Friday, November 11, 2011

Misi korban (bhg.2)

Ahad,6 November 2011

7.00pagi : Kami berkumpul di masjid dan dibawa oleh Imam Yang atau nama arabnya Norudin . Beliau merupakan ketua persatuan umat Islam bangsa Hui disini.Beliaulah yang menjadi pengiring kami kemana sahaja kami tuju manakala Imam Liu yang merancang segala aktiviti kami. Imam Norudin mengiring kami untuk menjamu sarapan.


Sarapan pagi

Imam Noruddin,bekas tentera.

8.30pagi : Dalam suhu yang sejuk, terasa pedih anak tekak ini tatkala bernafas.Penulis tidak banyak bercakap kerana kepedihan tekak akibat cuaca yang sejuk dan kering. Suhu pada pagi itu mungkin sekitar -2 atau -1.Kami bersama diiringi pegawai masjid termasuk Imam Liu dan Imam Norudin ke pusat pemeliharaan kambing yang terletak kira-kira 10km dari masjid.Sepanjang perjalanan,kami melalui jalan yang kecil dan kami melihat deretan rumah-rumah penduduk yang kecil sepanjang perjalanan itu.Pusat pemeliharaan itu terletak di bukit, dan mujurlah kami menaiki van yang berkuasa tinggi.Kata pemandu kami,Bai van ini buatan Itali yang baru dibeli oleh pihak masjid untuk membawa jenazah.Penulis tersenyum kerana van jenazah ini sangat selesa dan luas.


Van pengangkutan kami

9.00pagi : Selamat tiba di pusat pemeliharaan kambing. Disini kami disambut oleh tuan ladang yang terus mengiringi rombongan kami untuk melihat kambing-kambing yang akan kami pilih.Dari atas bukit, penulis dapat melihat pemandangan bandar Chifeng. Dengan sedikit kabus yang menyelubungi, pemandangan tatkala itu sangat menggamit hati. Penulis dengan lantasnya menekan butang shutter untuk mengambil beberapa keping gambar.Kami dimaklumkan, kambing disini adalah kambing yang terbaik kerana kepalanya hitam. Sampai sahaja di kandang kambing, hati penulis sangat seronok sekali, mungkin ini kerana kali pertama sampai ke kandang kambing. Kambing disini sangat manja namun licik sekali apabila kami hendak menangkapnya. Penulis meminta izin untuk masuk menangkap kambing bersama sahabat yang lain. Memang ini satu pengalaman yang menyeronokkan,pekerja ladang hanya tertawa melihat gelagat kami.Semasa menangkap kambing ini, penulis sempat menghantar SMS kepada bonda dan ayahanda di kampung ucapan aidiladha kerana Malaysia sambut 1 hari awal berbanding di China.Pada mulanya,kambing ini memanglah licik, namum apabila sudah ditangkap ia tidak melawan malah hanya mampu pasrah.Sebanyak 20 ekor kambing yang ditangkap dan ditimbang seterusnya diasingkan.Imam Liu mencatat 1 persatu data setiap kambing.


Penulis dan sahabat, Luqman.





Penulis mengangkat kambing untuk diasingkan.

10.30pagi : Pelajar Malaysia yang ingin menjalani ibadah korban berjumlah 31 orang semuanya. Jadi masih tinggal 11 ekor kambing yang tinggal. Kami ke pusat pemeliharaan kambing yang berlainan, ia terletak kira-kira 30 minit perjalanan. Disini suasana sangat berbeza dengan pusat pemeliharaan yang sebelumnya. Disini haiwan ternakan terletak di kawasan pembinaan serta ia seperti tidak terurus dengan baik namun kambing-kambing ini terjaga rapi.Kali ini kami tidak berani untuk menangkap kambing kerana ia lebih besar dan bertanduk. Kami hanya melihat dari jauh sambil memerhatikan pekerja menangkap seekor demi seekor.




Keadaan pusat yang kedua.

11.30 pagi : Kami pulang ke masjid dan berehat di hotel.Sambil berehat penulis memikirkan isi untuk sesi tazkirah di masjid. Imam Ma Hai pagi-pagi lagi sudah menjemput salah seorang antara kami untuk menyampaikan tazkirah dan penulis telah menawarkan diri untuk melatih diri berucap dihadapan jemaah dalam bahasa mandarin.Ini merupakan satu sesi praktikal bagi penulis untuk mempraktikkan segala pembelajaran didalam kelas.

