Wednesday, February 27, 2013

Semalam 'summer' , harini 'winter'

Hari ini masuk hari ke 3 aku berada di bumi Beijing setelah bercuti panjang selama 5 minggu di tanah air. Aku bersyukur kpd Allah Swt kerana cuti kali ini sgt bermakna kerana 90% perancangan cuti aku dapat dilaksanakan dan yang paling penting dapat meluangkan masa yang sgt-sgt berharga bersama keluarga. Dalam meniti kehidupan yang terikat dengan aktiviti harian seperti kerja dan belajar, kita sgt-sgt kurang menghargai keberadaan ibu bapa kita disisi. Semoga Allah sentiasa merahmati dan menyayangi kedua ibu bapa aku.
Bersama keluarga yang menjadi tulang belakang menyokong selama 5 tahun di China
Pulang ke Beijing bersama roomate terchenta
Boarding pass terakhir
2 jam terlekat dalam kesesakan jalan raya di pagi Isnin
Yeaaa, selamat sampai!

Sewaktu 'post' ini ditulis, alhamdulillah kesihatan aku bertambah baik dan pagi ini aku berasa lebih segar dan bertenaga sedikit berbanding hari-hari lepas. Artikel kali ini ingin aku kongsikan sedikit pengalaman 'culture shock' setiap kali pulang dari bercuti.Sewaktu 'post' ini ditulis, alhamdulillah kesihatan aku bertambah baik dan pagi ini aku berasa lebih segar dan bertenaga sedikit berbanding hari-hari lepas. Artikel kali ini ingin aku kongsikan sedikit pengalaman 'culture shock' setiap kali pulang dari bercuti.


Cuaca
Jarak antara Malaysia dan China tidak jauh, hanya 6 jam perjalanan menaiki kapal terbang.Namun, dalam waktu 6 jam itu, berlaku banyak perubahan yang sangat ketara. Antaranya ialah cuaca. Bayangkan, anda berada dalam suhu 30 darjah celcius di Kuala Lumpur, enak pekene cendol namun dalam jangka masa yang sekejap anda berada di suhu -3 di Beijing. Selain itu juga, keadaan Beijing yang agak berdebu tidak 'disenangi' oleh hidung aku yang sgt sensitif terhadap debu. Kesimpulannya, keadaan sejuk yang ketara dan berdebu menyebabkan aku selsema dan demam. Waktu ini, mee tarik (la mian) sgt2 sesuai dimakan kerana supnya yang panas.

Masyarakat
Dalam tempoh 6 jam ini, berlaku juga perubahan pada masyarakat. Dari manusia yang berkulit sawa matang,mata luas kepada orang yang berkulit putih dan bermata sepet. Keadaan ini membuatkan aku seolah-olah terasa sgt asing di tempat orang. Orang yang gelojoh@gelabah, bercakap dengan nada kasar (walaupun mereka tidak berniat utk berkasar) dan kadang-kala susah utk bertoleransi ini menyebabkan aku memerlukan sedikit waktu utk membiasakan diri. Sebab itu, bila sampai aje Malaysia, aku terasa akan keharmonian itu dan aku sgt menghargainya. Jika hendak menceritakan ttg perbandingan masyarakat, mungkin ini memerlukan penjelasan yang panjang lebar kerana masyarakat cina ini sgt unik yang berbeza bergantung kepada etnik,agama,ideologi dan rupa bumi. Sangat menarik jika anda ingin mengkaji dengan lebih lanjut. Secara ringkasnya, penduduk Beijing ini agak kasar jika diukur dengan cara mereka bercakap, dan boleh menyebabkan kita salah faham kepada mereka. Namun disebalik itu, mereka ini sgt menghormati tetamu dan peramah untuk berborak dengan anda, lebih-lebih lagi jika anda boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.

Bahasa
Ini menjadi dilema aku bila pulang ke Malaysia. Tempoh percutian yang panjang seolah-olah menghantui aku kerana aku tidak lagi berlatih bercakap Mandarin.Walaupun aku ada bawa sedikit 'bekalan' seperti video,buku dan lagu cina, namun aku rasa ianya tidak mencukupi. Bila pulang ke Beijing, kadang-kadang rasa gagap jugak nak bercakap sbb kdg2 aku lupa 'vocab' dan intonasi perbualan orang cina. Haaa, nih yg spesel sbb org sini bila berckp, diorg ade gaya yang sendiri dan amat berbeza dengan orang cina di Malaysia. Keadaan ini juga memerlukan aku mencari sedikit ruang penyesuaian untuk menggilap semula.




      Salji yang turun sewaktu ketibaan aku tidak mematahkan semangat kami untuk bermain bola petang itu. 

Aku tidak akan biarkan diri ini hilang dlm 'culture shock' ini. Selalunya aku akan keluar berseorangan menghadapi masyarakat di sini dan pada waktu itu aku akan memerhati secara teliti keadaan sekeliling aku.
Alhamduilllah setakat ini, inilah cara yang paling berkesan iaitu dengan memecahkan rasa janggal itu. 

Begitu hebat penciptaan Allah terhadap alam ini. Cuma dengan jarak perjalanan 6 jam, segala-galanya menjadi lain, berubah dan asing.Mungkin lebih banyak lagi perbezaan yang ketara, dan apa yang dicoretkan disini hanyalah cebisan sahaja. Semua ini menyebabkan kita sebagai hambanya yang berfikir sahaja akan menghargai dan menghayati kuasa besar Allah SWT. MasyAllah. Dalam ilmu tauhid jika hendak mengenal Allah SWT bknlah dengan membayangkan zat-zat Allah seperti bagaimana rupa,wajah dan sebagainya tetapi menerusi penciptaanNya ke atas alam semesta ini. Dengan cara inilah manusia yang berfikir akan lebih rasa dekat dengan penciptaNya.

"sesungguhnya dalam penciptaan tata kerja langit dan bumi, malam dan siang, bahtera yang berlayar dilaut dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dia hidupkan bumi sesudah matinya dan dia sebarkan di bumi segala jenis hewan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya terdapat tanda-tanda ke-Esaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang berpikir".

(Qs. Al-Baqaroh : 164).

Semester baru sudahpun bermula dan ini juga akan menjadi semester terakhirku di sini. Harapanku tetap sama iaitu menjadikan semester kali ini lebih baik dari yang lepas dan menggunung harapan aku juga utk menjadikan semester ini terpahat di pemikiranku. Hampir 5 tahun aku berkelana di negara orang, kini sudah tiba di penghujung jalan. Semoga ini yang terbaik dariku, utk ummah.