Wednesday, November 21, 2012

Perrrek-tikal

Alhamdulillah,syukur kpd Allah mmberi nikmat masa terluang utk tulis entry kali nih.

Skg nih aku xde kelas selama 3 minggu. Namun itu tidaklah bererti aku bleh duk lepak, tido memanjang kerana pihak universiti telah mengatur jadual 3 minggu  kami ini  untuk kelas praktikal. Wahh rase cam dh nk jdi cikgu dah nih..kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan aku dan 3 org kwn aku dipilih untuk hadir ke kelas junior foundation.

Kami diberi masa selama 2 minggu untuk kelas pemerhatian cikgu2 mengajar bermula 12  Nov hingga 23 Nov dan 1 minggu untuk kami mengajar. Kami diberikan masa 2 jam untuk setiap seorg mengajar. Woww ini merupakan satu pengalaman yg best sekali. Dalam kelas pemerhatian ini, aku hanya duduk di belakang dan dgr cikgu mengajar kt dpn smbil mencatatkan cara pengajaran dlm kelas.Bagi aku, ini sgt menarik sbb skg aku tahu bertapa bukan mudah untuk handle kelas, mcm2 cara digunakan cikgu untuk menarik minat pelajar untuk terus bersama cikgu, lebih2 lagi pada waktu ptg bile perut dh kenyang,mata dah ngantuk.huhuhu..


 Cikgu Comprehensive Chinese sedang mengajar. Waktu ini , merupakan kelas pertama aku hadir

Kami berempat duk kat belakang. Kadang2 kami bergelak sesama kami kerana teringat pulak zaman mula2 belajar cina dulu...hahahahah
Ini cikgu Spoken, sgt best!

Haaa nih name pelajar serta kedudukan mereka dalam kelas untuk memudahkan sesi interaksi dalam kelas nnt, kami perlu hafal nama cina pelajar-pelajar.

Kelas Hanzi (tulisan cina) yang mereka perlu ikuti. Ini merupakan asas kepada penguasaan penulisan tulisan cina.

Part nih yg aku suke, dlm kelas nih mmg berbeza dgn kelas aku. Tgk laa gambar2 serta hiasan..Perghhh

Pelajar-pelajar mengadakan perbincangan walaupun pada waktu rehat..rajin btul!

Sambil ckgu mengajar kat depan, aku catat nota2

Kadang2 kalo aku x catat nota, aku bace buku...sekadar santai2 di belakang..hahahh

Hahahah nih laa budak2 yg teman kitorg kat belakang, Azam,Din,Azri, Pakya..diorg nih mmg sempoi dan sgt aktif dalam kelas. Sgt sempoi bila kene buat duihua(dialog) kat depan, bila suruh nyanyi, dan pndai mengolah ayat yg best2 time buat ayat..keep it up bros! jia you!

setelah 2 minggu berlalu, kini tiba masa aku mengajar minggu depan. lps aku tulis entry untuk kali ini, aku kene buat perancangan bahan mengajar pulak.Semoga Allah permudahkan utk mengajar shbat2 ini :)


***
Israel pondan,kecut booooooooo!!!!
Zalzil amna israel!!! BOooo!!



ngeh ngeh ngeh nih laaa kitorg mase mula2 dtg dulu , Sept 2008   
-in memory-

No comments: