Friday, September 14, 2012

Disini kita bernokhtah.

Tarikh : 27.6.2012, Rabu

hahahha mungkin post ini agak lapuk, tapi bagi aku kalau x post bnda nih, mmg hilanglah satu peristiwa penting yang terjadi kat uni aku nih..hahaha sori lah , dulu x dpt post awal2 sbb kekangan final exam yang melanda macam ombak rindu pada waktu itu..huhuhu

Ini merupakan majlis  Malam Graduasi khas untuk pelajar lelaki batch 08. Untuk pengetahuan umum batch ini mempunyai pelajar seramai 10 orang (3 lelaki dan 7 perempuan) yang dtg ke China pada tahun 2007 dan telah grad pada tahun 2012. Jadi, malam tuh kami sambutlah untuk meraikan senior-senior kami ini yang telah selamat bergraduasi.Majlis ini diadakan secara santai ditingkat 4 bangunan asrama kami, huhuhu sini jer laa nk buat prgram hahhaha.Tahniah kerana telah berjaya menghabiskan program ini selama 5 tahun di bumi Beijing ini. Skg kalo tgk status fb diorg smuanya cam "ouhh rindunye beijing" hahahah...

antara pelajar yang hadir pada malam itu..tgk laaa siap dgn riben n belon lagi!! smart gitu!

ini namanya Gan

ini namanya Harith, satu-satunya pelajar lelaki Muslim dlm batch tuh..teringat lagi die nih laa yg smbut aku 4 tahun yang lepas :)

haaa nih Soo Yi Jie, seorg yang peramah, sedap buat sembang dgn die..aku dulu pernah gi kelas melukis lukisan cina sama dgn dia n dia pun byk bagi tunjuk ajar kat aku.

Antara tetamu yang hadir, disebelah kiri ialah Prof.Taib selaku Pemegang Kerusi Bahasa Melayu di BFSU dan paling kanan ialah Abang Azam ,wakil dari kedutaan.

Ini pulak wakil yang datang untuk isi perut :P

Sedikit persembahan malam itu



seperti biasa, inilah wajah-wajah ceria kami disini!! Happy go lucky!

Alhamdulillah, majlis yang simple tapi meriah ini jalan dgn lancar sekali,yer mungkin tidak sehebat malam graduasi di tempat2 lain, namun aku yakin suasana pada waktu itu sgt best sekali sbb dpt enjoy puas2. Terima kasih atas kerjasama semua pihak terutama sekali pihak yang telah menguruskan majlis ini.Tahniah sekali lagi kepada sahabat-sahabat aku yang dah grad, dan selamat berjuang di bumi Malaysia sebagai guru.InsyAllah 1 tahun lagi aku plak menyusul...hahahhha

*x sanggup membilang hari ^_*

Thursday, September 13, 2012

Nafas seorang senior

Hummmmmm ( tarik nafas panjang )

Yeahhhh at last dapat gak nk bukak blog ini setelah jari jemariku ini gian nak menari diatas papan kekunci ini..wiiiiiii, alhamdulillah pada 8 Sept 2012(2 hari sblm kelas) aku selamat sampai di bumi Beijing ini setelah pulang ke tanah air bercuti selama 2 bulan lebih..puahh hati cuti kali nih, checklist aktiviti di Malaysia 90% settel..skg sudah tiba untuk memulakan kelas dengan nafas yang baru...ouhh kali ini mungkin nafas sebagai senior yang paling superrr sbb senior aku batch 08 baru je 'Back For Good' (BFG) pada sem yang lepas..hmm

Aku baru jer nk semangat gi kelas hari Isnin hari tuh, tetibe bile tgk jadual tup tup aku xde kelas hari senin..huhuh goyang kaki lerrr nampak gaya..hahhaha jadi kelas aku untuk semester ini mula pada hari Selasa  dan aku sungguh rase selesaaa


Kami berempat memulakan kelas...sorg lagi 'syahid' di asrama pada hari pertama...kontroversi btul

gaya masing-masing di pagi hari yang hening..haa aku nk bgtau korg satu benda..bnda nih selalu terjadi setiap kali lepas cuti yang panjang...iaitu masing2 cam rase kekok bile nk bersembang terutama sekali pada hari pertama camni,huhuhuhu


