Seperti yang dijanjikan dlm post yang lepas, post kali ini akan menceritakan pengalaman menaiki keretapi di China.
Stesen keretapi Barat, Beijing
Radi,Fauzan,Zahin,Johan,Badrul,Fayyadh
Sebenarnya, ini bukannya kali pertama aku menaiki keretapi di China, sudah banyak kali. Namun, inilah kali pertama aku menaiki kelas yang berlainan. Memandangkan lawatan aku ke Xi`an baru-baru ini merupakan cuti umum China, banyak tiket sudah habis dijual.Yang tinggal hanyalah tiket-tiket kelas yang ntah ke berapa.
Saat aku melangkah masuk ke dalam train, mata-mata manusia ini sudah pun memandang kat aku. Aku agak terkejut dengan keadaan gerabak yang agak usang dan kelam. Disudut-sudut gerabak penuh dengan penumpang. Aku agak terpinga-pinga dengan keadaan yang sedemikian.Perasaan tidak selamat amat terasa sekali apabila orang ramai asyik merenung tepat ke arah DSLR yang sedia tersangkut di leher ini. Nak letak atas meja pun rase serba salah.
5.40ptg, keretapi terus bergerak keluar dari stesen.Tempat yang agak sempit kerana ruang bagasi yang penuh menyukarkan pergerakan aku. Apatah lagi dengan kerusi yang keras dan x bleh baring sgt menguji tulang belakangku. Pada permulaan perjalanan, keadaan stabil,ok aje atas tren. Namun bila sudah tiba malam, keadaan menjadi 'meriah'. Sebelum itu, penumpang yang menaiki train ini kebanyakannya merupakan pekerja binaan dan yang lain aku rasa org yang rendah tahap sosioekonominya, Jadi disini boleh aku menggambarkan gaya hidup mereka.
Peristiwa pertama
Ade sorg mamat nih, die xde seat dan hanya beli tiket berdiri.Setiap kali penjual makanan, buah-buahan atau pun minuman yang lalu, semua dimarahinya. Dia menengking,memaki dan tak kurang jugak mencarut pada mereka.Aku hanya mampu menggeleng kepala melihat keadaan itu hinggalah tiba satu masa nih, dia maki sorg makcik yg jual nasi. (xperlu aku bgtau ape die ckp) tp kata-kata dia sudah cukup membuatkan orang disekeliling pun tesentap,termasuk aku dan apatah lagi makcik tuh. Lalu makcik tuh pun balas smula dan maki smula mamat nih, n ntah mybe mamat nih dah x bleh kontrol, terus die pkul mak cik tuh. haa time nih aaa ramai org nk masuk campur, perghh mental btul. Keadaan huru-hara ini dileraikan oleh polis yang bertugas dalam keretapi nih. Problem btul...
Peniaga minuman, makanan dan buah-buahan akan melalui laluan ini setiap beberapa minit
Mamat nih ditenteramkan oleh polis yang bertugas dalam keretapi
Peristiwa kedua
Seat di depan ku kosong dan tetibe mamat nih nampak dan duduk. Haishhh ini problem ntah2 die nk cari pasal dgn aku plak. Aku pun bukak pose, dan makan gune tangan. Lepas mkn tuh, ntah nape mamat tadi tuh hulur tisu suh aku lap. Huhuhuh terus terasa aku sbb tadi cam bersangka buruk sket kt die dan terus aku ckp "xie xie, xie xie". Mmber2 aku nih ckp die nih mcm nk buat kwn kat aku, aku gelak jer aa.
Huhuuhuh x sangka, mmg btul. Maybe mamat nih lonely kot,sbb dah lame die berdiri n strees die pun start sembang dgn aku. Mula-mula aku cam layan aa jap, tp ntah makin lame makin merapu seyh mamat nih sembang. Tetibe jer die ckp yang die nih gangster, xde org berani pukul die, kalo kene pukul die panggil kwn2 die dtg pukul smula. Dan benda nih die ckp berulang-berulang kali. Perghhh jenuh seyhh..Mmber aku , Radi dah start tension kat sebelah aku .Time tuh, aku sumat telinga dgn MP3 dan bace aa buku Ini Sudah Kantoi (ISK), tp yang x bleh bla nyer die teruskan ckp dgn aku..perghhh tension2..dah aa suara kuat, ckp pun x clear, serius tension bro. Gua tgk die nih, menyirappp jer..terus gua rase nk sepak jer mulut die, time tuh baru 4 jam perjalanan, ade lagi 9jam bro....
Peristiwa ketiga
Time nih dah pkul 10 malam dah. Ade penumpang yang dah tidur, dah aku pun rase cam ngantuk dan stress.Mamat yand dari tadi duk pot pet pot pet dah pun lentok dgn air liur bercucuran keluar.Adeyh.Time dah nk tido tuh, tetibe ade plakkk org cina nih sembang-sembang dengan mmber2 die. Perghhh suara x bleh nk slow plak daaa, dgn gelak-gelak lagi. Tension..
Geng sembang malam
Peristiwa keempat
Pkul 12 malam, geng sembang-sembang dah mula reda. Suasana mula senyap melainkan bunyi roda keretapi jer. Aku memandang-mandang sekeliling. Ramai yang dah mula tidur. Aku masih lagi tercari-cari posisi tidur yang selesa. Time tuhhh laa aku dikejutkan lagi dengan bunyi lagu opera. Aku tgk ade sorg pakcik nih tidur sambil henfon die loudspeaker memainkan lagu opera cina yang sumpah bingit giler telinga. Gerammmm seyh tgk muka die,sedap jerr layannn tido.Tension..
Pakcik jaket hitam lena dalam alunan musik opera
Malam tuh, aku dapat gak la tido walaupun hanya beberapa jam. Itupun asyik terjaga bila keretapi nih berhenti kat stesen.
terima kasih kepada paparazzi yang amik gmbar nih
berkongsi meja kecik untuk landing kepala..hahahah comel x??
Peristiwa kelima
Pkul 4 pagi, waktu tuh aku automatik terjaga. Dalam keadaan mamai tuh, aku nampak ade beberapa penumpang lain cam dah lame terjaga.Aku hanya duduk-duduk sambil menanti waktu subuh. Tatkala itu, bunyilah org tgk movie gune henfon, dan mmg perangai diorg suke benor loudspeaker. Jengg otok kawe nih.
Tepat 6 pagi, setelah perjalanan yang berliku selama 13jam, maka sampailah kami ke bumi Terracota ini.
destinasi kami, nasib baik org kt sini awesome!
bersambung...................