Kesempatan ini aku ambil untuk melawat sahabat- sahabat di Xi'an disamping mengadakan sedikit perkongsian mengenai sejarah islam (ISK). Xi`an merupakan bandar lama yang terletak di barat Beijing dan jaraknya lebih kurang 1000km. Perjalanan aku dan 7 org sahabat mengambil masa 13 jam menaiki keretapi dari stesen Beijing Barat. Perjalanan selama 13 jam ini merupakan satu pengalaman yg hebat dan tidak mungkin akan dilupakan dan insyAllah akan aku post satu artikel istimewa mengungkai pengalaman ini.
Kami sampai di stesen keretapi Xi'an pada pukul 6.00 pagi. Cuaca yang mendung dan hujan yang renyai-renyai menyambut kedatangan rombongan kami. Bandar ini pernah aku lawat suatu ketika dahulu bersama rombongan universiti iaitu 4 tahun yang lalu. Dapat aku perhatikan, dalam masa 4 tahun ini bandar ini sudah mempunyai banyak perubahan terutama dengan wujudnya 'subway' bagi mengurangkan kesesakan trafik.
Stesen keretapi Xi`an
Kantin halal di Xi`an Jiaotong University
Bersama sebahagian pelajar lelaki Malaysia
Selepas solat Jumaat, kami dibawa ke pasaraya halal di Xi`an iaitu satu-satunya cawangan Vangard yang halal di China dan pasaraya ini sangat besar. Tgk la bertapa gembiranya muka-muka nih bila jumpa makanan halal yang murah dan imported.
Jam loceng yang menjadi mercu tanda bandar Xi`an
Aku sempat melawat ke Grand Xi`an Mosque yang terletak di Hui Min Jie. Ini merupakan antara masjid yang tertua di China. Ia dibina 1250 tahun yang lepas iaitu sewaktu pemerintahan Dinasti Tang dan sewaktu dinasti in memerintah, Islam mula masuk ke China. No wonder sini ramai org Islam.
Ruang solat masjid
Ukiran halus menghiasi dinding masjid
Terjemahan al-quran diukir di dinding
Ayat suci al-quran
Orang ramai yang bersesak-sesak di jalan yang kecil di Hui Min Qu
Pengalaman 3 hari 2 malam di Xi`an memahatkan seribu kenangan. Kami sgt seronok menghabiskan masa di sini bersama kenalan baharu. Yang paling best kat sini, makanan sgt2 murah dan ini menyebabkan aku rambang mata. Bayangkan beriyani (20yuan),kebab (18yuan), roti canai pisang,daging,ayam (13yuan),teh tarik (5yuan)..perghhhhhhhhh mantap! tambah plak dgn org belanja, perghhh mmg terbaik aa geng Xi`an..hahaha insyAllah jika berkesempatan, kita jumpa lagi..hehhe
No comments:
Post a Comment