Ini cikgu aku, name die 余求真 (Yu Qiu Zhen) yang mengajar subjek 汉语概论 ..hmm x reti nk translate dlm BM tp subjek ini mengenai sejarah evolusi tulisan cina (hanzi) , cara sebutan huruf-huruf dgn betul , dan byk lagi yang berkaitan dgn tulisan dan sebutan..pndai2 aa korg kategorikan ini sebagai subjek ape..hahahah tapi cikgu ni mmg style, die x suh pun hafal2 bnda dlm buku ini, dan exam pun siap bleh bukak buku. Alasannya ialah die nk sume student fhm ape yang die ajar, sbb yang tu paling penting..perghh cikgu nih mmg terbaik laa!

basikal byk parking kat tingkat bwh bangunan

haaa nih port biasa utk lepak bile time rehat..sembang2 dgn mmber2, hilangkan boring, tukar udara

Ini pulak cikgu 汉语 (Chinese comprehensive) aku nama die 杨旭 (Yang Xu) cikgu kelas baru aku..aku x berapa kenal die nih, tp setakat ini ok laa kot, sedap jugak lerr nk buat menyembang.

Ouhh pening2 bile baca teks yang panjang ini setelah 2 bulan cuti...toooiinggggg

Haaa ok, nih cikgu 口语 (Chinese spoken) aku, die nih pernah ajar aku sem lepas mase kelas elektif, tapi aku kene banned dgn die sbb x byk bukak mulut , yer aa dlm kelas die tuh ramai gler student especially Korea yang slalu pot pet pot pet...kali nih die jadi cikgu subjek yang wajib amik, dan pada hari pertama, aku terus diganyang..

Cikgu Xia :"Saya tidak pernah dgr awak cakap dalam kelas pada sem lepas, hari ini saya bagi 5 minit spesel utk awak bercakap".

Aku : "cikgu, biar betik??" (blurr)

hmmm, tapi ape2 pun kelas nih mmg best

Ok, seterusnya, ini subjek baru untuk aku.. Cikgu nih ajar subjek geografi China, dan subjek geografi mmg aku minat gler sbb aku suke tgk peta2 nih..heheheh

Dan inilah universiti aku, huhuuh cunn dgn hiasan yang membunga di depan pintu masuk, membangkitkan lagi semangat dan perasaan untuk belajar..hahahhahahahahhahhahah

Doakan lah semoga sem ini lebih baik dari sem yang lepas..

**Setiap jam,minit dan saat, sgt berharga lebih daripada cairan emas yang menitis.

Tuesday, June 19, 2012

一路顺风! Adios!

19 Jun 2012, Selasa

Mode : Hari yang panas pada musim panas yang bahangnya membakar kulit. Hari nih rasenye agak panas, keluar kejap dah berpeluh...

Xu Xiao Feng,itulah nama cikgu kelas kami. Seorang cikgu yang baik, educated dan sangat pandai tgk spek pun dah tau  .Beliau juga seorg yang sgt sistematik, buat kerja semua tersusun, sentiasa menyediakan plan-plan backup.Kalau kami ade problem terutama sekali dgn asrama, pelajaran dan kehidupan, beliau akan cuba sedaya upaya utk settlekan. Mula-mula kenal ingatkan beliau seorg lurus bendul , tapi jauh sekali sangkaan, (don`t judge people with their spek thickness ok!) die nih bleh tahan gak kalau bahan org. Seorang yang sesuai utk dijadikan role model guru cemerlang.

Beliau telah menamatkan PhD dalam bidang Ancient Chinese Literature 古代汉语 pada usia yang muda iaitu 26 tahun dan sekarang dgn bergayanya mengajar kami.Mmg respek la sbb utk pengetahuan umum, Ancient Chiense Literature nih nk kaji bahasa-bahasa kuno China yang mempunyai sejarah yang panjang kaw kaw!!!!  Sayangnya, beliau akan mengajar di Korea mulai sem depan selama setahun dan akan pulang smula ke China ketika kami semua dah grad (aaaaaa!).


 jgn tgk kucing, tgk buku-buku dia atas rak kat belakang tuh!!!



Jadi, sebab beliau pun akan ke Korea, jadi hari ini kami bersepakat nk kuar makan sama-sama di Restoran Boston di tgh bandar Beijing nih. Ini merupakan restoran masakan Malaysia, saja bwk sini nk bagi cikgu rasa makanan Malaysia. Tp sygnya, cikgu nih x makan byk, mkn skit jer..kitorg plak yang melantak x ingat!



Banana split sebagai pembuka selera...Nyummy!







Mee kari yang power pedas...menangis weyhhh

Perbincangan serius aku dengan cikgu mengenai perancangan masa hadapan

Sambil bersembang, sambil membahan orang...grrr



                                                              Burpp!!! kenyang...
Credit to my beloved fisheye!

