Monday, February 13, 2012

Ade benda nak diniaga...

Ade benda nak dicerita, mesti ade benda nak diniaga.

3 hari sudah baru balik dari Spain, pengalaman yang sgt best yg mesti dikongsikan. Tp sayangnye post kali nih aku bukan nak kongsi pasal pengalaman kat Spain sbb insyAllah akan menceritakan pengalaman travel di europe dalam bentuk lain. Skg nih aku masih berada di Belfast, bumi hijau yang udaranya nyaman. Masih ade 2 hari lagi sebelum pulang ke bumi debu (Beijing) heheheh..kerek btul.

Tempoh 5 minggu berjaulah (travel) bukanlah tempoh yang pendek. Duit kocek bukanlah semakin hari semakin penuh, mujurlah ade sahabat2 dunia akhirat yang sudi memberi tempat berteduh,makan minum sepanjang masa , semoga Allah membalas jasa kalian,insyAllah.Jadi untuk menampung duit poket yg dah 'terkoyak' nih sejak balik Spain, ade laaa benda nak diniaga. Kepakaran Harith sebagai penebar roti canai dipakai, lalu dipromosikan di Belfast. Yang lain tolong2 laa skit2. Alhamdulillah, sambutan yang hangat kami terima.Tempahan dibuka, bagi setiap roti canai kosong berharga £0.60 dan roti canai pisang@ telur £1.00 setiap satu. Telefon berdering setiap masa,tempahan dicatat satu persatu. Tup tup 120 keping!! Alhamdulillah.


Proses menguli tepung dimulakan pada waktu malam, sbb nak bagi doh tuh kembang esk pagi.

Sukatan yang betul memastikan acuan itu lembut.

Tempahan yang diterima



Johan dan Zaim (tuan rumah) : Proses goreng roti.

Yeah, penebar kita. Dgr cite ade org Belfast nak chup Harith.

Proses uli tepung dilakukan sekali lagi atas permintaan ramai :)

Ahad, Isnin , Selasa, hari-hari ade org tempah. Seronok btul kitorg, sambil2 tuh dapat gak laa memeriahkan skit suasana kat sini. Tuan rumah pun seronok gak, sblm gi kelas dpt makan roti canai fresh :) . Ape2 pun jutaan terima kasih kepada penduduk Malaysia Belfast yang menyokong roti canai kami ini, sambil membeli sambil mengenyang perut sambil menderma. hahhahah. Terima kasih kpd tuan rumah ini (Baitul Abrar) yang sudi menjadikan dapur sebagai 'base' kami. Jzkk smua :)


Untung dari jual roti canai, boleh laaa bwk bekal balik Beijing, buat jadi stok.

Menjadi ikhwah mesti pandai menjana pendapatan, baru lah bleh jadi macam Abdul Rahman bin Auf :)


No comments: