, tp siap ade tv flat skrin lagi..heheh..



Ini merupakan benteng pertahanan yang mengelilingi kota ini utk melindungi orang-orang awam.

Rumah tradisional orang cina dgn seni bina lama.

Tembok nih mmg tinggi
Pintu rumah klasik
Dikatakan kalau lompat melalui pintu ini dapat 1000 tahun kebahagiaan...jeng jeng jeng

Haa utk pengetahuan umum, kat kota ini terletaknya bank pertama di China ini, dan gambar di atas merupakan bilik akauntan pada zaman dulu..rare kan?? simple dan zuhud glerr...
nih time nite photography.

jalan nih x pernah sunyi, ade je orang lalu lalang dan basikal-basikal yang asyik bunyi loceng.Rimas gak kdg2








Gambar kenangan bersama Cikgu Xu Xiao Feng,beliau akan mengajar di Korea selama 2 tahun mulai semester depan..huhuhuhu

Sakura orayaaa!

Bile aku tgk smula, rupenye2 post aku yg last skali ialah 5 minggu yg lepas..perghhh lame lerr jugak bertangguh nk mengarang nih..ish ish ish alhamdulillah aku perasan yg aku nih dh lama x mengarang..ade jer bnda nk dicerita tp mungkin dek kekangan masa dan tugas...atau ia hanyalah alasan semata-mata..heheh

post kali nih aku nk cerita luahan hati aku..akhirnya dpt gak aku amik gmbar bunga sakura nih..heheh aku pun x tau, dari kecik lagi aku dgr bunga sakura, bunga sakura, dtg Beijing diorg panggil nih 'yinghua' (樱花). Setelah 3 tahun memburu akhirnya kene jugak waktu weekend yg free utk tangkap gmbar bunga nih, tp itu pun skettt lagi dah nak layu..insyAllah ade 1 kali lagi peluang,itu pun kalau diberi peluang hidup lagi, wallahualam.


nih lah bunganye, gambar nih diambil di Taman Yuyantai, kat sini mmg byk gler bunga sakura, dan org yg dtg kunjung pun ramai giler.




gambar ini xde kene mengena dgn bunga, tp pasangan warga emas ini menarik perhatian aku utk tekan shutter, klik!

Friday, March 30, 2012

Krisis Identiti + GMJ

Alhamdulillah, hari nih aku diberi kesempatan mendapat tempat di dalam dewan utama solat.
Jarang sekali aku dapat kesempatan ini kerana jemaah lain tiba lebih awal dari aku. Sebelum khutbah dimulakan, imam akan memberi tazkirah ringkas. Imam memulakan tazkirahnya dengan petikan ayat suci al-quran;

ا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلالاً طَيِّباً وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
"Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaithan; karena sesungguhnya syaithan adalah musuh yang nyata bagimu." (QS. Al Baqarah:168)

Imam menegaskan bahawa dewasa ini, dalam manusia mengejar kehidupan , kita sentiasa meletakkan agama di belakang. Seringkali kita meletakkan matlamat dunia itu sebagai yang utama dan terlepas pandang mengenai ajaran suci Islam. Sambil itu, imam turut menegaskan apabila kita mengejar dunia, seolah-seolah kita semakin kebelakang,bukannya kehadapan. Sememangnya realiti umat islam di muka bumi ini sedang menghadapi masalah ini. Apa yang kita kejarkan di dunia ini tidaklah berkekalan kerana ia sementara, namun akhirat jualah tempat tinggal selamanya. Banyak kali beliau mengulangi perkataan "后世” yang bermaksud dunia selepas ini (akhirat).

Turut menyentuh situasi Muslim di China, beliau turut menyatakan kesedihan beliau apabila ramai lagi umat Islam di China terutamanya masih buta tentang Islam. Disini aku nak menceritakan 2 kisah yang beliau ceritakan pada hari Jumaat semalam.

Kes 1
Imam : Kamu makan daging apa?
Pemuda : Lembu.
Imam: Bagus, tapi adakah ianya disembelih seperti yang disyariatkan (halal) ?
Pemuda : Ntah, saya pakai beli jer.

Pemuda itu merupakan muslim.

Kes 2
Imam pernah berbual dengan seorang pemuda yang mengaku dirinya muslim. Namun apabila ditanya aspek pemakanan , pemuda itu menjawab bahawa dia tidak akan makan makanan yang tidak halal kerana BANGSA saya memang tidak makan makanan tidak halal.

*Pemuda itu merupakan pemuda dari bangsa Hui iaitu antara bangsa yang majoritinya Islam, namun disebabkan kekeliruan, dia tidak dapat membezakan suruhan agama ataupun bangsa(budaya).

Jualan kekacang yang sedap setelah solat Jumaat.

Sangat pahit untuk ditelan,namun itulah realiti umat kita sekarang. Sebelum mengakhiri tazkirah, imam menyeru umat Islam supaya bukan sahaja maju dalam kehidupan dunia, tapi turut maju dalam bidang agama.
..........................................................................................................................................................................

Sebagai tanda sokongan kami kepada kempen "Global March to Jurusalem" kami memakai baju Palestin untuk solat Jumaat. Semoga usaha kami yang tidak seberapa ini boleh menyedarkan jemaah tentang keperluan menyokong Palestin.


Bersama rakyat Palestin yang belajar di TsingHua University. Beliau berasa sangat-sangat terharu apabila melihat kami menyokong kebebasan untuk Palestin. Beliau kini merupakan 'refugee' di Jordan.

Thursday, March 15, 2012

Debat, 7x4, Hidayah.

Hari ini kelas Ting he shuo (listening & speaking) kami membincangkan mengenai tajuk : “Tindakan memukul anak ,wajar atau tidak wajar?” yang dilakukan dalam bentuk debat. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Seperti biasa tujuan aktiviti ini dilakukan tidak lain tidak bukan adalah untuk melatih para pelajar supaya berani berdiri dan mengutarakan hujah masing dan yang paling penting adalah menggunakan penggunaan Bahasa Mandarin dengan betul. Guru yang mengajar kelas kami merupakan seorang guru lelaki yang sangat aktif dan digemari ramai dengan sikapnya yang ramah dan mesra.

Aku berada dibahagian pihak yang mengatakan wajar memukul anak dalam proses pengajaran. Jadi,wakil daripada pihak aku bermula dengan memberikan hujah-hujah yang menyokong. Setelah wakil kami menghabiskan hujahnya, maka bangunlah pula wakil dari pihak lawan. Beliau juga mengutarakan hujah-hujah yang bernas. Selepas itu perdebatan semakin hangat dengan setiap orang memberikan fakta-fakta yang kukuh. Namun, aku perhatikan perdebatan ini seperti tiada penghujungnya malah aku menyaksikan sedikit-sebanyak emosional telah menguasai atmosfera. Aku tersenyum melihat gelagat masing-masing. Tidak kurang juga perang psikologi yang dilakukan oleh beberapa sahabat aku.”Bile lerrr nak habis”itu yang aku fikir.Disebalik ‘perang mulut’ itu, sempat sahabat aku mencelah dengan memetik cara bagaimana Saidina Ali b.Abu Talib @ Imam Ghazali (aku x pasti) mendidik anak.


Iaitu formula 7x4

7 tahun pertama ( umur 1-6 )
Manjakan anak kerana pada waktu inilah belaian dan kasih sayang ibu bapa sangat didahagakan dan ditagih oleh setiap kanak-kanak. Selain itu pada umur semuda itu, meraka adalah golongan yang tidak mampu memikir secara matang.

