Maka, duduklah aku bersama jemaah lain di luar. Satu kawasan yang agak luas, karpet awal-awal lagi dibentang untuk keselesaan jemaah. Aku terus menunaikan solat sunat tahyatul masjid sebelum melabuhkan punggung. Seperti biasa, memang sifat aku suka memandang sekeliling. Aku melihat ramainya jemaah berpusu-pusu masuk. Aku tersenyum keseorangan. Jemaah yang datang semuanya berlainan jenis bangsa. Aku melihat muka mereka ada yang kening tebal, misai tebal,mata luas, sepet apatah lagi, dan yang pasti kulit pula ada dari yang putih hingga ke gelap. Pelik, tapi itulah kuasa Allah yang menyatukan hambanya dari pelbagai bangsa untuk sentiasa berada dalam dakapanNya. MasyAllah.
Jemaah sedang solat sunat
Aku terus duduk di dalam kesejukan sambil mendengar khutbah Jumaat yang menyeru para jemaah sentiasa melakukan amal kebaikan. Usai berkhutbah, kami bangun untuk menunaikan solat fardhu.
Bilik pegawai masjid
Selesai solat, aku duduk sebentar sambil mengucapkan zikir ke hadratNya sambil melihat manusia lalu lalang untuk pulang ke destinasi masing-masing.
Pintu masuk ke ruang utama solat
Aku terus naik ke pintu utama tersebut,kerana dari atas dapatlah aku mengambil gambar para jemaah.
Para jemaah beratur untuk pulang
Kesempatan diambil untuk menjual aneka jenis kismis.Peniaga ini kebanyakannya dari kaum Muslim Ughyur iaitu kaum utama di Provinsi Xinjiang
Pintu masuk utama
Bas 110, pulang ke Beijing Foreign Studies University (BFSU).
Beginilah suasana solat jumaat di Masjid Haidian ini. Teringat lagi bertapa terujanya aku 4 tahun lepas tatkala menjejakkan kaki kali pertama di masjid ini. Memang seronok bila dapat bersolat bersama-sama bangsa lain, bertapa rasa kagumnya terhadap penciptaan yang Maha Agung yang menjadikan manusia ini berbangsa-bangsa tetapi disatukan dengan 1 akidah yang sama.
"Dan diantara kebesaranNya ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan BAHASAmu dan WARNA KULITmu. Sungguh, yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui" (Ar-rum :22)
Disini dapatlah aku menyimpulkan ;
ada orang berkumpul kerana mereka pernah sekolah bersama , ada orang berkumpul kerana mereka menyertai persatuan@kelab yang melakukan aktiviti yang sama, ada juga orang berkumpul kerana minat@hobi yang sama...
namun bagi aku,
berkumpul dan berpisah kerana menyembah tuhan yang sama (ALLAH) ialah lebih baik yang berganda-ganda, apatah lagi pada setiap pertemuan itu membincangkan dan menambahkan ilmu pengetahuan Islam . Tatkala itu, malaikat-malaikat datang dan pulang membawa nama kita lalu, nama kita disebut oleh Allah azzawajalla di depan para malaikat,masyAllah (terdapat dalam Kitab Hadith Riyadhus Solihin).
Wallahualam.
2 comments:
assalamu'alaikum dik.
akak terbaca artikel ni dekat dakwat. since awak ada sebut pasal muslim ughyur tu, so akak nak tumpang tanya la sikit pasal dorang.
sebab sblm ni akak ada terbaca artikel yang dorang kena tindas dgn pihak pemerintah (eg. tak boleh puasa di bulan ramadhan).
so adakah benda ni masih jadi lagi skrg kat sana? ke benda tu dah selesai atau terjadi di tempat lain di china? any idea?
harap adik boleh kongsi ya kalau tahu. jazakallahu khairan kathira.
walaikummusalam,
berkaitan dengan tekanan yang dilakukan ke atas umat islam kaum ughyur,kita mungkin mengetahui hal ini baru-baru ini sahaja, namun mereka telah pun ditindas sejak berpuluh-puluh tahun lagi tanpa pembelaan.
Jadi sebagai contohnya, di provinsi Xinjiang, mereka tidak dibenarkan berpuasa dan orang2 muda tidak dibenarkan ke masjid dan byk lagi jenis penindasan.
Perkara ini boleh jadi masih lagi berterusan dan tertumpu di wilayah itu sahaja kerana disitu kaya dengan pelbagai hasil bumi seperti gas,petroleum,arang,emas, jadi tempat itu menjadi perebutan kerana wilayah itu majoritinya org islam.
wallahualam
Post a Comment