12.30 pagi : Kami bergegas ke masjid setelah terlelap akibat keletihan. Imam Ma Hai menjemput kami masuk ke dalam. Penulis dapat melihat ramai jemaah sudahpun menunggu,mereka nampaknya menanti kehadiran kami pada tengahari itu. Setelah memberi pembukaan kata dua oleh imam, beliau menjemput penulis kehadapan. Gugup terasa hati ini apabila melihat mata-mata yang memandang. Dapat penulis lihat satu persatu mata para jemaah, ianya ibarat menanti apa yang ingin penulis katakan.Penulis mengambil nafas sedalam-dalam yang mungkin bagi mengurangkan gugup dan dengan lafaz "basmallah" penulis memulakan tazkirah. Penulis mmemulakan dengan pengenalan dengan tujuan kedatangan di bumi Chifeng ini. Selepas itu penulis meluahkan rasa hati yang amat terharu dengan sambutan penduduk Islam di Chifeng terhadap kedatangan kami. Penulis sempat membaca sepotong hadith "la yu`minu ahadukum,hatta yuhibba ni ahihi,ma yuhibbu linafsihi" yang bermaksud tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyanyangi dirinya sendiri.Kupasan hadith itu,penulis kaitkannya dengan umat Islam di Chifeng yang melayan kami dengan baik, walaupun datang dari negara yang berlainan, bangsa yang berlainan malah kulit yang ketara bezanya, namun atas nama Islam kita mampu bersatu,bantu-membantu,bersepakat antara satu sama lain. Inilah nikmat persaudaraan yang paling dalam sekali yang pernah penulis rasai.Alhamdulillah, inilah Islam, ia bukan milik bangsa tetapi ia secara mutlak milik setiap makhluk diatas bumi Allah ini.

2.00petang : Kami menuju ke restoran yang sama untuk menikmati hidangan. Seperti biasa Imam Norudden akan menemani kami. Dalam perjalanan, seorang makcik berbasikal menegur kami. Setelah diperkenalkan oleh Imam Norudden, makcik mengetahui bahawa antara kamilah yang memberi tazkirah tadi. Lalu makcik itu seperti mencari sesuati didalam begnya.Tiba-tiba dia mengeluarkan beberapa keping duit bernilai RMB100(RM50) untuk diberi setiap seorang.Pada mulanya kami menolak, dan apabila dia menghulurkan kepada salah seorang pada kami, kami cuba melarikan diri. Akhirnya makcik itu memberi kepada Imam Norudden supaya menggunakan duit itu untuk belanja kami makan.MasyAllah, geleng kepala. Akhirnya kami terima juga duit itu dari Imam Norudden kerana beliau mengatakan kami ini ialah pelajar dan layak menerima sumbangan.

3.00petang : Kami ke masjid untuk sesi 'taggging' gambar kambing dengan nama pemilik yang menyumbang.Kambing-kambing tadi diletakkan didalam satu ruang yang sempit dibelakang dapur masjid, maka bersesaklah kami didalam itu.Seekor demi seekor diambil gambar lalu datanglah van untuk mengangkut kambing itu untuk diagihkan ke masjid-masjid di kampung.


Ruang sempit di belakang dapur.

Penulis bersama kambing korban.

6.00petang : Kami menunaikan solat isyak berjemaah,setelah itu bersama imam-imam untuk menikmati hidangan malam.Sambil menikmati makanan,kami berbual bersama imam-imam mengenai perkembangan terkini agama Islam. Suasana menjadi lebih meriah topik yang dibualkan mengenai isu semasa. Mereka nampaknya peka dengan keadaan umat Islam di China.

8.00 mlm : Walaupun baru pukul 8, namun suasana sudahpun gelap seperti pukul 10 malam. Ini kerana waktu disini gelapnya lebih awal kerana sedang menuju ke musim sejuk, siangnya jadi pendek malah malamnya jadi panjang.Kami sudahpun keletihan setelah seharian bersama kambing.

Teruskan membaca sehingga bahagian 3...

Thursday, November 10, 2011

Misi Korban (bhg.1)

Assalamualaikum pembaca yg diredhai Allah S.w.t,

Rasanya tidak lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pembaca sekalian. Dgn hati yang tunduk syukur kpd Allah, misi korban di Inner Mongolia daerah Chifeng dapat dijayakan. Disinilah penulis bersama 5 org lagi sahabat menyambut Aidiladha di bumi China kali ini. Daerah ini dipilih untuk misi korban kali ini kerana disini umat Islamnya ramai yang dalam kesusahan. Kami telah mewakili pelajar Malaysia yang lain untuk menguruskan ibadah korban disini.