7 tahun kedua ( umur 7-14)
Pada waktu ini kanak-kanak sudah bersedia untuk dibentuk. Oleh yang demikian pada umur sebegini anak-anak boleh dididik dengan contoh tauladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Namun jika meraka enggan, ibubapa boleh menggunakan pukulan tetapi dengan syarat-syarat yang terdapat di dalam hadith yang berbunyi ;

Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)
(H.R Abu Daud)

Nabi menyuruh kita mengajar anak supaya solat pada umur 7 tahun dan jarak antara 7 dan 10 itu terdapat tempoh 3 tahun. Sepanjang tempoh ini haram jika ibubapa memukul anaknya. 3 tahun merupakan satu tempoh yang cukup panjang untuk ibu bapa menasihati anak-anak untuk solat kerana 1 hari 5 kali solat, bayangkan 3 tahun ibubapa menasihati anak-anak untuk solat. Namun jika sampai umur 10 tahun, maka sangat wajarlah untuk anak-anak dipukul bertepatan dengan hadis yang diatas (walaupun dipukul,namun masih ada garis panduan yang betul untuk memukul)

5 Syarat Dalam Islam Untuk Pukul Anak
  1. Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
  2. Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah, sebab dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
  3. Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti wajah, kepala dan dada.
  4. Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi sebagai pengajaran.
  5. Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun.

7 tahun ketiga (umur 15-21)
Pada waktu ini, anak-anak telah pun meningkat menjadi remaja. Kebiasaanya pada waktu ini anak-anak merupakan orang yang senang memberontak, maka hukuman rotan atau pukul tidak berkesan lagi. Jika ia dilakukan juga, maka ini hanya akan menimbulkan ketakutan anak terhadap ibubapa atau lagi teruk lagi mereka akan hilang rasa hormat . Di usia yang sangat berharga ini, maka ibubapa perlu menjadi sahabat baik untuk anak-anak. Ini disokong lagi dengan waktu sebegini anak-anak sedang tercari-cari identiti diri. Maka dengan mendampingi anak-anak pada usia ini, insyAllah ibubapa boleh menjadi ‘role model’ yang terbaik buat mereka. Jadi kepada ibubapa sangatlah penting anda meluangkan masa dengan anak-anak dan yang penting berakhlaklah sepertimana yang ditunjukkan Nabi Muhammad S.A.W .


7 tahun keempat (umur 22-28)
Pada peringkat ini, anak-anak sudahpun menjadi orang yang dewasa,akil baligh, mampu berfikir dengan matang dan boleh membuat keputusan dengan sendiri. Walaupun sudah besar panjang,namun peranan ibubapa sebagai ‘orang tua’ pada waktu ini ialah memerhatikan anak-anak setiap masa walaupun dari jauh. Disini merupakan peringkat anak-anak untuk melangkah ke alam yang baru (perkahwinan) dan dari sinilah kitaran anak-ibubapa berpusing semula.
Setelah sahabatku membentangkan hujah ini, cikgu aku terduduk dan berfikir sejenak. Dari raut wajah cikgu terbit suatu yang seakan-akan mencelik matanya. Cikgu angguk dan betul-betul setuju dengan cara Islam ini dan pada pendapat beliau cara ini menepati proses pembesaran dan pengajaran anak-anak. Perdebatan terus terhenti disitu.Waktu itu juga cikgu mengaku bahawa setelah mengajar pelajar-pelajar Malaysia, beliau banyak mengkaji Al-Quran demi memahami cara hidup pelajar Malaysia. Dari situ juga banyak ikatan simpul dapat dileraikan. Aku betul-betul mengharapkan semoga cikgu menerima hidayah dari Allah S.W.T,amin.

我感恩真主阿拉踢我这么好心,耐心的父母。我不知道他们的苦心,但给他们俩平安顺利的生活
。让我们一家人都当好的穆民. InsyAllah.