老师,祝你一路顺风!!!

Sunday, June 17, 2012

Kenapa bersedih? Mari beGEmbira!

Bulatan gembira adalah sesuatu yang sgt-sgt gembira.


Bila bertemu, timbul rasa gembira.


Bila berbicara, semuanya mengenai janji Dia yang membuat anda gembira.

Bila makan bersama, makan dengan hati yang gembira.

Bila berpisah, timbul rasa juga rasa gembira. (walaupun ada rasa duka)


Jadi mmg betullah, bulatan gembira mmg betul2 gembira.

Kerana anda datang dan pergi hanyalah kerana si Dia,

tidak lain tidak bukan kerana si Dia ialah tuhan ku dan tuhan mu juga,

Allah Azzawajalla
...



























Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri-ciri mereka?

Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesungguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”

(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, June 4, 2012

Summer dan cabaran 1.0

5 Jun 2012, Selasa

Semakin hari semakin panas. Bahang waktu siang semakin membakar kulit, walaupun baru pukul 10 pagi,tapi aku dapat rasakan panasnya ibarat waktu tengahari yang terik pancaran mataharinya.

Subuh??
Semakin hari semakin awal, jika dibandingkan dengan Malaysia, waktu subuh di sini jauh lebih awal. Namun,ianya bukan alasan untuk meninggalkan solat fardhu ini. Pada awal awal dtg dulu, aku fikir sgt mustahil utk bangun terlalu awal setiap hari , namun bila dah besar panjang nih, ianya bukan lagi satu benda yang mustahil. Untuk lebih berfikiran positif, kami lebih menganggap ini satu persediaan untuk qiam pada bulan ramadhan nnt bile balik Malaysia (yeah!)

From June 5, 2012



Sejujurnya, bila tiba musim panas, jadual waktu aku berubah.Terutama sekali waktu malam,kerana aku tidak lagi mampu tidur awal. Kebiasaannya aku akan tidur pada pukul 11 malam namun jadual tidur aku kini berubah,drastik. 11 malam pada musim panas,terasa baru saja lepas isyak, mmg pun sbb kebiasaanya pukul 10mlm baru habis solat berjemaah. Aku tidak mampu melelapkan mata ini,walaupun letih dengan aktiviti seharian. Jauh disudut hati aku, lahir satu perasaan bimbang takut terlepas subuh kalau tidur,dan perasaan ini betul-betul menghantui aku . Buktinya,aku menulis post ini tatkala roomateku sdg nyenyak melayan mimpi.

Aku cuba melenakan mataku, namun pelbagai aneka jenis yang memenuhi benakku.翻来翻去,也睡不好觉. Kekadang tension pun ade, sbb lama-kelamaan ia mengganggu aku utk fokus dlm kelas dan aku semakin lewat dtg ke kelas (haihhh). Tidurku mungkin beberapa jam selepas subuh dan ........



extra tidur time kelas....(terima kasih kpd paparazi yg sudi sent gmbar nih)


Aku percaya, bila masuk musim panas nih, bukan aku sorg jer yang mengalami masalah ini, aku perhatikan kwn2 aku pun ade gak yg kantoi..hhahah...namun post kali ini bukanlah aku nak membebel atau memberi alasan ngantuk etc etc, aku cume nak ceritakan bahawa kehidupan di negara org dan hidup di negara 4 musim ini benar-benar mencabar..musim sejuk dgn sejuknya, musim panas dengan subuh awalnya, malah pandangan mata pun kene jaga juga (sgt2 menguji yerr!)..kdg2 bile fikir semula , syukur lerr byk2 negara kita 1 musim jer sepanjang zaman..hehehh

Ape-ape pun ini bakal menjadi kenangan manis untuk dikenang...



x lame pun,




1 tahun jer lagi.....


zzzZZzzz...ZZzzzz...ZzZzzz
                                                                                                                 2.30am (tgh tunggu subuh)





Monday, May 28, 2012

Bulatan Gembira Dayout 1.0 : Tianjin

25 Mei 2012, Jumaat

Hari nih hari Jumaat, penghulu segala hari, hari yang penuh barakah....hari nih aku gi trip ke Tianjin. Ini merupakan kali ke 3 aku ke Tianjin, tp kali nih trip nih sgt berlainan dgn trip2 yg lepas..Ade sebabnya..Sebab kali nih aku gi dgn geng Bulatan Gembira yg mmg btul2 gembira...ape die bulatan gembira?? huh? korg x tau?? serius?? xpe2, sumpah aku xkan gelakkan korg seperti mana korg gelakkan aku sbb x tau sape artis Korea yg top skg atau bile Euro 2012 start..Ok, ehem...Bulatan Gembira merupakan satu bulatan yg mane kalo korg join, insyAllah korg akan gembira bukan saja di dunia malah di akhirat jua..insyAllah..(peace)

Setelah dirancang, Alhamdulillah biiznillah Dia telah memberi peluang utk kami keluar jalan sama2...aku pilih Tianjin sbb ia merupakan bandar yg terdekat dgn Beijing, naik keretapi laju cuma 30 minit, tp kalau naik bas boleh sampai 3 jam gak. Tujuan kami keluar bersama-sama kali ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah antara kanak-kanak riang-ria Bulatan Gembira dan mengenal masyarakat Muslim di Tianjin. 

Kata Saidina Umar r.a " Anda tidak akan kenal sahabat anda selagi anda tidak bermusafir bersama, makan bersama, tidur bersama" .



Tadarrus Al-Kahf dalam perjalanan ke Tianjin. Sambil bertadarus, sambil melihat pemandangan sepanjang perjalanan.



Melompat kegembiraan tatkala kaki memijak tanah Tianjin..Alhamdulillah!! hehehe

Ini merupakan masjid pertama yang kami lawati. Tempatnya sgt luas, lengkap dgn kantin,bilik mesyuarat, bilik kursus perkahwinan dan lain2...

Tapi kami x solat Jumaat kat sini..ntahlerr kat sini rasenye kami seperti tidak dialu-alukan..aku pun rase pelik,1st time dtg masjid rase cam alien turun kat bumi...

Nih masjid yg kami solat Jumaat..alhamdulillah, nih baru btul2 masjid, para jemaah mengalu-alukan kedatangan kami. Bile masuk je dewan solat ade jemaah nih siap tlg sapukan minyak attar..ape yg best masjid nih ialah imam die dpt bace quran dgn bacaan yg betul, dan sedap telinga nih dgr sbb kebanyakannya imam di China mengalami masalah bile bab2 sebutan nih..untung kita sng2 jer nk bace Quran...tu pun malas gak bace, aku la tuh..ish ish ish

Untuk pengetahuan umum, nih laa kitab aku...smua bnda2 tercatat kat dlm nih, termasuk idea2 utk tulis blog nih..heheheh


Pak cik nih jual roti goreng berintikan daging lembu...perut dah lapar, sebaattt!!!!


Kami sempat ke masjid yang antara tertua di Tianjin, masjid nih baru je lepas renovate, dan keadaan dlmnya sgt bersih dan selesa untuk dilawati..Time kami lawat sini tetibe hujan, jadi masjid nih dijadikan tempat berteduh. Kat masjid nih kami jumpa dgn imam , beliau merupakan bekas pelajar UIA tahun 2005..beliau di UIA untuk mengikuti kursus imam di sana selama 3 tahun..hmmm seronok die jumpe org Malaysia, tp sygnye x dpt sembang lame sbb dah masuk asar dah..





Dari kiri : Adli, Luqman, *&^%, Sud

Lepas lawat masjid2, kami melawat tempat pelancongan di Tianjin nih yang faymes..Antaranya Itali Street..Pada zaman 1920an dan keatas, China menerima byk pengaruh dari negara luar, antaranya Perancis,Itali,German dan British. Jadi di Tianjin nih,ade laa bangunan2 yg seakan-akan kat europe tuh...sgt cantik..






Malam tuh kami bertolak pulang ke uni kami..Satu pengalaman yang menarik, dpt meluangkan masa bersama kanak-kanak riang bulatan gembira dan jalan2 ke Tianjin..Semoga ukhwah yg dibina ini dapat kita bawa ke syurga nnt,insyAllah.

Sunday, May 27, 2012

我爱我国

今天我上了fesbuk,看了很多东西,新鲜的消息,比如朋友结婚了,我的哥哥要回国,宗教的故事或穆圣说的。。都是以我说让自己知道家人和哥们儿近况。当我scroll 到下面,突然看了很多性感的美女在台上唱歌的照片。。woww 哪里啊?哪里啊?我脑子里想一想,还问自己。看了那张照片的comment我才知道原来那是在我祖国拍的。。"哎。。。"我叹了一口气,噢我的国家为什么??为什么?为什么?越来越污染,这个是你们所说的文明吗?社会发展吗?

我随手关灯,让黑暗笼罩整个屋里,我把辈子盖着我。。。太失望了







*via朋友ipad