Jumaat,4 November 2011

7.00mlm : kami bergerak dari universiti menuju ke stesen keretapi Xizhimen yang terletak kira-kira 8km. Dengan masing-masing memikul bagasi , kami menahan teksi tatkala dingin musim luruh menyapa kulit.

8.00mlm : Di stesen keretapi, kami duduk berbincang mengenai hal yang akan dilakukan semasa misi di Chifeng nanti. Kami melantik Harith sebagai ketua kumpulan kami, ini adalah suruhan Islam tatkala keluar secara berkumpulan.

8.40mlm : Berlepas dari stesen Xizhimen menuju ke Chifeng. Perjalanan mengambil 10 jam. Kami menempah gerabak katil untuk perjalanan yang selesa supaya keesokannya kami dapat fokus dgn kerja kami.

Sabtu, 5 November 2011

7.00 pagi : Kami sampai di Stesen Chifeng. Melangkah sahaja kaki di luar, dingin pagi terus menyambut kami. Seperti dijangka, cuaca di sini lebih sejuk berbanding di Beijing kerana Chifeng terletak di bahagian utara. Kami telahpun siap sedia dgn baju sejuk yang tebal. Seperti jakun, asap berkepul-kepul keluar dari mulut bila berbicara. Kami disambut dengan ramah sekali oleh Imam Liu Jing Yi atau nama arabnya Abdul Hakim serta isteri dan seorang ahli masjid. Kami dijemput menaiki van yang besar dan selesa.Hidung sudah mula berair,tekak sudahpun merasa perit, petanda selsema.


Penulis di bandar Chifeng
8.00 pagi : Kami terus menuju ke restoran untuk menikmati sarapan pagi.Sudah menjadi tradisi orang China iaitu melayan tetamu dengan sehabis mungkin. Mereka telah menghidangkan sarapan yang pelbagai seperti roti, cha kuey , kacang dan sayuran , bubur kacang hitam dan air soya. Sungguh menyihatkan. Sambil menikmati hidangan, kami saling berkenalan antara satu sama lain. Aku telah bertanyakan mengenai penduduk Islam di sini, Imam Liu dengan ramahnya menjawab satu persatu soalanku. Di Chifeng terdapat 30 ribu umat Islam, ini merupakan satu populasi yang ramai jika dibandingkan dengan 300 tahun yang lalu dimana seorang umat Islam pun tiada. Penduduk Islam yang berbangsa Hui telah berpindah dari provinsi Hebei dan Shandong kerana disini lebih senang untuk bercucuk tanam dan mengembala ternakan. Untuk memudahkan solat, tidak lama kemudian maka mereka mendirikan masjid yang kini sudahpun mencecah usia lebih 270 tahun!

9.00 pagi : Kami dibawa ke Masjid Nan Da Si. Kami diajak berbual di pejabat masjid. Tatkala itu aku mengambil peluang menemuramah Imam Liu. Beliau merupakan imam besar di Chifeng, maka tidak hairanlah ramai orang menegur beliau ketika aku berjalan bersamanya. Beliau merupakan ahli seni khat china yang sangat hebat. Hasil tulisannnya sudah tersebar lama di bumi Malaysia.
Beliau berasal dari Provinsi Hebei daerah Zhangjiakou dan pada umur 16 beliau mendalami ilmu Islam.Beliau dibesarkan dalam keluarga Islam, ayahnya juga seorang imam.Semasa beliau berusia 8 tahun, bapanya mengajarnya kaligrafi cina dan pada umur 16 beliau telah memulakan seni khat china dan kini usianya 82 tahun. Bayangkan bertapa lamanya pengalaman beliau.Beliau telah 20 kali datang ke Malaysia. Pada mulanya beliau datang pada tahun 2002 dan beliau telah menghadiri Persidangan OIC pada tahun 2003. Disitu beliau telah membuat 'booth' kaligrafi dan telah menarik perhatian ramai pengunjung disitu. Akibat permintaan yang ramai, beliau telah menulis kaligrafi selama 5 jam tanpa henti. Ramai yang beratur sabar menunggu. Beliau telah berjumpa dengan mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Dato` Seri Najib , Sultan Selangor , Dato` Nik Aziz bin Nik Mat serta pemimpin-pemimpin lain. Hasil seni beliau sangat berharga,dari ratusan ringgit hinggalah ke ribuan ringgit nilainya.Seninya memang halus, antara hasil tulisannya ialah petikan ayat suci Al-Quran, hadits dan pengucapan selamat.


Imam Liu Jing YI atau Imam Abdul Hakim

Pemandu kami sedang menyediakan kenderaan

11.00pagi : Kami dibawa ke satu kawasan kampung Islam. Penduduk disitu menyara hidup dengan bercucuk tanam dan menternak lembu. Kami sempat bertemu dengan imam di situ. Mereka melayan kami dengan baik sekali lantas menjemput kami untuk minum teh cina dan buah.







12.00tghari : Kami ke satu lagi masjid yang juga telah berusia 180 tahun. Disitu kami berbual dengan ahli jemaah masjid dan sempat mengerjakan solat zohor secara berjemaah.





3.00petang : Usai menjamah selera tengahari, kami dibawa melawat ke tempat bersejarah pada zaman pemerintahan maharaja. Maharaja itu merupakan orang Monggul dan dia adalah yang terakhir sebelum sistem pemerintahan itu digulingkan.Tempatnya terletak jauh dari bandar Chifeng, dan kami disajikan dengan pemandangan bukit, tanaman yang gersang kerana cuaca yang sejuk.






7.00mlm : Sampai di bandar Chifeng dan menikmati makan malam setelah solat secara berjemaah. Mereka dengan ramahnya telah menempah makanan yang banyak dan sejujurnya penulis sendiri berasa segan kerana dengan layanan yang begitu istimewa.

9.00mlm : Pulang ke tempat penginapan yang terletak depan Masjid Nan Da Si. Ia merupakan hotel murah dengan harga RM20 semalaman setelah makcik disitu diberitahu pihak masjid akan tujuan kedatangan kami ke bumi Chifeng.

Tamat hari pertama. Bahagian kedua akan menyusul lagi,insyAllah.

Thursday, October 20, 2011

Le tour BT

Cuaca di misi luruh ini sgt best. Dengan daun2 yang kuning, angin yang lembut menyambar pipi, semuanya ibarat melengkapi perjalanan hidup ini.

Minggu lepas, 15 oktober seperti yg dirancang selama seminggu, aku buat trip berbasikal ke Botanical Garden 植物园 yang terletak 20km dari U aku. Turut join sekali ialah mmber2 yg inginkan hidup sihat , Muhaimi, Sud Kj, Syafiq, Faiz Mail. Pagi2 dgn suhu 17*C kitorg start warm up pada pukul 7.30pagi. Rase2 badan dah bersedia, pukul 7.50pg dgn bacaan doa kitorg pun gerak la ke Botanical Garden.

Jalan di Beijing pada waktu pagi tak sibuk pun. Kecuali di pasar 西苑 n tumpuan pelancong 颐和园.



di Pintu Utara Summer Palace

Kawasan An He

lagi 5km nak smpai

menuju ke xiang shan

peta kene gak bwk, just in case.

Perjalanan ke desitinasi mengambil masa 1 jam 5 minit (9pagi) termasuk rehat kat tepi jalan. Itupun bwk lenggang-lenggang jer, x pecut pun.
Botanical Garden. Daun sudah kuning!

yipeee!

nih mmg posisi paling best, dalam keadaan letih baring sambil dgr lagu disamping ditiup angin yang lembut serta daun-daun yang berguguran. Time ni kalau buat lagu jiwang, confirm meletup!

Time rehat cmni, xbleh makan nasi atau yg mengandungi karbohidrat yg tinggi. Jadi kitorg mkn sneakers, pisang n air gatorade utk hidrate kan smula badan.



Tgk map utk balik ke U tp gune jalan lain.

posing di depan pintu masuk Botanical Garden,Beijing.

tepat jam 11 pagi kami meneruskan perjalanan pulang ke U. Orang semakin berpusu-pusu datang ke sini. Seronok gler rase. Jalan balik yang lain nih lagi mencabar sbb jalan kecik tp kerete tetap bawk dgn laju, smpai nk amik gmbar pun x bleh atas faktor keselamatan.

Pukul 12.30tghari smpai di restoren yg dkt U. time tuh makan mmg dah ingat dah..semua belasah jer..hehehhe alhamdulillah best kali nih punyer trip. puas hati sbb ini merupakan impian aku dari aku sekolah menengah lagi sbb time tuh duk naik bsikal jer gi sekolah. best best best. Harap lps nih dpt explore lagi tmpat2 best yg dpt pegi naik basikal. insyAllah kalau ade rezeki aku nak gi daki bukit pulak. yeah!!!

*info:
- photo taken by ipod n Nikon D300s
- i lost 2kg ..siot.

Saturday, October 15, 2011

Melawat junior!


Weekend ouhh weekend..setiap weekend buat bnda lebih kurang jer...boring btul..bagus lerr smlm aku berpeluang untuk melawat junior yg baru sampai di Beijing ini. Sebenarnye mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan kat u aku BFSU n satu lagi kat Beijing Language n Culture Uni (BLCU) . BLCU ini terletak lebih kurang 20 minit dari BFSU, dekat aje. Kat BLCU ade 36 org student dan 6 org tuh adalah lelaki. Kesian, mane lagi lelaki-lelaki menghilang?? hehehhe semalam kul 10 aku smpai kat U diorg. BLCU ni ramai gak foreigner, terutama sekali org Korea,sape2 yg suke gileeee kat org-org Korea yg jambu sgt tuh, bleh aa dtg sini.Suasana weekend kat situ mmg meriah. Memandangkan waktu dah pukul 10, diorg smua dah start nk kluar berparti. Ish ish ish nasib baik laa adik-adik aku nih baik2 smua. Melangkah masuk ke asrama diorg, fuiyooo kagum seyh cam hotel! Siap ade housekeeping lagi..agak2 braper laa KPM byr yerr...mmg selesa laa. Aku xde buat ape2 pun smlm, melainkan sembang2 kenal2 jer dgn diorg nih. Sblm nih diorg jer yg rajin dtg BFSU..hehheh


meja study, tv,peti ais..mmg lengkap laa.

katil yg selesa, bilik turut dilengkapi dgn aircond dan heater.



aktiviti budak2 nih lps subuh. Solat subuh berjemaah, dan bacaan mathurat dituruti dgn sedikit perkongsian mengenai cabaran jiwa di luar negara. Selepas tu makan2 roti sembang2..pstu sembang lagi dgn diorg nih

dapur yg lengkap dan bersih..best nyerr

kat luar bangunan.

nih lahh tulisan hanzi BLCU. Selamat datang yerr adik2 skalian, blajar rajin2..hehehhe kpd KPM dan ibu bapa jgn risau, pelajar2 anda semua berada dalam keadaan yang sgt selesa dan best! heheh


Terima kasih kpd :
Syafiq,Fizan,Aniq,Syaiful,Arif,Najmi atas kesudian menumpangkan aku kat sane 1 malam..heheh

Sini xde roti canai :(


puas ku mencari....mane nak cari roti canai di kota Beijing ini pagi2 hari macam ini. Hari semakin hari semakin sejuk yang nyaman, sedapp betul cuaca. Mmg kene aa kalau sarapan pun yg sedap. hehehe jadi meronda la aku utk mencari sarapan pagi. Jalan2 jer dpn U, ternampak lerr kedai nih...


brader nih dgn cool nye menggoreng cha kuey kat sini dipanggil you tiao 油条, perghhh!!
ini antara makanan sarapan org2 China kat sini. Kalau kita makan nasi lemak, nasi kerabu, nasi itu nasi ini, roti canai ape bagai semua tuh, tp nih adalah sarapan org China. Agak sihat disitu kecuali cha kuey sbb berminyak. Telur kat bwh ini lebih kurang cam telur pindan laa lebih kurang



ini adalah jiaozi 饺子. kalau kat Malaysia tuh mcm dim sum laa..intinya daging, sayur..yg penting nih pun mknan yg sihat sbb die direbus.
sebagai rakyat Malaysia yang sejati, yang selalu sangap roti canai aku prefer cha kuey nih..perghhh layan beb makan dgn gula pastu minum kopi!!! perghhh superb!!

Sunday, September 25, 2011

70 Tahun BFSU

dalam diam2 ubi berisi , dalam sedar x sedar U aku dah 70 tahun..dari sekeping batu bata jadilah kepada sebesar-besar kampus. tahniah BFSU , ko dah tua!! hahahha ...1 hari sebelum hari bersejarah, suasana di BFSU sgtlah meriah, masing-masing sedang sibuk dgn persiapan yang terbaik utk setiap tetamu. X kurang jugak dgn kami pelajar Malaysia sibuk gak dgn latihan dikir barat..hehehe menyumbang jugak lerr pada BFSU. Suasana pada pagi hari terasa sgt riuh rendah. Manusia yang berbagai jenis berpusu-pusu mengunjung. Ada yang cina tempatan dan juga warga asing yang datang. Time nih aku rase cam smua org ramah sungguh, termasuk laa sukarelawan yang ade. Perghhh plastik betul..hahahha selama aku duk sini x pernah dilayan seramah itu.huhuhu ape2 pun mmg terbaik laa BFSU, rase laa kemeriahan suasana .


orang ramai sedang berkunjung ke booth bahasa-bahasa
para sukarelawan yang sedia membantu
taman hiasan




hang tuah nak masuk hahahah
sesi bergambar lepas berdikir
Selamat Ulangtahun ke 70 BFSU!!