*Islam merupakan jalan penyelesaian segala permasalahan 

Thursday, March 1, 2012

Lain Bangsa, Akidah Sama

Bas 374 yg aku naiki bersama sahabat, Sheikh dan Hazmi meluncur laju menuju ke arah utara,kira-kira 4 km dari U kami. Kami menuju ke Masjid Haidian, iaitu masjid yang terdekat dengan U kami untuk menunaikan solat Jumaat. Hari ini cuaca agak sejuk dgn salji yg halus menerpa pipi walaupun hampir di penghujung musim sejuk. Di Beijing, memang boleh dijangka sejuknya jika hari mendung.Turun dari bas, aku cepat melangkah masuk ke kawasan masjid untuk mendapat tempat di bahagian ruang solat utama, namun mungkin hari ini aku terlewat sedikit menyebabkan aku tidak dapat peluang itu. Aku cuba melihat di dalamnya, kot2 ada ruang, tapi memang peluang itu dinafikan. "Xpelah, duk kat luar jer" bisik sendiri.

Maka, duduklah aku bersama jemaah lain di luar. Satu kawasan yang agak luas, karpet awal-awal lagi dibentang untuk keselesaan jemaah. Aku terus menunaikan solat sunat tahyatul masjid sebelum melabuhkan punggung. Seperti biasa, memang sifat aku suka memandang sekeliling. Aku melihat ramainya jemaah berpusu-pusu masuk. Aku tersenyum keseorangan. Jemaah yang datang semuanya berlainan jenis bangsa. Aku melihat muka mereka ada yang kening tebal, misai tebal,mata luas, sepet apatah lagi, dan yang pasti kulit pula ada dari yang putih hingga ke gelap. Pelik, tapi itulah kuasa Allah yang menyatukan hambanya dari pelbagai bangsa untuk sentiasa berada dalam dakapanNya. MasyAllah.


Jemaah sedang solat sunat


Aku terus duduk di dalam kesejukan sambil mendengar khutbah Jumaat yang menyeru para jemaah sentiasa melakukan amal kebaikan. Usai berkhutbah, kami bangun untuk menunaikan solat fardhu.

Bilik pegawai masjid

Selesai solat, aku duduk sebentar sambil mengucapkan zikir ke hadratNya sambil melihat manusia lalu lalang untuk pulang ke destinasi masing-masing.
Pintu masuk ke ruang utama solat

Aku terus naik ke pintu utama tersebut,kerana dari atas dapatlah aku mengambil gambar para jemaah.

Para jemaah beratur untuk pulang
Kesempatan diambil untuk menjual aneka jenis kismis.Peniaga ini kebanyakannya dari kaum Muslim Ughyur iaitu kaum utama di Provinsi Xinjiang
Pintu masuk utama
Bas 110, pulang ke Beijing Foreign Studies University (BFSU).

Beginilah suasana solat jumaat di Masjid Haidian ini. Teringat lagi bertapa terujanya aku 4 tahun lepas tatkala menjejakkan kaki kali pertama di masjid ini. Memang seronok bila dapat bersolat bersama-sama bangsa lain, bertapa rasa kagumnya terhadap penciptaan yang Maha Agung yang menjadikan manusia ini berbangsa-bangsa tetapi disatukan dengan 1 akidah yang sama.

"Dan diantara kebesaranNya ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan BAHASAmu dan WARNA KULITmu. Sungguh, yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui" (Ar-rum :22)

Disini dapatlah aku menyimpulkan ;

ada orang berkumpul kerana mereka pernah sekolah bersama , ada orang berkumpul kerana mereka menyertai persatuan@kelab yang melakukan aktiviti yang sama, ada juga orang berkumpul kerana minat@hobi yang sama...

namun bagi aku,
berkumpul dan berpisah kerana menyembah tuhan yang sama (ALLAH) ialah lebih baik yang berganda-ganda, apatah lagi pada setiap pertemuan itu membincangkan dan menambahkan ilmu pengetahuan Islam . Tatkala itu, malaikat-malaikat datang dan pulang membawa nama kita lalu, nama kita disebut oleh Allah azzawajalla di depan para malaikat,masyAllah (terdapat dalam Kitab Hadith Riyadhus Solihin).

Wallahualam.